Memuatkan ...

Rezeki menang voucher

Alhamdulillah.. saya ada rezeki untuk menang voucher dari Shawl Industry.. Actually saya pun tak perasan pasal ni.. Nasib baik saya buka emel.. hihii Ohya, actually semua peserta adalah pemenang, and semuanya dapat voucher ni :-)

Klik untuk lebih jelas

Voucher ni pasal saya join Giveaway Headscarf + Duit raya Shawls Industry.. Nanti saya patut pergi usha2 dekat Shawl Industry ni.. Kot2 ada yang berkenan.. :-) Voucher tu saya boleh guna sampai akhir tahun ni je :-) Apa2 pun thanks yer www.shawlsindustry.com
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 57

Hadiah dari mohdkhairi.com

Saya dah pun menerima hadiah hasil kemenangan join 1st Giveaway DUAPULUHTIGA mohdkhairi.com..


GA ni ramai jugaak yang menang.. seramai 28 orang.. Sketch Book tu saya suka sebab saya memang suka menconteng2 pun tapi bukan melukis.. menulis .. hahhah Apa2 pun thanks ye mohdkhairi

Kemenangan yang tak disangka2

Alhamdulillah.. Kali ni kemenangan yang tak disangka2.. yela, join GA yang stil nak kene berfikir kira main agak2 ye.. yes or no.. lagi satu pulak siapa cepat dia dapat.. hihii

Ini adalah kemenangan saya yang ke 9 & ke 10 di dalam bulan Ramadhan ni.. :-).. 


Yang ni kemenangan siapa cepat dia dapat.. Dapat kad raya.. hihii.. Tak sangka pulak saya diantara 15 orang yang terawal tu.. saja je join sebab seronok pulak bila dapat kad raya ni.. hahhah.. Thanks tau Farhah 
 Keputusan penuh Klik SINI
 

 Kemenangan yang ke 10 ni sebab saya join #Giveaway: AKU BELI KE TAK????????
  GA ni, ala2 main teka teki la.. Oligo bagi satu cerita tentang dia di'promote' insurans.. so, kita kena teka samada dia beli or tak.. saya jawab dia beli.. so, tanpa disangka2 menang pulak.. hihii Thanks ye Oli-go

 Keputusan penuh Klik SINI
 
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 56

Selamat Ulangtahun Kelahiran Untuk Alisha & Harapan Seorang Ibu Untuk Anaknya.

Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur Alisha sehingga ke hari ini.. Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari, kalau mengikut bulan islam, tepat pukul 11:24 malam genaplah umur Alisha setahun tapi kalau bulan orang putih 05/09/2011 baru genap setahun.. Sekejap betul masa berlalu... Anak ibu dah pun berumur setahun..

Kalau tahun lepas.. pada pukul 02:40 pagi tadi, saya dah dapat hint nak lahirkan Alisha.. di mana darah dah terkeluar.. tapi pergi checkup, laluan masih belum buka.. tapi berkat daripada hasil saya pusing satu shopping complex, akhirnya terbuka sebanyak 4cm.. hahahah Tepat pukul 11:24 malam, saya telah selamat melahirkan Alisha dengan ditemani suami saya yang tercinta.. hihiii Love you la my dear.. muahhh ;-)

Alisha anak ibu.. di hari kelahiran kamu ini.. tiada apa yang ingin ibu perkatakan selain dari mengucapkan Selamat Hari Lahir.. Ibu doakan semoga Alisha membesar sebagai anak yang solehah.. taat pada perintah Tuhan.. Alisha, ibu nak ingatkan kamu.. jangan sesekali kamu menderhaka kepada insan yang bergelar IBU.. ketahuilah oleh kamu sayang bahawa sesungguhnya syurga ibu terletak di bawah tapak kaki ibu.. 

Sesungguhnya seorang ibu itu bertarung nyawa untuk melahirkan anak2 mereka di dunia ini.. Kamu juga akan melaluinya nanti.. Ibu hanya berpesan kepada kamu sebagai ingatan.. supaya kamu tidak sesekali menderhaka kepada orang tua.. di mana zaman sekarang ni terlalu ramai anak2 menderhaka kepada ibu bapa mereka.. Lupakah mereka betapa besar pengorbanan ibu bapa mereka menjaga mereka ketika kecil.. MasyaAllah... 

Ibu sesekali tak nak kamu berkelakuan seperti itu.. Ingatlah sayang.. ini adalah nasihat dari seorang ibu untuk anaknya.. supaya anaknya tak akan lupa diri apabila dah berjaya nanti.. Apa2 pun anak ibu yang ibu sayang ini... percayalah.. sesungguhnya setiap hari ibu mendoakan yang baik2 untuk kamu sayang..!! Tiada yang tak baik.. semuanya baik..!!

Betapa ibu menjaganya kamu.. sehingga seekor nyamuk pun ibu tak izinkan hinggap di badan kamu.. ketika ibu menyusukan kamu, kamu gigit ibu.. walaupun sakit tapi ibu tak sanggup untuk memukul kamu & tak pernah terniat di hati ibu untk memberhentikan penyusuan susu badan untuk kamu.. kerana ibu ingin memberi yang terbaik untuk kamu.. sesungguhnya susu badan ibu adalah yang terbaik untuk kamu sehingga kamu berumur 2 tahun..

Entahlah sayang.. ketika ibu menulis entry ini.. kamu sedang tidur di sebelah ibu.. terasa sayu dekat hati ibu ini.. Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Syawal bagi meraikan kemenangan umat islam berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.. Tahun lepas, ketika di  dalam kandungan ibu, Alisha pun "berpuasa" juga.. dapatlah Alisha merasa "berpuasa".. :-)

Ohya sayang.. seperti yang ibu selalu pesan.. sekali lagi ibu minta.. apabila kamu telah mengenali apa itu BERDOA.. apa itu SOLAT.. janganlah kamu lupa untuk sentiasa berdoa untuk ibu & abah kerana sesungguhnya sayang ibu.. hanya doa anak yang solehah seperti kamu yang dapat "membantu" ibu & abah.. Ketahuilah sayang.. ibu & abah TERLALU SAYANGKAN KAMU!!

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN ANAK IBU YANG TERSAYANG

NUR ALISHA BINTI MOHAMAD SUKRI






Tahun ni raya pertama saya sebagai isteri & ibu..

Alhamdulillah.. jika dipanjangkan umur, dapatlah saya meraikan hari raya nanti sebagai seorang isteri & seorang ibu.. Tahun ni saya excited sikit nak beraya sebab ni adalah tahun pertama beraya sebagai isteri & ibu.. Tahun lepas, time orang beraya, saya berpantang.. so, tahun ni harus excited.. muahhahha..

Siap sedondon lagi kami 3 beranak.. hahah.. Tahun ni kami pakai baju warna dark brown.. Actually my dear, tak nak  beli pun baju melayu.. dia cakap membazir.. yela, baju melayu kan tahan lama... mereka pun pakai baju melayu harapkan time pergi masjid je.. tu yang baju melayu mereka.. elok je lagi...

Tapi walau macamana pun, saya tetap suruh my dear beli juga sebab saya nak kami sedondon.. yela, seperti yang saya bagitahu tadi, ni tahun pertama kami beraya bersama2.. so kena la beli.. Lepas dipujuk, akhirnya my dear beli jugak.. hehee Lebih2 lagi, tahun ni raya pertama di rumah mak mentua saya.. so, secara tak langsung mesti tu salah satu sebab yang buat my dear lebih bersemangat juga nak beli baju melayu dia kan.. muahahaa *gurau je sayang.. hihii*

Baju raya saya hanya 2pasang je.. satu untuk guna dekat rumah mentua & lagi satu untuk 
pakai di terengganu.. Actually baju tu pemberian maksu saya di terengganu untuk  dipakai di majlis perkahwinan anaknya nanti.. kiranya baju tu mengikut tema majlis la kan..

Untuk Alisha pulak setakat ni dah ada 5 helai baju.. hahhah 2 jubah 2 baju kurung & 1 baju jalan2.. emmm rasanya baju jalan2 tu kena beli lagi kot.. kalau tak pun, pakai yang dah ada.. sebab baju alisha ni pun dah berlambak2.. Ohya, baju kurung alisha.. 1 tu adalah pemberian opah alisha a.k.a. my mum.. & 2 jubah & 1 pasang lagi baju kurung tu.. saya beli kain & suruh adik ipar saya jahitkan..

Kasut untuk alisha & my dear semua dah ada.. kira dah lengkap la.. cuma saya sorang je lagi belum ada kasut... hujung minggu ni.. InsyaAllah akan di'complete'kan.. hehee

InsyaAllah petang Ahad saya akan balik ke rumah mak mentua saya di Parit Butar, Perak.. Pagi Khamis 01/09 InsyaAllah kami akan bergerak ke Terengganu.. So, kami bertiga akan beraya di sana sampai Hari Selasa 06/09 baru kami akan bergerak balik ke kedah.. Tak sabar nak balik Terengganu, yela, kami balik Terengganu setahun sekali je.. Tahun ni jugak, tahun pertama alisha balik terengganu & tahun pertama juga saudara mara di terengganu nak jumpa Alisha.. hehhehe

So, nanti doakan kami selamat pergi & selamat kembali yer.. U all pun kalau balik kampung tu, bawak kereta berhati2 tau.. ingat insan2 tersayang.. :-) Maafkan saya jika selama ni saya ada terkasar bahasa or apa2 je la yang mengguris perasaan..

Thanks to Mr. Google

Terima kasih Ummu Muhammad & Queenpink

Alhamdulillah.. syukur sangat2 saya pada Tuhan kerana dikurniakan olehNYA kawan2 yang baik2 semua.. Walaupun baru menghampiri 7 bulan saya bergelar seorang blogger tapi saya rasa saya rapat dengan u all.. Semua kawan2 alam maya saya ni baik2.. Saya tak tahu nak cakap apa.. sebenarnya saya terharu sangat2..

Tadi saya dikejutkan dengan menerima hadiah dari Ummu Muhammad & kad raya dari Queenpink..  

Riben dekat penanda buku tercabut sebab Alisha tarik.. huhuu

Inilah hadiah untuk Alisha yang saya dapat dari Ummu Muhammad.. Flash Card & penanda buku.. saya betul2 terharu dengan ummu muhammad ni.. Actually, ni adalah hadiah untuk mereka yang Join Giveaway sempena muhammad setahun.. tapi saya tak sempat join kerana terlepas pandang entry tersebut tapi dengan takdir Tuhan saya boleh pulak terpandang entry hadiah untuk mereka yang join..

Saya ada komen dekat entry tu dengan bagitahu saya nak buat jugak flash card tu untuk Alisha.. Selain tu, saya pun ada jugak buat ucapan untuk muhammad.. tapi percayalah.. tak terniat pun dekat hati saya buat ucapan tu untuk terima hadiah dari ummu muhammad.. sementelah tarikh giveaway pun dah terlepas.. tapi tu la kan.. Bila Tuhan dah kata rezeki kita, InsyaAllah akan jadi milik kita jugak..



Alhamdulillah.. Flash card ni saya akan ajar Alisha.. InsyaAllah.. moga2 Alisha cepat2 mengenal & cepat2 boleh mengaji.. :-) Flash card dari ummu muhammad ni pun, kiranya macam hadiah hari kelahiran Alisha jugak laa.. hihii Hari Jumaat ni.. penghulu segala hari.. tepat pukul 11:24 malam genaplah Alisha setahun.. (Bulan Islam).. Sekali lagi terima kasih ummu muhammad :-)


Ini pulak kad raya dari Queenpink.. kad raya ni pun, kejutan jugak buat saya ni.. tak sangka pulak dapat kad raya.. Setakat ni, saya dah dapat 4 keping kad raya.. semuanya dari blogger2.. :-) Terima kasih banyak2 Queenpink.. Selamat Hari raya jugak untuk queenpink..

P/s : Ummu Muhammad & Queenpink dapat alamat rumah saya sebab sebelum ni saya pernah join Contest & giveaway anjuran mereka :-)

Rezeki menang Tupperware & Bloglist

Alhamdulillah.. ada lagi rezeki saya menang GA.. Kali ni menang dekat blog Nad pula hasil saya join Giveaway Raya By Miss Nadya.. Blog saya tersenarai di bloglist Nad.. Ini adalah first time menang bloglist.. Okla kan.. sekurang2nya ia boleh membantu saya up kan traffic.. hihii..

 Keputusan penuh Klik SINI 

Selain tu, saya jugak ada menang MIAMICASA CONTEST "Kisah Aku & Tupperware".. saya dapat tempat ke 2.. 


 Inilah hadiah yang bakal saya dapat.. hhehe saya paling suka dekat bag dia tu.. muahaha





Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 54

Hadiah dari Adyshariz & Maybelline & sample dari Campbells

Hari tu saya ada bagitahu u all yang saya menang GA From Adyshariz kan.. So, baru ni, saya dah terima hadiah tu..



 Saya dapat keychain angry bird.. lagi satu tu apa u all panggil yer.. saya panggil "pensel tekan".. hahahhah yela, bila nak tulis kena tekan.. hahhah..

 

 Tapi sayangnya pensel tu macam rosak.. emmm bila saya tekan.. ia jadi macam dalam gambar dekat atas tu.. penyambung dia dah patah.. takpala, nak buat macamana.. lekat dengan salotape boleh kot.. hihii


Lip gloss ni pulak hadiah dari Maybelline.. Hadiah ni Maybelline akan bagi dekat 
500 orang yang pertama jawab survey dia.. So, alhamdulillah la sebab saya diantara 500 orang tu.. Hihii Nisa pun dapat jugak ;-)


Yang ni pulak sample sup segera dari Campbells.. saya suka.. dah makan pun.. hahah.. saya memang selalu makan sebelum ni.. :-) Bab2 minta sample ni.. sayalah orangnya.. hahah suka minta sample tau. sebab suka dapat barang free... hahahhahhahahah boleh gitu.. sebenarnya bila saya dah rasa sedap.. ianya bagi peluang untuk saya terus pergi beli.. tak payah sample2 lagi dah.. terus beli .. hihii

Hadiah untuk Alisha dari Greennn Inspiration

Tadi saya dapat hadiah dari Nisa. Opstt bukan untuk saya tapi untuk Alisha.. hehee  Nisa pos sekali dengan kad raya.. Nisa hadiahkan FM ABC untuk Alisha.. bukan main suka lagi dia.. yela, boleh lekat2.. mana ada besi.. situ la dia lekatkan... haha


FM ni kira macam hadiah birthday Alisha la.. Kalau ikut bulan islam.. Jumaat ni pukul 11:24 malam, genapla umur Alisha setahun.. tapi kalau ikut bulan orang putih pulak.. 05/09 baru genap setahun ;-)


Tengokla si Alisha ni.. kalut jugak nak susun FM dia tu.. hihii.. Hannah anak Nisa pun ada jugak FM ni.. Nisa belikan satu untuk Hannah & satu untuk Alisha :-)


Mula2 alisha susun la tapi lama2... tu diaaaa... nak masuk dalam mulut pulak... Thanks tau nisa bagi FM ni.. bukan alisha je suka.. saya pun suka.. sebab saya memang suka benda2 yang berbentuk pembelajaran ni.. 
 Kira lepas ni, sambil2 alisha duduk "tolong" saya di dapur.. dapatlah juga dia belajar... hhehhe


Tadaaa duit raya dari Nisa... hahhah Actually ni kad raya.. saya dapat kad raya yang comel ni dari Nisa.. Thanks tau nisa.. seronok saya dapat ramai kawan alam maya yang baik2.. saya harap persahabatan kita ni akan berpanjangan.. N semoga satu hari nanti kita akan berjumpa.. :-)

Alisha dah pandai turun dari katil

Yahooo seronoknya saya.. Sebelum ni saya memang dah tahu yang alisha dah pandai turun dari katil, mean, turun guna kaki la kan.. tapi tergantung la kaki dia sebab katil saya tinggi.. Saya ni pula, tak pernah terfikir untuk biarkan je alisha turun sambil saya tengok.. selalunya, saya pegang bontot dia & dia turun slow2..

Tapi pagi tadi.. saya biarkan dia turun sendiri.. horrayyyy alisha berjaya.. dia duduk dekat tepi katil lepas tu turunkan kaki kanan dia sambil tangan pegang katil & alisha telah berjaya turun!!! tak jatuh pun.. seronoknya saya... tak perlu risaukan alisha lagi sebab alisha Good Girl..!! dah mula faham banyak perkara.. hehheh Ibu sayang kamu lah sayang... umur menghampiri setahun tapi dah banyak perkara yang kamu faham & boleh lakukan.. hihii

Semoga adik Dania Emelda Aqasha tenang di sana... AL-Fatihah

Ya Allah Ya Tuhanku... tadi baru saya buat entry pasal adik Dania Emelda Aqasha.. tapi tadi saya buka facebook terpandang status Leen


Klik untuk lebih jelas


Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah.. semoga adik Nia tenang di sana.. Takziah untuk Leen sekeluarga 

P/s : Meremang bulu roma terbaca status Leen.. Lebih2 lagi di sini hujan.. terasa betul2 sayu.. Al-Fatihah

Luangkan masa 1 MINIT doakan adik Dania Emelda Aqasha yang tengah kritikal!!!

MasyaAllah... tak tahu saya nak cakap apa.. Menangis saya baca cerita tentang adik Dania Emelda Aqasha.. Pada mulanya, saya terbaca pasal ni dekat blog PinkUmmi lepas tu saya terus ke link yang PU sertakan..

Ya Allah.. terus saya teringatkan Alisha yang tengah tidur... MasyaAllah... semoga Leen tabah hadapi semua dugaan ni.. Betapa beratnya dugaan yang Leen terpaksa tanggung.. Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatkanlah semangat ibu kepada adik Dania Emelda Aqasha.. Kau sembuhkanlah penyakit adik Nia..

Sedih sungguh saya.. dahla semakin hampir untuk kita semua menyambut syawal.. MasyaAllah.. dugaan seorang ibu.. sedangkan saya, alisha demam pun saya rasa sedih inikan pulak adik Nia yang kena Leukimia.. yang sekarang ni tengah bertarung nyawa..!! 

Yang paling saya sedih & buat hati saya menangis teresak2 bila Leen tulis
 
 kawan2.......
aku x akan minta duit......
tapi, hanya 1 minit selepas solat anda.....tolonglah doakan anak ku ini, Dania Emelda Aqasha supaya dia dapat melawan penyakitnnya, supaya dia kuat semangat......dan kuatkan semangat ku juga utk menempuh segala cabaran ini........1minit je!!!
 
Marilah u all, kita sama2 doakan adik Nia.. 



masa awal2 nia kene detect Leukimia.....
dia seorang yang periang sangat sebenarnya....

walaupun cucuk sana sini....dia tetap happy....

selepas kene ASPA

makan pil Dexa menyebabkan selera makan Nia bertambah2

masa ni dia sangat2 lemah.....tak nak minum & makan

Saya tak tahu nak cakap apa dah.. gambar ni semua buat saya lagi sedih.. Kalau u all nak tahu lebih lanjut, boleh terjah blog LEEN

Alisha dah dapat "hadiah" hari lahir..

Hari Lahir Alisha bulan depan tapi Alisha dah dapat "hadiah".. Awai hadiah dia dapat.. hihii.. Tarikh lahir Alisha 05/09.. time ni nanti kami bertiga akan berada di Terengganu.. ;-)

Ohya "hadiah" yang saya maksudkan adalah GIGI.. muahahaa... Hari sabtu baru ni, saya terperasan gigi atas alisha dah tumbuh lagi sebatang.. setakat ni, gigi alisha dah ada 5 batang.. :-)

Okla, gigi dah makin banyak.. hadiah untuk alisha bagi memudahkan untuk makan biskut raya dengan banyak nanti.. hahah.. patutla, akhir2 ni saya tengok alisha ni asyik gesel2kan gigi dia je.. saya ni pulak asyik tegur dia jangan buat macam tu sebab saya ngilu... tapi entah macamana, terdetik hati saya untuk check gusi dia... sekali saya check, rupanya ada gigi baru nak tumbuh... hahah

Apa2 pun, saya harap dengan gigi alisha yang makin bertambah tu.. moga2 dia cepat2lah serasikan diri dia dengan gigi yang ada tu.. sebab saya taknak kena gigit lagi... muahhahahhah

Hadiah dari PinkUmmi yang best2.. hihii

Alhamdulillah.. saya dah dapat hadiah dari PU.. Malam tadi saya sampai rumah dari kampung dah lewat pun.. Sekali tengok dekat peti surat tertampal kertas dari posmen suruh ambil barang dekat pejabat pos.. Memang dah agaklah PU punya sebab PU dah inform awal2..  

So, pagi tadi my dear tolonglah saya pergi ambil.. Thanks dear :-)


Dalam bag kertas ni lah tersimpan semua hadiah dari PU tu.. warna pink lagi.. hihii Suka la bag kertas ni.. comel.. cute je.. hihii.. Actually, masa buka je sampul bungkusan ni, saya terpandang bag kertas ni, terus terdetik.. "Wah, baiknya PU ni.. sampai isi dalam bag kertas yang comel".. ingatkan dalam kotak biasa je.. :-) Nak tahu apa ada dalam ni.. jom layan gambar dekat bawah ni.. hihii


 Minyak wangi Outspoken hadiah dari kemenangan join Kuiz dari PU :-) Wangi tau perfume ni.. hihii Botol dia pun comel je.. raya nanti boleh try perfume ni pulak.. hahah *Actually saya ni dulu salah seorang penggemar minyak wangi.. setiap hari pergi kerja mesti pakai perfume yang berlainan..hahhah tapi dah kahwin, dah tak buat dah tabiat tu.. lebih2 lagi duduk rumah je..hihii*


Keychain ni pulak hasil kemenangan cabutan bertuah & lip gloss tu pulak sebab Like gambar PU kot & semua komen entry PU dapat hadiah.. Tak sangka pulak boleh dapat 2 lipgloss.. sebenarnya saya dah terlupa apa hadiah yang saya patut dapat.. hihii 

Lipgloss ni satu saya dapat yang Sweet Caprice & lagi satu Fuchsia Shine.. Thanks la PU.. sebab lipgloss saya memang dah habis pun sebenarnya... hahha


Thanks jugak pada PU sebab PU bermurah hati hadiahkan saya shawl & gelang ni sebab saya selalu inform pasal kemenangan CGL PU.. kiranya tanda terima kasih dari PU la.. Ya Allah, saya memang tak sangka langsung yang PU akan bagi hadiah ni dekat saya.. yela, saya inform sebagai seorang kawan.. kawan2 menang, mestilah kita tumpang sekaki seronok kan..

Baiknya PU ni.. sanggup hadiahkan saya macam2.. :-) Hadiah semuanya untuk saya kelihatan lebih cantik je ni.. muahahha.. semua yang boleh dipakai di hari raya.. :-) Thanks lagi sekali tau.. seronok berblog ni sebab saya rasa membe2 dekat blog ni semuanya baik2.. rasa macam rapat je walaupun kita semua tak pernah jumpa.. Saya memang hargailah hubungan kita ni semua.. :-)


Ini kad raya dari PU.. Tulisan PU cantik.. Seriously, dari zaman sekolah lagi saya malu untuk bagi kad raya dekat orang sebab tulisan saya macam budak darjah satu... hahhahahah hodoh giler hokay!! Kalau u all nak tahu, selama ni, kalau saya bagi kad pun.. mesti ucapan tu saya tulis dalam komputer & print out lepas tu tampal je dekat kad.. bila orang tanya kenapa, saya cakap, "malas nak tulis tangan, kebetulan ada depan komputer, terus je la key in"... hhahahhah *kantoi sudah!!* ;p

Apa2 pun thanks tau PU.. saya sangat2 suka & hargai hadiah dari PU ni.. :-) Thanks ye... Hug sekali lah... (",)

P/s : Petang tadi terus merasmikan shawl dari PU ni.. hihii

Perkembangan Alisha Part 8

Oh tidakkkk dah lama tak update perkembangan Alisha.. Bulan depan dah setahun.. ayoyooo... Sorry yer sayang ibu.. Hari ni ibu update... Cepat betul masa berlalu.. ibu tak sedar dah hampir setahun.. Nanti setahun, ibu akan upload gambar Alisha setiap bulan supaya alisha dapat tengok perubahan muka alisha dari bulan ke bulan.. hihiii

Actually saya ni teringin melihat perubahan muka saya zaman kecik2 dulu.. tapi tu la.. zaman dulu2 tak secanggih zaman sekarang... saya tak dapat tengok, so, saya buat dekat alisha la.. tiap2 bulan saya ambil gambar dia.. hihii 

Hari ni saya mesti update perkembangan alisha sementara saya di rumah my parent.. esok dah balik sungai petani, internet dah slow.. hihii malam ni kena pulun jugak siapkan entry ni.. lagipun raya nanti alisha dah setahun.. time tu, macam2 entry lagi nak kene buat... dengan entry rayanya, entry balik terengganunya, entry kendurinya, entry hari lahir alishanya... ececeeee banyak pulak otak ni berfikir pasal entry akan datang... muahahaaa

Last saya update perkembangan Alisha bulan 5... huwaaaa lama dah tu... adusss.. So, kembali kepada tajuk asal.. cam biasala.. ringkas2 je taip perkembangan ni.. hihii

Perkembangan ketika Alisha Berumur 8 Bulan

18/05/2011 : Alisha dah mula belajar berjalan dengan menolak walkernya
25/05/2011 : Alisha dah pandai melambai tangan
                   : Alisha dah pandai tepuk tangan apabila kita nyanyi lagu tepuk amai2
02/06/2011 : Alisha dah boleh berdiri sendiri melebihi dari seminit
02/06/2011 : Gigi bawah Alisha dah tumbuh 2 batang

Perkembangan ketika Alisha Berumur 9 Bulan

12/06/2011 : Alisha dah pandai duduk mencangkung
05/07/2011 : Alisha dah start melangkah setapak dua
                   : Alisha dah pandai menunjuk sesuatu tapi dengan 5 jari bukan guna jari telunjuk.. hahha

Perkembangan ketika Alisha Berumur 10 Bulan

14/07/2011 : Alisha dah makin teror melangkah.. dah lebih 10 langkah
20/07/2011 : Alisha dah pandai panjat sofa or kerusi or apa2 je la yang dia boleh panjat.. hihii
22/07/2011 : Alisha dah pandai menunjuk dengan betul, mean, guna jari telunjuk.. good girl..!!
24/07/2011 : Gigi Alisha atas, bahagian depan dah tumbuh tapi sebatang
31/07/2011 : Alisha dah pandai menyelak helaian mukasurat buku seperti kita yang besar ni menyelak... no more koyak2.. hihii 
                   : Gigi Alisha atas depan, tumbuh lagi sebatang.. so, dah jadi 4 batang
01/08/2011 : Alisha dah boleh jalan sepenuhnya.. Horraayyy!!!

Perkembangan ketika Alisha Berumur 11 Bulan

12/08/2011 : Alisha dah pandai buat gaya kita bercakap telefon.. hahhaha boleh pulak dia pegang handphone lepas tu letak dekat telinga dia & bersembang bahasa perancis... hahhahah sooo sweet la babeh!!
15/08/2011 : alisha dah pandai turun dari katil dengan guna kaki.. bukan tangan or kepala dia.. hihii tapi sayangnya katil saya tinggi so, dia tak dapat jejak lantai.. kaki dia terjuntai2... muahahhah

So, setakat ini je lah dulu update pasal my precious ni... Bulan depan Alisha dah setahun.. Perkembangan Alisha sangat membanggakan saya.. paling best, 10bulan lebih dah boleh jalan... hihiii

P/s : Nanti rajin, teringin nak buat entry pasal perangai or sikap alisha :-)

Boleh tolong saya bagi tips taknak bagi Alisha GIGIT tak?

Yap, saya nak mintak tolong dengan u all.. siapa2 yang ada pengalaman gigit menggigit... Hari tu kan saya ada ceritakan dekat u all yang alisha dah pandai menggigit. Hari ni saya nak minta tips dengan u all.. kot2 pernah ada pengalaman macam saya ni..

Bukan apa.. saya risau takut tiba2 saya ter'pang' kat dia.. kang tak pasal2 dia menangis & tak pasal2 jugak saya tumpang sekaki menangis sebab menyesal ter'pang' dia.. yela, mana nak tahu kan.. tiba2 kena gigit & tiba2 jugak tangan saya ni laju je hinggap kat badan dia...

Dahla alisha gigit sakit.. sabar je la selama ni.. Dugaan betul la.. 13 bulan lagi saya nak menyusukan dia dia.. tu kalau dia gigit ketika menyusu... ketika main2 or suka2 belum dikira lagi tu.. hahaha... Tolong bagi tips kat saya ek.. Thanks in advanced lah:-)

Entry KURUS khas untuk SYU-AUS

Entry pasal kurus lagi... hahahha tapi kali ni khas untuk Syu.. Saya terdetik nak buat entry ni pun pasal terbaca komen dari syu.. Syu tanya cara pemakanan saya selepas kahwin.. hihii Tak sangka pulak ada orang bertanya pasal ni.. hehhe


 Secara peribadinya, saya tak jaga langsung pemakanan saya.. mean, saya tak pernah menahan diri saya daripada apa semua jenis makanan kecuali ianya alergic untuk saya *kulit saya jenis sensitif*.. Kalau nak tahu, saya sangat sukakan kek.. sepotong dua kecik tak cukup untuk saya tapi dua tiga potong besar baru cukup.. hahahah. Saya tak pernah ada istilah DIET dalam hidup saya.. Apa boleh makan, apa nak makan.. makan je selagi boleh makan.. boleh gitu.. hihii.. 

Tapi apa2 pun, saya mesti makan sayur.. ada buah makan buah.. Kalau syu & u all semua nak tahu, berat saya paling berat yang pernah saya "tanggung" sebelum kahwin adalah 54kg.. Actually berat tu ok dengan ketinggian saya TAPI yang menjadi masalah saya adalah PERUT BUNCIT, PEHA BERLAGA & DAGU BERLAPIK!! Huhh

Saya memang tak suka & sangat2 ambil berat tentang 3 bahagian tu.. Bagi saya kalau perut buncit, peha berlaga, dagu berlapis... tak lain tak bukan, saya dah gemukkk.. arghhhh.. Lebih2 lagi time tu, membe2 pulak asyik tegur saya pasal dagu & perut.. sob sob sob.. *kan dah saya katakan, bila kita gemuk orang akan cakap kita gemuk tapi bila kita kurus orang akan cakap kita kurus, yang jadi mangsa, kita jugak sebab stress dengan cakap2 orang..huhh!*

 Dalam masa yang sama, saya bersyukur jugak dekat mereka semua sekurang2nya, saya tahu mereka ambil berat tentang saya.. so, saya pun apalagi.. takkanlah saya nak membiarkan perut saya tu BUNCIT kan... taknakkkk nanti tak mengandung pun orang cakap saya mengandung... huhuuu

So, kat sini, saya teringin nak berkongsi dengan syu & u all cara saya hilangkan semua tu.. mean, dagu dah tak berlapis, perut dah leper & peha tak berlaga.. tapi u all kena bertekad tau..!! tanamkan dalam diri u all tu.. saya nak cantik!! nak bagi suami saya tengok saya cantik!! nak pakai baju cantik2!! apa2 je la.. janji boleh motivasikan u all.. ;-) Prinsip saya senang je.. "Nak Seribu Daya.."

Ohya, lagi satu.. untuk pengetahuan Syu, saya menyusukan Alisha sepenuhnya takda campur susu formula.. so, secara tak langsung, ia juga membantu saya jadi "kurus kering sampai saya penat berusaha nak naikkan berat badan*.. Selain tu juga, my dear tak suka isteri dia gemuk tapi tak jugak suka kurus kering macam sekarang nih!! yang my dear suka, berisi sedikit, mean, berat asal saya.. 51kg-52kg... secara tak langsung, ianya membantu saya memotivasikan diri ;-)

So, sekarang saya sedang berusaha tambahkan berat.. ada tips tambah berat.. kongsi2lah yer... hihii.. Alamakk hampir terlupa.. pergi dekat link INI untuk tahu cara saya CUNkan perut, peha & dagu... muahahhaha

P/s : Sharing is caring 

Friso gold bagi saya Storage Box :-)

Saya dapat storage box dari Friso gold la u all.. hihii Actually mula2 dulu saya just minta sample je dari Friso ni.. saja suka2 untuk testing rasa susu untuk ibu menyusu.. hihi.. Bukan setakat susu untuk ibu menyusu je.. sample untuk susu alisha pun saya dah dapat tapi takdala bagi alisha minum kan... Susu alisha tetap "bersama" saya selama 13 bulan lagi.. muahahah


Tapi entah macamana satu hari tu, saya boleh terima form dari Friso untuk jadi ahli "Growing Up Together Club". Saya ni pulak time tu tengah rajin.. so, isi je la form tu kan.. lebih2 lagi bila terpandang ayat "Just Complete the enclosed form & mail it back to us no later by 30/06/2011 & YOU WILL BE ENTITLED TO AN EXCLUSIVE STORAGE BOX WORTH RM20"

Fuyooo dapat barang free.... hahhahha *giler barang free nampaknya saya nih!*.. hahhah entah, sejak2 berblog ni, ada je blogger cerita dapat itu dapat ini.. so, secara tak langsung ianya buat saya jadi rajin mengisi apa2 je form yang boleh dapat hadiah... jangan tak tahu, untuk cabutan bertuah dekat shopping complex tu pun saya isi tau.. agak2 boleh dapat kereta sebijik, orait la kan.. hahhahhaaah *ayat poyo!*


Storage box ni di pos guna pos ekspress... time tu saya dekat kampung tapi nasib baiklah jiran saya ada tolong sign...



Tadaaa inilah storage box tu..  cun tak?  hihi.. Nak tahu apa kegunaannya.. tengoklah gambar dekat bawah ni.. hehee 

Hahaaa semua harta kemenangan GA, saya isi dalam kotak ni... mana hadiah yang muat semua dalam ni... kira ok juga la.. selama ni saya pun tak tahu nak simpan hadiah ni dekat mana.. dapat box ni.. memang tepat pada masanya lah... hihii

Apa2pun thanks yer Friso Gold.. saya rasa Friso ni mesra tau.. ececce yela, u all bayangkan sampai dekat surat yang dia hantar bersama dengan sorage box ni, siap saya sorry lagi sebab lambat hantar.. memang baguslah.. yela, bukannya saya beli, tapi Friso dengan rendah dirinya say sorry jugak.. Bagus2... Friso ni menambat hati saya.. mana tahu nanti Alisha dah umur 2 tahun, saya nak bagi Alisha minum susu Friso ke kan... :-)

Ibu Alisha dapat duit raya dari MamaTisya :-)

Wah.. dah berstatus ibu pun tapi saya tetap dapat duit raya... hihii Actually duit raya tu hasil kemenangan saya join "MamaTisya Duit Raya 2011 Giveaway"  Alhamdulillah, saya diantara sepuluh orang yang terpilih untuk dapat duit raya RM5 setiap seorang... :-)

Rezeki my dear lagi la ni.. duit tu saya masukkan dalam akaun my dear.. M2U.. hihii Selama ni saya duk terpikir nak tumpang je akaun my dear tu, sampai masa saya mintak la balik duit tu.. bukan apa, kalau saya nak beli barang online, senang sikit, suruh my dear transfer je.. :-)
Tapi tu la, sampai sekarang tak terfikir nak beli apa... heheheee.. tu la saya ni.. bila takda duit, bukan main bodek my dear suruh transfer duit sebab nak beli barang online tapi bila duit sendiri ada dalam akaun... sikit pun tak tergoda nak beli barang... ayoyooo

Apa2 pun thanks yer mama tisya sebab menambahkan lagi duit saya dalam akaun my dear... muahahaaa *horrayyyy dapat duit raya... hihiii*

 Keputusan penuh Klik SINI
 
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 52

Hadiah yang telah diterima sepanjang minggu lepas


Hari ni saya nak update hadiah yang saya dah terima sepanjang minggu lepas.. Sebelum ni nak update internet slow sangat.. ni alang2 dah laju sikit baik update cepat2 kan.. :-)


Shawl ni saya dapat hasil kemenangan join MEGA GIVEAWAY AMALINA!! Actually, saya tak tahu macamana nak guna shawl ni.. hihii tapi jangan risau yer Amalina nanti akak belajar guna.. hihii  




Garnier NutriRepair Repairing Milk Lotion ni pulak, hasil kemenangan join Afrayuyi.com Giveaway 
 Bolehlah saya try guna lotion ni.. sebelum ni, saya belum pernah guna lagi produk Garnier ni.. Thanks tau kak Afra
 

Keychain ni pulak saya dapat daripada Lisa Afha sebab menang join giveaway keychain from langkawi Kalau tak silap saya, ini leychain ke dua kot yang saya dapat dari Langkawi.. Apa2 pun, Thanks Lisa   


Haa inilah dia cash voucher untuk my parent pergi honeymoon... hihii.. Voucher ni due dia sampai akhir bulan 9.. Voucher ni hasil kemenangan join cash voucher Rm338 Equatorial Cameron Highland yang dianjurkan oleh Mama Kyra. Thanks yer    


Last, selipar yang saya dapat pasal menang GIRANG 1st Giveaway for MUAHXs. Saya tak muat pun selipar ni.. besar tapi tak sangka pulak, ngam2 saiz kaki my dear... hihii My dear cakap "Untung juga ina join GA ni yer" hihii Mana tak nya, apa yang saya tak muat, my dear yang dapat.. kalau saya menang topup.. itupun handphone my dear jugak yang bertambah nilai nya.. hihii. Apa2 pun, Thanks Girang   

Memperkenalkan WATERMARK & BANNER IntaNBerliaN.. ;-)

Entry sebelum ni saya ada bagitahu u all yang saya menang banner & watermark dan saya dah dapat pun hadiah tersebut hihii.. Hari Khamis lagi saya dah dapat hadiah ni... & saya dah tak sabar2 nak tunjuk dekat u all banner & watermark saya tu.. tapi disebabkan saya balik kampung my dear, so, niat tu terbantutlah sekejap..

Tapi!! hari ini saya telah sampai ke rumah saya.. walaupun internet slow tapi hati saya ni dah tak boleh nak tahan2 dah... tak sabar nak tunjuk... hahhah Bukan pasal nak berlagak or apa.. jangan salah faham tau... Cumanya saya rasa happy sangat sebab dah ada banner & watermark, so, bila kita happy, of courselah kita rasa nak berkongsi kegembiraan tu dengan semua orang kan... :-)

Bagi saya, banner & watermark yang Eca buat ni, memang betul2 memuaskan hati sayalah!! Walaupun ianya free tapi Eca buat dengan baik.. takdalah melepaskan batuk di tangga kan.. ececce.. Saya sekadar bagitahu Eca banner macamana yang saya nak & Eca pulak cuba sebaik mungkin memakbulkan impian saya tu... hihii

Saya puji Eca sebab rajin menggodek2 blog saya ni untuk mecari idea macamana nak buat banner saya tu.. akhirnya terjumpalah gambar kami bertiga yang berkenan di mata Eca.. Ohya, memang saya tak bagi apa2 gambar pun dekat Eca ni.. cuma saya bagitahu nak banner yang menggambarkan saya ni seorang ibu & seorang Isteri.. Thanks tau Eca... Akak memang betul2 menghargainya :-)

So, taknak cakap banyak dah.. Meh tengok banner & watermark IntaNBerliaN.. hihii



Banner IntaNBerliaN... Nampak tak, ada gambar saya, my dear & Alisha... :-) Ada nampak macam banner seorang isteri & ibu tak?.. hihii.. Nampak gayanya lepas ni, boleh lah saya iklankan banner saya ni.. hihii.. Emm nak kena try tanya Eca ni.. sudi tak iklankan blog saya ni di ruang iklan blog dia tu... hihii Mana tau, boleh bantu up kan traffick blog saya selain memperkenalkan blog saya dekat blogger lain... muahahah ;-)


Ini pulak watermark IntaNBerliaN.. hihii Cantik tak?... hihii Tapikan, masalah saya adalah, saya tak tahu macamana nak guna watermark ni.. Yela, tengok blogger lain bila upload gambar ada watermark dekat gambar mereka tu, so, tak boleh la orang lain nak cilok kan.. saya pun adala terniat nak letak dekat gambar2 yang bakal di"upload" selepas ni.. tapi tak reti nak buat macamana.... waaaaaaaaaaaaa ajarlah saya.. watermark dah ada nih...huhuu Sorry la, saya memang tak berapa nak reti bab2 ni... maklumlah.. dah tua... muahahhahhah

So selesailah sesi memperkenalkan watermark & banner blog saya.. U all boleh je bagi pandangan dekat banner & watermark saya ni tau.. :-) Bagi saya memang cantik lah.. & memang memuaskan hati saya tapi setiap orang ada citarasa yang tersendirikan.. mana la tahu kot u all punya pendapat berbeza dengan saya.. hihii

Apa2 pun terima kasih tau Eca.. Ohya, kalau u all pun nak Eca buat banner, watermark or edit blog u all, u all boleh suruh Eca.. Eca ada buat tempahan juga kalau tak salah saya.. :-) Kalau u all nak tengok entry memperkenalkan banner & watermark saya di blog Eca, u all klik sini yer

P/s : Hope ada yang bantu saya guna watermark ni sebab dah tak sabar nak guna.. hihii

Menang Hadiah Dari Mesir


Alhamdulillah.. Nampaknya kali ni saya ada rezeki menang contest pulak.. Contest Saya Sayang Mesir yang dianjurkan oleh Zieda. Contest ni ala2 nak kena buat karangan la jugak.. Penat memerah otak, rasa macam buat karangan Tingkatan 5 je... hahah

Normally, saya malas nak join contest yang nak kena perah otak ni.. lebih2 lagi nak kena tulis pasal pandangan kita.. Tapi entah macamana contest ni saya jadi terajin la pulak.. peserta yang paling akhir pulak tu join... Dah lah macam tu, tak sangka pulak boleh menang... hihii

Tajuk untuk "karangan" contest ni adalah “Patut atau Tidak JPA dan MARA Menghantar Lagi Pelajar ke Mesir“.. U see, berat tak berat kepala otak saya ni nak kena perah.. muahahah Apa2 pun alhamdulillah.. saya menang tempat ke 3..

Hadiah yang bakal saya menang adalah

Tempat Ketiga [20 LE]
1) Unta-doll Mesir
2) T-shirt I Luv Egypt

 Keputusan penuh Klik SINI
 
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 51
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...