Memuatkan ...

Jom! Main Tag2

Saya kena tag lagi.. tapi kali ni saya di tag oleh Cik Rose Cute.. Tag yang ni ada syarat2 la pulak.. hihi

• Each person must post 11 things about themselves in their jurnal. 
• Answer the questions the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you tagged to answer 
• You have to choose 11 people to tag and link them to the post.  
• Go to their page and tell them you have tagged him/her 
• No tags back 
• No stuff in the tagging section about you and tagged if you are reading this, You legminately (aka really,trust with all honestly) have to tag 11 people

 11 soalan dari CIK ROSE

Tempat Yang paling seronok pernah korang pergi

Saya rasa paling seronok adalah Pergi Pulau Pangkor berdua dengan hubby kot.. sebab time pergi tu, baru je lepas kahwin.. so feeling dia tu lain macamlah sikit dari pergi dengan family... muahahahaaa

Bila mula guna gelaran blogger
 
Saya mula berblog sejak 03/02/2011.. so, lagi 3 hari, genaplah 9 bulan saya bergelar blogger.. hihii

Selalu cerita tentang apa di blog

Di dalam blog saya ni penuh dengan cerita Alisha disamping aktiviti2 kami bertiga.. Kiranya ala2 catatan peribadi lah blog saya ni

Senang stress bila...

Saya pun tak berapa nak pasti bila saya stress ni.. sebab bila dah kahwin ni, hati enjoy je dengan alisha.. hihii.. Ohya, baru saya teringat, time kerja dulu saya akan cepat stress bila 10 kali ajar seseorang tapi tak paham2 lagi... Adusssss time tu betoi2 buat saya stress... Tapi tidak lagi sekarang sebab saya dah pegang title "HOME MINISTER".. muahahahaaa

Apa yang paling senang buat korang hilangkan stress

Saya akan diam.. buat bodoh jer.. malas nak serabut kepala otak... kiranya macam just follow the flow la..

Tempat yang paling diinginkan untuk birthday party

Alaaa dah kertu ni tak pernah terfikir la pulak pasal parti tapi saya teringin sangat nak sambut birthday dengan my dear je.. beromantik2 sambil diiringi muzik.. candle light dinner gitu... muahahahaaahahaaahaaaaahaaahaahaa.. destinasinya adalah di tepi pantai sambil disinari cahaya rembulan... cewahhhhh berangan tak hingat nih!!! hahahaaa

Kenapa pilih tempat tu

Sebab tepi pantai tu romantik... alaaa cuba u all imagine seperti yang saya bagitahu dekat atas tu.... syok ooooooooooo... hihii

Hadiah yang tersayang & best korang

Apa yer.. kalau dari my dear.. Dapat rantai tangan jenama AC yang kononnya bagus & berharga rm1000 tu... tapi belum guna lagi sampai sekarang.. mahai.. baik beli emas... Pesanan untuk my dear.. lain kali beli ina hadiah emas pulak yer.. 2 tahun lagi pun takpa.. kumpul duit banyak2 beli yang besau... hahhahahhahhahahhaa

Siapa pemberinya

My Dear @ my hubby @ mohamad sukri bin harmin

Apa yang diinginkan sebenarnya untuk birthday present

Nak apa yer... emmmm rantai emas yang tebal & besau gedabak dengan buah yang bertatah berlian.. boleh ke??... hahhahhahhahha... berangan je lebih ni.. hihii.. Sebenarnya saya tak nak apa2 pun, cukup sekadar my dear mengingati tarikh lahir saya.. Ohya, tepat pukul 12 tengah malam terus wish tau.. dapat kiss kat pipi sebijik pun jadilah... hihhiii *gatai*

Peramah atau pemarah..

Dah semestinya saya seorang yang PERAMAH.. Bukan masuk bakul angkat sendiri tau.. muahhahhah tapi ramai yang cakap camtu.. baru seminit yang lalu berkenalan tapi dah rasa macam 1 jam dah kenal.. hahhahhaha.. Tak caya, jom kita jumpa face to face (^_^)

Fuhhhh settle jugak saya menjawab semua ni.. so, soalan mencabar dari saya untuk u all pulak.. hihii

1) Apa masakan pertama yang u all masak selepas kahwin untuk hubby u all?
2) Apa makanan yang u all masak yang menjadi kegemaran hubby u all.. (bagi resepi sekali yer.. sebab saya pun nak try buat jugak...hahhahaaha)
3) Bagi 5 perangai u all yang buat hubby u all tertawan & kawan2 u all happy dengan perangai u all tu..
4) Lepas kahwin, u all duduk dengan family or mentua or berdua je dengan hubby
5) Detik2 perkenalan u all & hubby
6) Siapa yang bagi nama untuk anak2 u all
7) Ke manakah destinasi yang u all nak sangat pergi honeymoon lagi sekali
8) Antara u all & hubby siapa yang lebih romantik
9) Apa harapan u all untuk anak2 u all
10) Bagaimana u all mendidik anak2
11) Anak2 u all ikut perangai u all or hubby

Alhamdulillah... habis jugak soalan ni.. penat fikir soalan apa tau..hihii.. Mencabar tak soalan ni.. hihii.. Jawab tau.. sebab saya pun nak tahu pasal u all jugak.. saje nak korek2 rahsia... hihii

So, mereka2 yang 'dipaksa' untuk menjawab soalan2 ni adalah..

1) Lya
5) Bui
9) Kak Fieda  (saya tetap tag walaupun kak fieda dah kena tag sebab saya nak tahu cerita kak fieda..hihii)
10) Nisa
11) eB

"GOOD LUCK"

Kali ni kami pergi ke Gunung Jerai pulak.. (^_^)

Hari Sabtu baru ni family my dear datang rumah saya.. Kami pergi jalan2 lagi.. Kali ni pergi Gunung Jerai pulak.. Ohya, time ni my parent dah balik Ipoh..


Laluan nak ke Gunung Jerai tu, mencabar jugaklah... Sebelum naik tu, kene pastikan kereta kita betoi2 elok & larat untuk mendaki..


Dah sampai dekat atas tu.. akan ada simpang pulak.. ke belah kanan tu, takda apa sangatlah.. tapi tempatnya cantik2 tau.. kalau nak pergi, parking kereta, jalan kaki je ke sana..


Tempat  yang menjadi pilihan kami mula2 adalah ke sebelah kiri.. Ke Telaga Tok Sheikh


Saya & Alisha bergambar dengan family my dear..


Inilah Telaga Tok Sheikh.. Air dia sejuk yang amat hokay!!.. Time panas2 memang syoklah mandi.. hihi.. Actually air ni macam air mata air la.. air dia keluar je tak berhenti2.. bukan air yang nak kene bayar bil tu yer.. hihii


Dah naik ke atas.. dah semestinya saya akan amik peluang untuk merasa jugak kesejukan air ni.. hihii


Tak lupa jugak.. saya bagi alisha mandi.. hihii.. Si Alisha ni, walaupun air sejuk yang amat tapi dia tak kisah pun..dapat main air.. memang dia sukalah.. ehehhe


Lepas dah pergi telaga tok Sheikh tu.. kami pergilah ke sebelah kanan pulak.. ke arah The Regency Jerai hill Resort..




Ni antara pemandangan dekat atas sana.. sawah padi tu cantikkan.. hijau je.. sedap mata memandang.. (",)

d'kING mEE uDANG bANJIR & iKAN bAKAR pOWER

Hari Jumaat baru ni my parent datang rumah saya.. So, macam biasalah.. mesti dinner dekat luar la... Kali ni kami pergi D'King Mee udang Banjir & Ikan Bakar Power.. 1st time saya pergi restoran ni.. Dekat area Sungai Petani jugak.. berhampiran dengan Giant..

Masuk je pintu Restoran terus nampak tempat memilih lauk untuk di masak.. Ada Udang, Sotong, Ketam, lala, Kerang.. & ikan


Dalam aquarium ni pun untuk dimasak jugak tau.. bagitahu je ikan mana 1 kita nak.. dia akan amik, kalau tak nak yang ni, ikan yang dalam bekas pun ada.. mean, ikan yang dah mati la.. hihii


Nampak macam nasi minyak kan.. hihii Actually ni nasi putih tapi dia tabur bawang goreng & daun soup.


Menu pilihan kami malam tu.. Ikan Bakar Power...


Udang masak Pedas.. Besar2 kan udang dia..


Lala masak sambal temurun.. Lala ni sedap... rasa dia lain dari yang lain.. memang turun temurunlah.. hihii


Gambar lain x sempat nak snap dekat2.. mana taknya.. mak saya duk bising asyik amik gambar je...hahhahhah.. tu yang gambar macam tak berapa nak cun je...Huhh!

Kalau u all nampak dalam tomyam dia pun ada udang besar2 kan.. selain udang, dia letak ketam & adala sayur sikit2...


Ni lah hasilnya selepas kami habis makan.. Ohya, kami tak makan mee Udang yer.. bukan apa, semua lapar nasi.. Actually dekat restoran ni famous mee udang la.. saya tengok memang ramai yang order mee udang.. takpalah, next time kami datang makan mee udang pulak.. (",)

Total untuk keseluruhan makanan ni semua RM120.20.. Kalau u all pun teringin nak makan.. datang sungai petani, pergilah dekat area Giant tau.. Dekat Traffic Light Simpang 4..


Ini adalah minuman saya... minuman kegemaran saya... Agak2 u all air apa ni yer??..hihii Nampak sedap tak air saya ni??.. Kalau nak try, nanti pergi restoran order TOMATO SUSU SUAM.. tapi tengok restoran jugaklah.. ada jugak yang takda.. kadang tu bila order mereka siap terpinga2 lagi..

LSO Contest.. Entry Promote

 SAYA SEKADAR MEMPROMOSIKAN.. NAK JOIN KLIK SINI
CONTEST NI BERAKHIR PADA 24/11/2011 @ 5:30PM
ENTRY NI MELEKAT SEHINGGA 30/10/2011

Ini adalah entry untuk saya promote contest yang dianjurkan oleh adik Narumiaida.. Actually sebelum Naru buat contest ni, dia ada bagitahu saya yang dia teringin nak buat contest tapi takut takda sambutan.. so, saya sebagai seorang yang lebih tua yang layak digelar kakak.. *ececcecee* dah semestinyalah akan memberi sokongan kan.. saya dah berjanji dengan Naru.. saya akan bantu dia akan buat entry untuk promote contest dia tu... *orang mintak tolong.. dah semestinya kita akan tolong kan (",)* Ohya, jangan salah faham.. Naru ni bukan adik kandung saya tau.. tapi dia salah seorang pembaca @ pengomen setiap entry saya (^_^) 

 Hadiah2 untuk contest ni pun menarik tau.. tapi saya tak pastilah yang mana satu akan dijadikan hadiah sebabnya barang2 dekat Love Shop Online sangatlah banyak.. antaranya INNER, JUBAH, HANDBAG, PURSE, BAJU DLL.. Tapi apa2 pun, hadiahnya apa yang ada di Love Shop Online la (",)   

 Tak nak  cakap banyak.. Jom tengok syarat2nya dulu..
  1. Buat satu entry buh tajuk Entry Special: LSO contest
  2. Isi entry die just letak gambar anda/anak anda/bf or gf anda/suami or isteri anda (hadiah akan diberi kepada tuan milik gambar)
  3. Gambar ape?senang je letak gambar yang paling cun/lawa/cute/bergaya/cool
  4. Lepas tu inform la kat ruang komen Entry Special: LSO contest (bagi link tau) 
Care pengadilan:
  1. Naru akan letak gambar korang kat Fan page LSO bagi orang vote or komen (harap kawan-kawan x kisah la ye Naru nak amik gmbr korang letak kat page)
  2. Tak banyak LIKE  tak semestinya tak boleh menang
  3. Gambar kalau boleh tak mo edit ek nak ala2 Natural Beauty gitu
  4. LSO ade 4 admin so hadiah dan pemenang kami berempat la bincang same-same..hehe
Hadiah: 
  1. Shhh rahsia hehe
  2. Hadiah akan bagi mengikut kesesuaian owner gambar tersebut
  3. Hadiah sume yang ade kat dalam LSO sahaja
Nak tengok page LSO @ contoh2 hadiah klik page Love Shop Online yer (",).. NAK JOIN KLIK SINI

So u all.. jomlah kita sama2 memeriahkan Contest adik Naru ni.. Jangan risau.. adik Naru dah bagitahu... LIKE sedikit tak semestinya kalah lagipun pemenang ditentukan oleh admin LSO sendiri.. (",).. Sebagai tanda sokongan saya jugak.. saya akan  join contest ni tapinya gambar Alisha la yang saya akan hantar.. hahahhah.. U all pun, kalau taknak hantar gambar sendiri hantarlah gambar anak u all pun boleh.. hihii

Ohya, untuk lebih memberi sokongan dekat adik Naru ni jugak.. saya akan up kan @ gam kan entry ni sehingga hari Ahad ni ( 30/10/2011 ).. so, sayang2 saya ni semua.. kalau nak baca entry terbaru saya lepas ni.. scroll ke bawah yer (^_^)

Hadiah yang menarik hati.. (^_^)

Ini entry tertangguh sebenarnya.. dah lama saya terima hadiah ni.. hadiah hasil kemenangan join CGL..


Perfume Body Shop ni saya terima hasil dari kemenangan saya join KSWSK Body Shop Giveaway yang dianjurkan oleh Shaya.. Sekali dengan vocher 10% off lagi.. (",)


FM ni pulak hasil saya meneka dengan tepat, tempat percutian yang Maya nak pergi.. Cantik kan FM Cameron Highlaands ni.. (",)


FM tu dah selamat melekat dekat peti ais saya.. Hihii.. Semua ni adalah hasil join GA & pemberian kawan2 saya.. (",) FM ABC tu, pemberian dari Nisa untuk Alisha.. hehe

A.N.A.K.


Ni 1st time saya ditag untuk menjawab soalan2 ni.. biasanya saya di tag untuk join CGL je.. Tapi saya seronok jugak nak jawab soalan2 ni semua... hihii Ohya, saya di tag oleh LYAfrina (",)

1. How old were you when your first child was born?
Umur 27 tahun.. Agak tua jugak tu... muahhahah.. Tapi alhamdulillah jugaklah, saya ni bunting pelamin.. Kahwin tak sampai sebulan tiba2 dengan takdir Tuhan, terus ada "pening2".. (",)

2. What month and year was your youngest child born?
Buat masa ni, anak saya baru seorang.. si cantik manis Nur Alisha Binti Mohamad sukri..Alisha Dilahirkan pada 05/09/2010 @ hari Ahad pukul 11:24 malam.

3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
Saya rasa seronok ada sedih pun ada tak percaya pun ada tapi dalam masa yang sama.. bersyukur sangat2 sebab Tuhan makbulkan doa saya.. Actually dari saya zaman anak dara lagi, time takda siapa2 yang nak  kat saya pun lagi...hahhahhah saya dah berniat kalau saya kahwin, saya nak bunting pelamin @ anak cepat & nak anak ramai.. muahahhah

4. Who did you tell first?
Orang yang pertama tahu saya mengandung adalah my dear sebabnya my dearlah yang bawak saya pergi beli pregnant test & yang bawak saya pergi jumpa doktor untuk pengesahan.. Lepas tu barulah saya bagitahu dekat my mum.. Actually masa mula2 nak bagitahu my mum tu, malu2 alah sebenarnya.. hahahhah

5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy
Sebelum saya pregnant berat saya 52kg tapi bila dah 3 bulan pregnant berat saya turun jadi 48kg .. Berat akhir ketika nak masuk labour room 64kg.. *Sekarang ni 43kg je... huwaaaaaaaaaaaaa stress saya dengan berat sekarang!!*.

6. What did you crave while you were pregnant?
Masa mula2 saya perasan saya pregnant sebabnya saya boleh suruh my dear beli asam boi.. sedangkan sebelum ni saya dah lama tak makan asam *konon pantang sebab nak jadi awet muda lah.. ;p hihii*.. Time saya mengandung, banyak tau saya mengidam.. antaranya nak makan pelam telur... hihii Kalau u all nak tahu, ketika mengandung saya selalu mimpi makanan.. lepas tu, bangun pagi mulah suruh my dear carikan makanan tersebut.. hihi

7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Saya memang nak tahu apa jantina kandungan saya tu.. asal je scan mesti tanya jantina apa.. hihii Excited nak tahu, maklumlah anak pertama.. tapi saya tak kisah pun boy or girl.. janji anak saya tu sihat walafiat (",)

8. Did you have any complications during your pregnancy?
Alhamdulillah.. sepanjang saya mengandung saya takda apa2 masalah.. cuma setakat alahan muntah2 tu ada lah..

9. How much did your first child weigh?
Berat Alisha ketika dilahirkan hanya 2.6kg je.. Tak sangka pulak kecik sangat.. bajet 3 kg lebih.. sebabnya ketika Alisha 36 minggu doktor scan berat Alisha dah 2.9kg.. Tak sangka pulak, puasa boleh menurunkan berat baby.. Ohya, ketika saya mengandungkan Alisha saya tetap jugak berpuasa sebabnya saya rasa larat, so, saya puasa je la kan.. tapi tu pun saya tinggal jugak puasa 5 hari sebab alisha dah selamat lahir ke dunia ni..

10. Was your first child early, late, or on time?
Alisha lahir ngam2 pada tarikh jangkaan doktor.. tak awal & tak lewat..  hihii

11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
Alhamdulillah,saya syukur sangat2 sebab alisha setakat ni tak da masalah apa2.. cuma sekali je dia demam.. tu pun sebab ibu & abah dia demam.. selain tu alisha seorang anak yang sangat cergas... susah untuk kene apa2 jangkitan la.. Maybe sebab minum susu ibu dia yang sedap, lazat & berkhasiat ni kot.... muahahhahah

12. What's your favorite part of being a mom?
Semua saat adalah yang terbaik.. terindah.. semuanyalah..!! saat bersama alisha adalah saat yang menggembirakan hati saya.. saya tak rasa satu kerugian walaupun saya tak berkerja.. kerana saya dapat jaga alisha sendiri.. makan minum alisha saya yang sediakan.. saya dapat melihat sendiri perkembangan Alisha... ohhhhh sungguhlah happy...!!

13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
Sebenarnya apabila kita dah jadi ibu or bapa.. tanggungjawaab kita terhadap anak tu kita patut tunaikannya.. tak kira samada susah atau senang.. tapi bagi saya, bila kita seronok dengan kehadiran anak kita.. secara tak langsung ia membuat kita rasa happy untuk membesarkan anak kita.. (",)

14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Bersedia dari segi kewangan & fizikal & mental sebabnya kita akan perlukan banyak duit untuk perbelanjaan anak kita.. lagi satu.. kita perlukan tenaga untuk jaga anak kita.. kiranya kita kene jugak pentingkan kesihatan kita sebabnya kalau kita sakit, macamna kita nak tunaikan tanggungjawab kita sebagai ibu..  lagi satu.. kalau ada antara u all berniat nak menyusu badan untuk anak u all.. ketika u all mengandung tu.. u all dah kene set ur mind tentang penyusuan tersebut.. InsyaAllah sedikit sebanyak ia dapat bantu u all mencapai impian tersebut..

15. Did you always think you'd have kids?
Yap, saya pernah fikirkannya & saya memang menginginkannya.. & alhamdulillah dengan rezeki dari Tuhan, saya dapat anak yang secomel Alisha.. hihi

16. What's been the biggest surprise about motherhood?
Ketika saya mula2 dapat mencium alisha ketika nurse letak alisha di atas dada saya selepas saya selamat lahirkan alisha.. MasyaAllah... tak terkata saya saat tu.. terharu sangat2..

17. Are there things you miss about life before kids?
Emmm saya pun tak berapa nak ingat tapi yang pastinya saya sangat seronok zaman dolu2.. sebab dapat main masak2.. main kawen2... hahhahhaha

18. How many children do you have?
Setakat ni hanya sorang... Nur Alisha Binti Mohamad Sukri

19. Do you plan to have any more children?
YAP!! SUDAH SMESTINYA!!... Saya kalau ada rezeki saya nak anak minimum 5 orang... hihii.. Sebabnya saya memang nak anak ramai.. kalau fikir ketika anak2 kecik memang kita rasa susah nak jaga tapi bila fikir kita dah tua nanti.. time raya.. anak2 & cucu2 balik rumah.. riuh serumah.. dekat halaman rumah penuh dengan kereta anak2.. Tak ke seronok yang amat masa tu.. Inilah yang saya bayangkan & saya inginkan bila dah tua pakai tongkat nanti.. (",) sebab tu saya nak anak ramai.. Lagi satu, doa anak2 kita tu kan sangat penting untuk membatu kita "kelak"... sorang makcik tua pernah cakap dekat saya.. "kita akan 'kaya' bila kita ramai anak & kita 'miskin' bila kita sorang je anak".. *fikir2kanlah apa maksud makcik tu* Saya berdoa pada Tuhan, moga kurniakanlah saya lebih lagi anak.. Kerana sesungguhnya anak kita itu adalah rezeki kita.. JIKA SAYA TAK PERLU BEDAH.. SAYA TAKKAN TERAGAK2 UNTUK TERUS MENGANDUNG.. MOGA2 SAYA TAK PERLU BEDAH..

20. Who's the mom that you admire most?
Dah semestinyalah.. MY MUM..

Saya forward soalan ni untuk NisaJaa KarimahCik RosePinkUmmi & ibu2 yang lain.. jangan lupa tinggal link tersebut dekat saya tau.. sebab saya pun nak baca cerita u all jugak.. (",)  



P/s : Sorry jika saya tak dapat jenguk rumah u all sebab saya kesuntukan masa.. family saya akan datang rumah saya.. (",)

Duduk atas ikan mainan pun jadilah...

Anak saya ni makin dia besar, makin banyak mainan dia, makin panjang akai dia.. hihii


Tengoklah ni.. siap duduk atas belakang ikan mainan dia tu.. nak suruh ikan tu bawak dia pusing laut ke apa.. hahhaha


E'elehh... sempat lagi posing tu... hihii.. mentang2 dah makin suka bergambar sekarang ni.. muahahaa.. Ni mesti kes ibu dia hari2 duk amik gambar dia je... hahaa


Bukan main seronok alisha naik atas ikan tu.. nasib ikan tu mampu menampung berat badan alisha... jangan meletup sudah.. hihii

U all pernah makan tomato Turki tak??


Actually sebelum ni saya tak pernah makan tomato turki tau.. tapi baru ni ketika dekat alor star tu.. ada orang jual tomato turki yang dah dikeringkan.. Actually tomato ni saiz dia macam tomato cherry tu jer.. lepas tu dia keringkan... 

Bagi saya yang si penggemar tomato ni.. Memang sedap!! bila makan tu.. still dapat rasa tomato.. nyum nyum.. tak tau nak explain dekat u all macam mana.. Kalau u all jumpa, try la beli.. sedap.. hihii

Ni pun saya first time try.. masa beli tu sedikit jakun la.. muahhaha

Pergi popular... rembat lagi 2 buah buku study alisha (",)

Semalam *guna perkataan semalam lagi* kami pergi kedai buku popular.. Bila dah masuk kedai buku tu.. dah sah2 lah tempat yang menjadi pojaan hati saya tempat buku pembelajaran untuk si alisha.. hihii..


Kalau u all nak tahu alisha sangat berminat dengan buku COLOURS yang saya dah beli ni.. Yela, saya ni offer dia buku lagi mahai siap ada bunyi2 lagi tapi dia tolak tepi.. nak jugak buku colours ni... dah si alisha berkenan sangat.. saya beli je lah..hihi

Ohya, kalau u all perasan buku Colours tu ada 2 kan.. Actually 1 tu saya belikan untuk sepupu alisha @ anak jaa jahat.. Nurul @ anak seputih salju.. jangan nangis2 sebab tak dapat buku ni tau.. lain kali mak ngah belikan mainan untuk nurul yer... tapi nanti dulu la ek. Makngah beli sekali dengan laptop Kak Alisha nanti.. hihii


Inilah antara halaman dalam buku tu tau.. buku Colours tu yang atas tu.. cantikkan warna dia yang terang tu.. ni lah yang buat alisha nak sangat tu.. hihii.. Actually time ni saya tengah ambik gambar tiba2 alisha nampak terus dia pergi terjah dekat buku dia tu.. tu yang termasuk sekali gambar kepala dia tu.. hihii

P/s : Selagi Alisha berminat nak mengadap buku, selagi alisha berminat nak belajar, selagi tu saya akan beli buku untuk dia

Lawatan Alisha ke Muzium Kota Kuala Kedah

Selain kami ke Menara Alor Star.. Kami juga pergi ke Muzium Kota Kuala Kedah.. Ni first time bawak Alisha ke Muzium @ tempat bersejarah ni..


Balai Pameran





Pemandangan di Kota Kuala Kedah..  Sebenarnya tempat ni dah rosak akibat peperangan yang berlaku dulu.. tapi ia telah dibina semula mengikut yang asal..







Alisha di dalam bilik pameran.. Nampak tak kegembiraan alisha tu.. hihii.. Alisha suka duduk dalam bilik pameran ni tau.. siap boleh main cak2 lagi tu.. hahhah dia dah buat gaya macam rumah dia.. orang duk gelak je tengok telatah dia.. Dalam ni bising dengan suara dia je.. hihi

Ohya, Alisha sekarang ni.. dah makin sukakan kamera tau.. dah pandai amik gambar tengok kamera.. hahha Setakat posing ala2 nak menyanyi lagu Negaraku tu takda masalah la... muahahhahha




Ni antara yang ada di dalam bilik pameran.. (",).. Secara keseluruhannya tempat ni best sebab saya memang suka tengok2 tempat bersejarah ni tapi saya TAK MINAT baca buku sejarah...

Walaupun gayat tapi saya tetap ajak my dear naik Menara Alor Star (",)

Semalam kami pergi ke Alor Star... Macam biasalah kami ni, pantang ada cuti mesti bawak Alisha pergi jalan2.. (",)


Kami pergi ke Menara Alor Star.. Actually saya ni seorang yang gayat tau... Ketika naik lif nak ke puncak tu pun, saya dah takut... yela, dinding lif tu cermin.. boleh nampak pemandangan luar.. tapi sebab dah teringin punya pasai.. ajak jugak my dear naik atas menara tu.. hihii


Nasib baik tiket dia murah je.. RM6 untuk orang dewasa


MUST VISIT!! hihii.. Ala2 menara KL gitu... (",)


My dear yang tengah skodeng guna "kamera" Nikon.. muahahahaaa




Ni antara pemandangan dari atas menara


Alisha posing di sisi gambar menara hihii


Alisha & my dear..


Masa ni dalam lif.. kami dah nak turun.. Alisha takda pulak rasa takut ke gayat ke berdiri dekat situ.. siap sanggup melihat pemandangan luar lif lagi tu.. hihii


Secara keseluruhannya.. kalau u all nak skodeng alor star.. bolehlah naik atas ni.. tapi takda apa2 sangat tau.. just untuk skodeng je... lps tu ada kedai cenderamata.. itu je.. Ohya, kami naik tingkat 1 je tau.. tingkat 2 belum buka lagi.. tahun depan baru buka (restoran), tingkat 3 hanya untuk apa2 majlis yang di booking.. contohnya majlis kahwin or meeting..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...