Memuatkan ...

Barang yang saya nak sangat belikan untuk alisha!!!

LAPTOP MINI MAINAN!!! Yap.. serius la.. saya memang nak sangat2 beli untuk Alisha.. Seperti yang u all tahu, Alisha memang suka sangat main komputer & laptop dekat rumah ni.. pantang tengok saya & my dear guna.. mesti datang mengacau.. Kalau takda siapa2 guna.. dia sendiri pergi guna.. hihii

Tapi Alisha ni pandai.. dia guna macam kita orang besar ni guna tau.. mean, dia pegang mouse lepas tu tengok skrin monitor.. lepas tu tekan keyboard.. jangan tak tahu, alisha "menaip" guna 2 belah tangan hokay!! hahaa Alisha minat sangat dengan komputer maybe disebabkan ketika saya pregnantkan dia dulu, boleh dikatakan setiap masa saya mengadap komputer je.. muahahaaa


Baru ni pulak, ketika saya ke shopping complex, boleh pula saya terpandangkan laptop mainan.. Wahh memang berminat giler la.. nak beli tapi my dear tak bagi, membazir katanya walaupun saya nak beli guna duit saya sendiri... adussss.. camana ni.. saya memang nak sangatlah.. mesti alisha suka dapat laptop ni..

Keesokannya, saya saja2lah bercerita dekat my dear pasal earning Nuffnang saya & entah macam mana pulak saya boleh terbagitahu lagi sekali yang saya nak beli laptop mainan tersebut.. Tiba2 my dear cakap "Belilah tapi guna duit Nuffnang".. hoorrraaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyy saya suka... muahahahh
Walaupun saya tak tahu entah berapa abad lagi duit tu boleh cash out tapi janji keizinan dari my dear tu dah buat saya happy giler lah... hehheh.. So, nanti 1st cash out Nuffnang saya akan guna duit tu untuk hadiahkan Alisha laptop ni.. Yippieeeeee.... Lagi pun saya banyak "jual" cerita dia dekat blog ni... kih kih kih

Saya suka laptop ni sebab function dia tu best2.. kiranya alisha dapat main2 sambil belajar.... yabedabeduuuuuuuuuuu saya suka giler nih!! walaupun tak beli lagi tapi dah terlebih excited.. hahhhaa... Lagipun bukan apa, my dear ni, bukan suka sangat nak izinkan saya beli barang yang harga RM100 ke atas ni.. yela, ianya kehendak, bukan keperluan... tapi tu la... kalau boleh semua mainan yang saya tengok, semua nak beli... hihii

Apa2 pun, saya setia menanti waktu Nuffnang saya mampu di cash out kan.. heheh.. tapi kalau tak cukup.. saya topuplah dengan duit saya sikit.. janji saya dapat beli... (",)

P/s : Terasa macam sebenarnya saya yang ter'over' nak.. muahahhah maklumlah, dulu kecik2 takda benda alah ni... kih kih kih

AMARAN!! Entry yang sarat dengan gambar

Seperti yang u all tahu, hari Rabu baru ni, birthday my dear kan.. so, semalam saya belanja my dear dinner dekat salah satu tempat favorite kami.. mana lagi kalau bukan PUNCAK MUTIARA CAFE di Bukit Mertajam...

Saya & my dear memang suka pergi sini.. dah banyak kali kami pergi.. Sebab utama kami suka adalah sebab nak makan KAMBING!! *Yap, kami penggemar kambing ;p* hahhahha.. Kalau u all nak tahu, dekat sini kambing dia fresh hokay!! siap ada "resort animal" lagi.. *kandang binatang la tu* hhihii

Actaully dekat Puncak Mutiara Cafe ni, bukan setakat ada kambing je tau, tapi ada ARNAB, OSTRICH & PUYUH.. semua binatang ni berada dekat kawasan cafe tu je tapinya dalam kandang la yer.. hihii.. Makanan dekat sini semuanya sedap2 hokay!! Siapa penggemar kambing macam saya & my dear ni, tak rugi datang sini tau... SEDAP!! cumanya macam mahal sikit tapi sesuailah dengan daging FRESH.. Daging FRESH memang mahal sikit kan.. (",)

Taknak cerita banyak dah.. jom layan gambar kami di sana yang besar gedabak ni yer.. muahhaha


My dear yang sedang memilih menu makanan


Saya pulak terpaksa berkongsi buku menu tu dengan Alisha.. Biasalah anak saya ni.. tukang jadi penyibuk.. hihii Dahlah buku resepi tu nak sama besar dengan dia.. muahahhah


 "Apa tengok2?".. hihii sampai ternganga alisha tengok saya posing.. "alaa sayang ibu ni.. sekali sekala nak posing tanpa alisha disisi janganlah tengok sampai macam tu".. hihi


Inilah makanan yang saya order.. siap berasap tu.. U all tahu tak apa ni?? hihii.. Actually sos ni, waiter akan curah apabila sampai ke meja pelanggan.. ada staillah..!! hihii


Tadaaa inilah yang berasap tadi tu.. LAMB CHOP (SIZZLING) RM19.80... Mabeles la u all... sedap tak hingat hokay..!! u all kene try ni... hihii


Ini pula makanan my dear NASI BERIANI PEHA KAMBING RM18.80.. Perghhhh yang ni pun sedap tau!! menang time makan tu, tak ingat orang kiri kanan lah... Tak caya, tengok gambar my dear dekat bawah ni..


Haa kan saya dah cakap, tak ingat orang kiri kanan.. makan sorang2.. tak pelawa orang sebelah.. hhehe


Tak lupa juga untuk anakanda tersayang saya.. FRENCH FRIES RM4.80.. Jadilah makan yang ni yer alisha... nak bagi makan "vouge2" kang tak reti makan pulak.. muahahhahhah..


Actually, alisha tak makan sangat pun.. buat main adalah... saya & my dear yang habiskan.. (",) 


Menyelerakan tak??.. Sedap tak hingat dunia hokay!! Saya dah lama tak makan aiskrim.. memang sedap giler la... adussssssss... sampai sekarang asyik teringat je... Ohya, desert ni nama dia PUNCAK MUTIARA SUNSET RM9.80


Ibu suap Alisha (",)


Alisha suap ibu.. hihii Actually nak suruh alisha suap bukan susah pun.. nganga je mulut kita, dia faham la tu nak suruh suap.. hihii 


Bila dah habis, saya nganga lagi suruh alisha suap.. sekali dia pergi intai dalam mulut saya maybe dia terfikir baru je suap, saya dah nak lagi.. cepat betul habis.. hahha.. *comel je aksi alisha ni..* kui kui kui


 Inilah hasilnya selepas saya dengan rela hati izinkan alisha makan aiskrim... habis meja kotor...


Bukan setakat meja.. tengoklah muka & baju alisha tu.. comot tak?.. hihiii makan sangatlah tu kononnya... hihii


Habis licin semuanya kami makan.. hehehh.. So, total kami makan ni semuanya RM62.60.. sekali sekala bolehlah makan... Kalau tiap2 minggu makan dekat sini.. bankrup la saya jawabnya...hahhaha sekadar untuk meraikan tarikh2 penting dalam kehidupan kami berdua, bolehla kan.. (",)

Makanan dia memang sedap, kawasan dia pun cantik & tenang.. u all kena try tau.. ia terletak di Kampung Pelet, bukit Mertajam, Pulau Pinang.. (",)... Kalau u all pergi Pulau Pinang, bolehlah singgah sini...

Rezeki di penghujung September

Alhamdulillah.. ada lagi rezeki saya untuk menang di penghujung bulan September ni.. Ini adalah kemenangan saya yang ke 9 & 10 di bulan ini.

Saya menang Lucky Draw "STRESS" Lucky Draw anjuran Ila. Ohya, ini adalah kemenangan saya yang pertama bersama dengan Biras a.k.a. Seputih Salju.. Dia pun menang juga lucky draw  ni.. hihi      
Keputusan penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 66

Lagi satu pulak saya menang sebab meneka dengan tepat ke mana Maya nak pergi bercuti minggu ni.. main hentam je.. hihi.. 5 orang terawal yang bagi jawapan dengan betul, dikira pemenang..

1)Intan Berlian
2)Bujal
3)Hanis Azla
4)Nabila_2908
5)Yus

Saya adalah yang paling awal.. (",).. Tahniah jugak kepada pemenang yang lain & terima kasih kepada penganjur..    

Keputusan penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 67

Si Alisha yang suka tengok CERMIN..

Kalau dah perempuan tu.. perempuan jugaklah.. si anak dara saya ni, memang suka betul dengan cermin.. hahhah...


Sanggup panjat bakul semata2 nak tengok cermin.. Yang syok tu.. dia boleh pulak, tengok saya melalui cermin sampai senget2 kepala.. hahhahh Thats y kadang2 saya & my dear selalu  main dengan dia guna cermin.. 

Kami pakat2 tengok muka dia dalam cermin.. bila mata kami ni bertentang dengan mata alisha, mulalah alisha tergelak lepas tu datang berlari & peluk kami ni.. hihii... Seronok sebab alisha pandai guna cermin tu.. hihii


Ohya, alisha panjat sendiri bakul tu hokay!! badan je halus tapi bab panjat2 teror.. hihii *pssttt abaikan rumah saya yang bersepah dengan barang alisha hihii*


Baru2 ni saya pergi kedai, terjumpalah cermin yang comel ni haa.. saya pun apa lagi, teruslah beli satu untuk alisha... bukan main suka dia sebab ada kartun.. hihii..


Ohya, kalau u all nak tahu, anak saya ni kadang2 masuk bilik saya ambil cermin kecik & mengadap mukanya dekat cermin.. kadang2 sambil duduk, kadang2 sambil baring atas katil.. muahhahahhahh

Paling best, siap bercakap lagi dekat cermin tu yer... tak tahulah samada dia tahu tak yang dalam cermin tu adalah dia or dia ingat orang lain.. hihii Baru umur setahun, tapi anak saya ni ada bakat nak jadi orang yang suka bergaya ni... hihii Setiap kali saya bermekap kalau nak keluar, anak saya ni mesti jadi pemerhati setia sampai ternganga2 mulut.. hihii


Cermin alisha tu, saya tampal betul2 bawah cermin yang dia selalu duk panjat bakul tu.. dengan harapan dia takkan panjat lagi bakul.. hihii

P/s : Saya pun suka tengok cermin... muahahaaa kantoi (",)


Segmen | Jom tambah follower


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 30/09/2011 @ 3 petang

Kali ni saya join segmen yang dianjurkan oleh LULU.. Jomlah join u all.. sama2 kita tambahkan followers.. hihii :-)

Pemandangan di Taman Rama-Rama

Entry ni just nak ajak u all tengok gambar2 dekat Taman Rama2 jer.. hihii... Jom layan gambar2 yang besar gedabak ni yer.. muahahha














My Dear dah semakin tua... hihiii

Hari ni adalah tarikh kelahiran my dear, genaplah umur my dear 28 Tahun.. Dah tua.. muahahhaha... so, Selamat Hari Lahir ye sayang.. (",)

Semoga menjadi ANAK yang TERBAIK
Semoga menjadi MENANTU yang TERBAIK
Semoga menjadi SUAMI yang TERBAIK
Semoga menjadi ABAH yang TERBAIK

Tak lupa juga Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki

Tapi yang paling penting adalah sentiasa hargai kehadiran Ina & Alisha dalam hidup abang (",)

Lagi satu, jaga kami berdua baik2 tau.. hihii

Thanks to Mr Google

SELAMAT HARI LAHIR
INA & ALISHA SAYANGKAN ABANG

P/s : Esok kami akan dinner di sebuah restoran yang menjadi Favorite kami untuk makan "besar".. ;-)

Kami di Taman Rama2

Hari Khamis minggu lepas, kami bertiga telah pergi ke Taman Rama2 di Pulau Pinang.. Kami saja je pergi ke sana, nak bawa Alisha tengok rama2.. budak2 kan suka tengok binatang.. hihii Ok jugalah taman rama2 tu.. bukan rama2 je ada.. binatang lain2 pun ada jugak.. Ohya, harga tiket untuk seorang dewasa RM18, so kami berdua kenalah RM36.. Alisha free je... :-)

Tak nak cakap banyaklah.. jomlah u all layan gambar kami di sana.. hehee





Saya & Alisha







Anak saya ni memang dah tak suka sangat dah orang dukung dia... dah "dapat kaki" lah katakan... hihiii




Kami di dalam galeri


Bila kami pergi ke bahagian cenderahati.. Gambar yang dekat atas ni yang jadi pilihan alisha.. hahhah banyak2 benda, ini juga yang dia nak beli.. Dah selamat tampal dekat dinding rumah saya pun... (",)

P/s : Gambar my dear takda sebab dia yang ambik gambar kami berdua... hahaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...