Memuatkan ...

Kerana masakan INI kami bertekak..

Opssttt jangan salah faham yer.. "bertekak" yang dimaksudkan bukanlah sampai bermasam muka or baling periuk belanga tapi sekadar bertekak suara untuk memeriahkan suasana di dalam rumah.. muahahhah

Saya ada kenangan pasal satu masakan ni.. teringin nak cerita dekat u all.. hihii.. satu hari tu, saya masak ayam, tapi tak tahu nak namakan masakan tu apa.. letak sos tiram "ala2 masakan cina".. malam sebelum saya masak lauk tu, saya bagitahulah my dear, "esok nak masak ayam yang selalu masak tu, tapi nak letak cendawan pulak" *dah 3 4 kali jugak saya masak "ala2 masakan cina" ni*

Esoknya, my dear balik lunch tanya saya,

My dear : "Masak apa ni, tak sedap, kata nak masak lauk ayam yang selalu masak tu"..
Saya : "Ini yang selalu masak la jugak ni tapi dah ubahsuai tambah cendawan" 
My Dear : "Lainkali tak payah letak cendawan, tak sedap langsung.. sapa nak makan ni, dahlah masak banyak"
Saya : Diam...
My Dear : "Dari dekat pejabat lagi abang teringat ina nak masak ayam kegemaran abang.. balik2 rumah, lain pulak"
Saya : "Ina try je, kalau letak cendawan apa jadi.. kalau macam ni, lepas ni, ina masak tak letak la cendawan"
My Dear : "Mana cabainya??" (sambil membelek2 lauk tersebut)
Saya : Terpinga2, bila masa pulak lauk "ala2 masakan cina" ni letak cabai... "Abang ni cakap pasal lauk kegemaran abang yang mana sebenarnya ni?"
My Dear : "Yang ada letak cabai tumbuk & sos tiram tu la"
Saya : "Hahahaaa itu masakan lain... jadi kita berdua ni yang duduk bertekak ni, rupanya abang cakap pasal masakan lain ina cakap pasal masakan lain la ek" hahaaaa

Penat kami bertekak sampai my dear makan sikit je saya masak hari tu.. huhuu.. U all nak tahu tak apa masakan yang jadi kegemaran my dear tu... Tengoklah gambar dekat bawah ni.. hihii


Hitam bukan sebarang hitam tau.. kerana lauk ni la... saya bertekak dengan my dear... Kebetulan pulak hari ni, saya masak lauk ni.. tu yang terkeluar entry kenangan pasal lauk ni.. hihii.. Ohya, tadi time my dear makan, my dear cakap "Abang memang terbayang dah lauk ni, teringin nak makan, nasib ina masak.. Dalam banyak2 lauk ina masak, inilah lauk yang PALING SEDAP" muahahhaaa ;p

Lauk ni sangat simple cara masak tapi sedap (my dear yang cakap).. Tak tahu nak cakap apa nama masakannya tapi selepas dari kami "bertekak" kami membuat keputusan lauk ni dinamakan "Lauk yang abang suka"... so, lepas ni, nak elakkan salah faham, kalau my dear nak makan lauk ni.. my dear akan cakap "Masak lauk yang abang suka"... muahahahahaa ;p

Thanks to Mr Google
P/s : Lainkali saya cerita kenangan saya & sambal belacan pulak.. lagi vogue tau.. muahahhaha tapi tunggu la menu masakan saya ada sambal belacan, baru boleh up sikit sambal belacan tu... ;p

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Wanita


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 01/08/2011

Kali ni saya teringin nak join segmen lagi.. hihii SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Wanita.. Maklumla, follower saya tak ramai.. join segmen ni, boleh jugak membantu memperkenalkan blog saya nih.. cewahhh.. muahahaaa  

So, kalau u all pun teringin nak join, klik banner dekat atas yer.. :-)

Dataran Ikan Bakar

Baru ni saya ada cerita dekat u all yang my dear dapat untung rm300++ hasil main saham 2 jam kan.. so, petang semalam, kami pun pergilah ke Restoran Dataran Ikan Bakar.. Nyum nyum.. teringat ikan bakar semalam.. hihii Inilah port kami kalau teringin nak makan ikan bakar..


Inilah yang kami order.. ikan jenahak bakar, sayur kailan ikan masin, seekor sotong tapi kami bahagikan 2.. suruh masak 2 jenis masakan.. sotong goreng kunyit & sotong masak sos


Kasi zoom sikit ikan bakar.. memang sedaplah ikan bakar dia.. tang sos atas ikan tu yang buat sedap tu...


 Ikan & sotong dekat restoran ni semua fresh2 tau.. kemanisan ikan tu pun terasalah.. Harga makanan kami ni semua termasuk air adalah Rm70 hinggit..!! makan 2 orang je padahal.. hihii seekor ikan harga Rm28 tapi seekor sotong Rm30... muahahaaa sotong lagi mahai dari ikan... huhh! tapi sedap & fresh punya pasal, kira berbaloi la... :-)


Inilah hasilnya selepas semuanya di makan.. ikan bakar sedap sangat sampai licin..!! hahahaaa

P/s : Mentang2 dah ada kamera, dah pandai buat entry makanan la pulak saya nih!! muahahaaa ;p

Update hadiah menang GA

Hari tu, saya ada bagitahu u all yang saya dapat kupon diskaun Mothercare kan.. Semalam kupon tu saya dah pun terima..



Kupon ni hasil kemenangan join Mothercare Discount Coupon to Giveaway yang dianjurkan oleh Kambingbujang.

Nanti balik kampung, bolehlah bagi dekat adik ipar saya tu.. hihii.. Tapi nak guna or tak, tak tahu lah pulak saya.. lagi pun harga dekat mothercare ni kan, mahai sikit.. lagi satu, dekat perak takda mothercare... saya saja la bagi, mana tau kot adik ipar nak pergi jejalan KL cuci mata kat mothercare.. hihiii 

Dapat shawl free.. hihii

Alhamdulillah... saya menang shawl hasil dari join MEGA GIVEAWAY AMALINA!! hihii memang saya suka la... dah lama teringin nak menang shawl akhirnya ada rezeki jugak dapat shawl... muahaaha... Sebelum ni dah menang 2 inner, so ni dah menang shawl pulak.. kira orait la tu... dah ada geng.. hahaaa


No bertuah saya adalah no 1 tu... hihii.. memang bertuah lah!! Ramai yang menang tau GA ni.. :-) Apa2 pun thanks yer Amalina

Keputusan Penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 45

Hanya mengadap komputer 2jam dah dapat untung RM300++

Cewah tajuk.. macam saya je yang dapat untung tu.. hahhahaa Apa la agaknya yang di'hadap'kan depan komputer tu sampai dapat Rm300++.. :-) Sebenarnya, bukan saya yang dapat untung tapi my dear.. saya ni, biasalah.. tumpang sekaki la jawabnya.. muahhaha

Lunch time tadi my dear balik rumah sambil tersengih2 macam kerang busuk.. dah tahu dah mesti ada story la tu.. rupanya my dear untung main saham... hahhahaa bukan main suka lagi my dear.. walaupun bukan untung beribu riban tapi kalau dah untung 300++ dalam tempoh 2jam sambil duduk bersila atas kerusi mengadap komputer.. tak ke best namanya tu??..

Saya ni tumpang sengih lah dengar cerita my dear.. hahhaha.. Opssttt lagi satu, malam nanti my dear janji nak bawa saya keluar makan... horayyyy... apa lagi my dear.. Jom ikan bakar..muahhaha

Back to the story... actually pukul 9:08 pagi tadi, my dear beli saham ZECON.. kesenangan melanda my dear dekat opis dia tu so dengan jayanya my dear mengadap je komputer sambil melihat pergerakan harga saham... tengok Zecon ni baik punya.. naik je... so, sampai satu tahap yang memuaskan hati, my dear jual la pada pukul 10:58pagi... tak pasal2 dapat untung buta2 je Rm300++... hihii

Ohya, saya cakap untung buta tu sebabnya my dear beli saham Zecon ni tak keluarkan duit pun.. beli dengan "air liur" je.. sebabnya akaun my dear ni boleh beli saham sehingga nilai 15000.. tapi my dear hanya boleh simpan saham tu sampai 4 hari je, kalau lebih 4 hari kene keluarkan duit la.. huhuu faham ke u all apa yang saya cerita kan ni yer.. hahha

Macam ni... Dalam akaun my dear tu boleh beli saham sehingga nilai 15000.. Contohlah, my dear beli saham nilai 5000 so, balance masih ada lagi 10000 kan.. *nilai 10000 ni, boleh je beli saham lain pula*.. emmmm nilai saham 5000 tu, my dear beli saham company Zecon.. My dear boleh guna nilai saham tu sehingga 4 hari sahaja tanpa mengeluarkan duit walau satu sen.. sekadar guna nilai saham yang telah diberi oleh bank.. tapi kalau dalam tempoh 4 hari tu, my dear berkenan dengan saham tu & berniat nak simpan lebih lama so my dear kenalah topup duit yang sepatutnya...

Dalam kes my dear ni, dia taknak keluarkan duit so, hari ni my dear beli, hari ni jugak dia jual.. so, dapat la untung buta.. tak keluar duit pun... hahhahaa.. Sorilah kalau u all tak faham apa yang saya ceritakan ni.. sebab saya sendiri pun tak reti nak bercerita... nak tau lebih lanjut kena tanya my dear sendiri la pulak... hahhahhah... Apa2 pun... malam nanti Ikan Bakarrrrrrrrrrrrr ;p

Surprise Gift Dari JAKARTA & BANDUNG

Firstly thanks to PinkUmmi yang selalu inform saya pasal kemenangan... ;-) Kali ni saya menang GA Perrghhhh: SURPRISE GIFT DARI JAKARTA & BANDUNG yang dianjurkan oleh Lizahanum.

 
Ini adalah kemenangan saya yang ke 14 di dalam bulan Julai.. Nampak tak, bawah nama saya tu, nama Nisa.. Kalau tak silap ni kali ke 2 kami sama2 menang dalam satu GA rasanya.. hihii Tahniah Nisa.. :-) Tahniah juga untuk pemenang2 yang lain..

Keputusan Penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 44

Punca Alisha Kurang Makan & Asyik Merengek Hampir Seminggu

. Minggu lepas saya berada di rumah perent saya dari hari Isnin sampailah hari Sabtu.. Best jugak balik kampung lama2 ni.. hihii Tapi tu pun sebab my dear ada kursus dekat Sungai Buloh..

 Apa yang saya nak cerita dekat u all ni pasal si alisha ni selama duduk dekat kampung, asyik merengek je.. makan pun tak nak.. Saya ni ingat ke dia tak nak makan pasal tak suka dengan bubur nasi yang saya sediakan.. yela, dekat rumah parent saya ni, guna beras Faiza Taj Mahal.. dahlah beras tu takda kanji.. selama ni alisha makan beras Jati..

Pasal alisha asyik merengek tu pulak, saya ingatkan pasal dia pedih punggung ke.. yela, time tu, tiba2 pulak punggung dia macam ada bintik2 kecik tu.. alaa saiz lebih kurang macam jerawat.. Salah saya la sebab pergi sapu krim dekat situ.. tu yang jadi macam tu..Tapinya bila saya mandikan alisha or sentuh2 bintik tu.. alisha ok je.. tak nangis pun.. huhh!! Runsing saya memikirkan punca alisha taknak makan & merengek je..

Bila saya balik Sungai Petani barulah saya tahu rupa2nya, Alisha dah TUMBUH GIGI lagi... hihii... Patutlaah dia asyik merengek & taknak makan.. rupanya sakit pasal nak tumbuh gigi atas... Sian anak ibu.. patutlah merengek.. dia nak bagitahu tak reti.. si ibu ni pulak tak faham apa maksud tangisan dia tu.. huhuu.. So, alisha sekarang ni dah ada gigi atas di bahagian depan.. hihiii


Senyuman alisha yang menayang gigi bawahnya.. hehheh

Rezeki Set Sabun Pengantin

Hari ni saya bangun awal2 pagi dengan bersemangatnya terus buka blog.. hahhah.. Bukan apa, dah 2 hari tak boleh mengadap blog sebab internet lembab yang amat.. huhh!! *Bosan*

Tapi nasib baik kebosanan saya tu terubat apabila dapat komen dari Ziesalikan yang saya menang GA yang dianjurkan olehnya.. Giveaway Ziesalikan Saya Nak Cantik.. Seronoknya saya.. hihii


 Inilah hadiah yang bakal saya dapat tu.. SET SABUN PENGANTIN  hehheh.. Jadi Pengantin Kembali la saya lepas nih!!... muahhahah.. Sabun ni banyak kebaikannya tau antaranya..

Kebaikan sabun pengantin:
Ø  Memutihkan kulit badan
Ø  Mencerah dan mengurangkan kegelapan akibat cahaya matahari
Ø  Murah dan jimat, sgb pengganti rawatan spa atau diselangselikan dgn rawatan spa
Ø  Melembut,menghalus dan kulit menjadi gebu
Ø  Membantu masalah kulit seperti: jerawat badan, bau badan, gatal, kasar disiku dan lutut, gelap dileher, ketiak, lipatan, parut dan lain lain
Ø  Kesan kelembutan serta merta, kesegaran dan keserian pada kali pertama penggunaan
Ø  Merawat masalah kulit seawal dua minggu dan keatas.
Ø  Teruskan penggunaan sebagai pengganti sabun mandi. Rasai kehebatan bahan spa dirumah.

Harganya set sabun pengantin ni RM39.90.. Kalau u all teringin nak guna terjahlah blog http://ziesalikan-onlineshop.blogspot.com.. Saya tak sabar untuk menggunakannya & jadi Pengantin kembali.. muahahaaahaaa 

Keputusan Penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 43

Hadiah Tudung & barang Ikea

Alhamdulillah semalam saya dah pun terima 2 hadiah kemenangan saya join GA..



Alisha lah insan yang paling busy bila hadiah dah sampai.. U all nampak tak kotak warna pink tu.. kat dalam tu ada Tudung Lelabah Ekspres.. Alisha berkenan betul dekat kotak pink tu.. tengoklah tu, alisha pegang je sampai saya mintak pun tak bagi.. hahaa.. Bekas sebelah tudung tu, yang macam botol tu.. itulah barangan Ikea tapi tak tau nak panggil apa.. hihii



Haa inilah Tudung Lelabah Ekspress tu.. Hasil kemenangan saya join Contest Shawl Cantik Untuk Dimenangi dari blog Little Mama's Diary Bolehlah saya pakai buat raya nanti.. hihii.. Jimat duit beli tudung.. Untung jugak join GA & Contest ni.. hahha


Ini pulak hadiah barangan Ikea dari Mama Umar Maryam.. Suka dengan bekas ni sebab comel je.. kiut miut.. hihiii.. tak terfikir lagi nak letak apa dekat dalam bekas ni.. sebenarnya sebab saya rasa sayang nak guna.. muahahhahaa

Saya suka semua hadiah ni.. so, thanks sangat2 pada Little Mama's Diary & Mama Umar Maryam      

FM rumah panjang Sarawak

Sebelum ni saya ada bagitahu u all yang saya dapat small gift dari Zahidah wahab kan.. so, semalam saya dah pun menerima hadiah tersebut.. Saya dapat FM rumah Panjang sarawak.. hiii.. Suka sebab boleh tambah FM.. hahha


Dah ada 5 FM yang terlekat di peti ais rumah saya ni.. semuanya hasil kemenangan join GA.. hahha.. Thanks yer pada semua yang sudi bagi FM ni dekat saya.. Bukan saya & my dear je suka.. alisha pun suka.. kalau dukung Alisha ke peti ais, mengekek dia suka bila dia main sentuh2 FM tu.. hahha

Barang Free nih!! Stabilo nak bagi sample

 
Tadi ketika blogwalking dekat blog  Lelord terbaca la entry stabilo nak bagi sample free.. Saya pun apa lagi, sepantas kilat la pergi isi maklumat yang diperlukan.. hihii

Kalau u all pun nak, cepat2 klik SINI

P/s : Sharing is Caring

Dapat kupon diskaun Mothercare


Saya menang GA lagi.. Kali ni menang Mothercare Discount Coupon to Giveaway dari blog Kambingbujang.. Saya dapat RM50 off stroller,10% off for cot, bed, mattress & RM10 off tommee tippee.. 
Okla kan dapat kupon ni.. saya ingat nak bagi dekat adik ipar saya.. Dia baru je dapat baby.. kebetulan pulak dia memang nak beli barang sikit.. ada kupon ni kira boleh lah kurangkan sikit sen nya.. hihii
Ohya, sebut pasal adik ipar saya, nak bagitahu ni.. biras saya a.k.a. isteri kepada adik ipar saya ni pun blogger tau.. tapi baru lagi la.. follower dia pun just biras dia je.. hihii Saya ajak dia buat blog.. actually ketika dia pregnant lagi saya dah ajak tapi lepas bersalin baru dia termakan umpan saya.. hihii
Sekarang ni dia tengah cuti bersalin..Kalau u all nak berkawan dengan biras saya ni.. sudi2la terjah blog Karimah.. Nak follow pun lagi ok.. hihii.. Tapi biras saya ni masih dalam proses pembelajaran la dalam dunia blog ni... masih memerlukan sokongan dari kita.. cewahhh hihii..

P/s : Mama Idlan a.k.a Jaa Jahat pun biras saya tapi lagi "tua" dari saya dalam dunia blog... muahhaha

 Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 42

Rezeki di pagi khamis

Alhamdulillah... Nampaknya saya masih lagi mempunyai rezeki untuk menang GA.. Kali ni menang 1st Giveaway DUAPULUHTIGA mohdkhairi.com..

 Nama saya yang kesembilan.. hihii... Ohya, ramai pemenang untuk GA ni tau.. 28 pemenang.. ramai kan.. Thanks lah kepada penganjur yang bermurah hati... :-)


Hadiah yang saya dapat adalah sketch book.. Actually sketch book ni, semua pemenang akan dapat.. kira macam hadiah sampingan la kan


Hadiah yang bukan sampingan adalah seperti gambar dekat atas ni... hehhe... Thanks kepada mohdkhairi

Keputusan Penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 41

Menang Contest Just Match And WIN!


Entry ni dah lama tertangguh sebenarnya.. malas nak update... hahhah... Actually baru2 ni saya ada join contest Just Match & Win.. Bukan apa, geram sangat duk tengok iklan tu duk berdansa kat blog.. Klik la join kan... Lebih2 lagi sekarang ni, saya duk berminat join contest... hihii.. Bukan susah pun contest match & win ni.. just match kan gambar sebelum & selepas..

Tak sampai sejam selepas join, Yun Nam telefon bagitahu saya menang & buat appoiment... Saya tanya la.. free ke kene bayar... Dia cakap untuk 1st time ni free je.. kalau la lepas2 ni saya berminat nak buat lagi, kena bayar la.. 2 jam katanya.. sekali dengan segala macam nasihat & checkup la.. Tapi masalahnya, my dear cakap tak payah pergi... malas nak hantar.. dekat bukit mertajam.. kami tinggal dekat sungai petani... huhuu

Keesokannya pulak, New York Skin Solutions pulak telefon bagitahu menang & dia siap dah bagi tarikh appoiment tapi saya cakap nanti saya telefon balik sebab kena tanya my dear jugak.. tapi jawapannya tetap sama.. tak payah... hahhahah... Melepas la lagi... hihii

Tapi tak kisah sangat sebab kalau saya pergi nanti, macamana pulak dengan si Aisha ni... dibuatnya nak minum susu, tak ke saya susah hati pulak nanti... huhuu.. Lagi satu, terpikir jugak, nanti mesti macam2 produk yang dipromote.. nak tolak kang, takut malu2 alah pulak.. muhahahha...

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 40

Nuffnang bagi kempen lagi... :-)

Seronoknya rasa sebab sekarang ni, Nuffnang baru membuka bijik mata dia untuk beri kempen dekat blog IntaNBerliaN.. yela, selalu blog IntaNBerliaN GA & Contest je yang dapat.. Tapi baru2 ni, saya dah dapat kempen untuk blog IntaNBerliaN seperti yang saya cerita dekat entry NI

Tanpa disangka2, hari ni saya check nuffnang, rupanya main blog saya ni dapat kempen baru lagi la... hihii... Bagus nuffnang, dah tak rabun lagi... dah nampak main blog saya ni... hihii...

Ohya, saya dapat kempen dari Maxis Hotlink I-Channel... Thanks yer nuffnang... Selalu2 la bagi kempen dekat main blog saya ni yer.. Barulah adil.. takdala nanti IntaNBerliaN asyik jeles dekat IntaNBerliaN GA & Contest je... hahahaa

Rezeki di pagi hari..

Alhamdulillah.. syukur sangat2.. ada kemenangan di pagi hari.. :-) Thanks to Kak Fieda sebab inform saya pasal kemenangan ni.. Kali ni saya menang Contest Shawl Cantik Untuk Dimenangi dari blog Little Mama's Diary 


 Actually hanya 7 orang je pemenang tapi tiba2 penganjur bermurah hati untuk tambah lagi 2 pemenang.. so, ada 9 oranglah pemenang semuanya.. Nama saya ni pulak cabutan yang ke 8.. Alhamdulillah.. itu dinamakan rezeki.. :-) Kalau penganjur pilih 7 orang je, dah sah2 lah.. saya tak menang... :-) tapi alhamdulillah, rezeki saya tetap ada....    

Saya menang tudung ekspress lelabah hitam.. sepantas kilat saya pergi seach tudung ekspress ni macamana.. yela, tak pernah tahu pun sebelum ni.. hihii




 Selepas di search, inilah tudung ekspress lelabah hitam tu.. cantik jugak.. hihii.. Kredit to Radiusite.. Kalau u all nak tudung or shawl cantik2 kan, u all pergilah terjah Radiusite ni.. seriously, cantik2 & murah.. Tudung ekspress lelabah hitam ni RM38 harga sebenar dia RM45

Apa2 pun saya suka sangat sebab ada rezeki dapat tudung ni.. Thanks to Little Mama's Diary    

Keputusan Penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 38

Hadiah dari Lovely Thread Garden

Update pasal hadiah dari Lovely Thread Garden.. saya dapat hadiah ni ketika saya balik dari kampung semalam..



Inilah hadiahnya.. Lovely Tatting Bracelet.. Hadiah ni pilihan saya sendiri.. Ohya, saya ada tulis pasal kemenangan ni dekat entry Ni
 
Kalau u all nak tahu, di dalam sampul surat dari Lovely Thread Garden ni, ada tertulis "When a man says I cannot, he has made a suggestion to himself. He has weakened his power of accomplishing that which otherwise would have been accomplished".. Muhammad Ali 

Ketenteraman Hidup saya & Alisha diganggu oleh KUCING

Tajuk cam poyo je.. siap guna "ketenteraman".. hihii tapi memang betul pun.. saya tak kacau dia tapi dia yang terkedek2 datang mengacau saya.. muahahha.. Ohya, sebelum tu, nak bagitahu yang sekarang ni saya berada di kampung my dear a.k.a rumah mak mentua saya la kan... Esok baru saya balik Sungai Petani.. :-)

Back to the story.. saya nak bagitahu u all yang sebenarnya saya ni takut kat kucing.. emmm rasanya macam tak sesuai guna perkataan takut tapi tak tau nk guna perkataan apa..hahaa :-) alaaa sebenarnya kalau kucing duduk sebelah saya, saya ok je.. takda pulak saya lari or jerit2 macam orang kena sawan.. cuma saya tak boleh bila ada kucing kejar2 or gesel2 badan dia dekat saya

Hari ni, dah terbongkar rupanya bukan saya sorang je tapi Alisha pun sama macam saya.. U all nak tahu, dekat kampung my dear ni ada bela seekor kucing, kami panggil dia "Cik".. Nak dijadikan cerita, pagi tadi hanya saya & Alisha je ada dekat rumah, saya keluar dari bilik sambil dukung Alisha, si cik ni pulak, dah ready menunggu saya depan pintu bilik.. bila cik nampak je saya, terus cik meow meow meow + nak gesel2kan badan dia dekat kaki saya.. saya lari dia pun lari.. si alisha ni apa lagi.. terus menangis kaw kaw punya + keraskan badan + genggam tangan sampai terketar2... MasyaAllah.. sian kat alisha.. saya dah la takut.. si alisha pun sama, last2 saya duduk je berkurung dalam bilik sampai my dear balik.. huhh!!

Actually, dah banyak kali ketenteraman saya diganggu oleh cik.. time saya duduk rumah berdua je dengan alisha, kalau cik lapar mesti sayalah jadi mangsa.. bukan mangsa apa pun.. mangsa suruh bagi makanan je dekat dia.. hahhaah.. kalau ada makanan oklah saya bagi.. time takda makanan, time tu lah yang siap.. habis saya kene kejar dengan cik.. 

Pernah satu hari, makanan takda cik ikut je kemana saya pergi.. last2 saya masuk bilik cepat2 nasiblah time tu ada kelambu, saya pun menyorok dalam kelambu.. hahhah.. time tu, cik dah macam tak tentu hala.. cik boleh tengok saya dari depan pintu bilik yang terbuka tu.. saya bajet, cik takkan buat apa2lah.. rupanya sangkaan saya meleset.. Cik boleh MELOMPAT ATAS KATIL... huahuahuaaa saya punya rasa nak menangis jangan cakaplah.. cepat2 telefon my dear suruh balik rumah cepat2...

Bukan tu je, ada lagi satu cerita pasal cik ni.. pernah jugak satu malam tu, saya & my dear tengah tidur, time ni saya tengah mengandung, Cik boleh pergi melompat betul2 jatuh atas dada saya.. apa lagi, bertempiklah saya.. TERKEJUT hokayy!! tengah tidur mahunya tak terkejut.. Ingat ke ada orang nak merompak ke apa... adusss.. Kalau lah saya ni ada sakit jantung... u all pikir sendiri la...

So, bila semua ni berlaku dekat saya, macamana saya nak berbaik2 sampai berpeluk cium dengan cik ni... tak mungkinlah jawabnya... huhhh!!! Yang saya hairan tu, family2 saya pun ramai yang bela kucing tapi ok je, takda pulak bila lapar dia duduk mengekor je kita walau ke mana selagi tak dapat makan... Ohya, lepas kejadian yang berlaku dekat alisha tadi, my dear cakap kenapa tak marah je cik tu... hohohohoooo sorilah.. saya takkan marah or pukul.. bukan apa.. sebab saya bayangkan mesti cik or apa2 binatang je la akan sakit.. hahhaha *saya suka imagine macam binatang pun adalah manusia*..

Bagi saya, saya tak suka binatang tak mengapa kerana ia lebih baik dari mereka yang suka bintang tapi memukul binatang... :-) Yang paling saya takut dekat kucing ni adalah takut dia gigit or cakar saya.. Saya selalu fikir, saya tak kacau kucing so kucing pun tak kacau saya.. tapi cik ni lain sikit dari yang lain... Sampai kesian dekat alisha, sekarang ni, asal nampak cik je, dia terus peluk saya taknak duduk atas lantai dah.. huhu  

Badge dari abang Eqbalzack.com

Firstly, thanks to Abang Eq @ Eqbalzack sebab sudi bagi badge dekat semua peserta yang join GIVEAWAY: eqbalzack's fan page LOGO!.. saya pun dapat jugak hihii.. Walaupun sebenarnya logo yang saya buat tu macam hampehhh.. huhh!! maklumlah tak reti pun bab2 komputer ni + tak kreatif langsung pun.. :-)   

 
Inilah badge yang saya dapat tu.. Actually, masa join tu, tak perasan pun yang semua peserta yang join akan dapat badge.. lepas dah join baru tau.. tu pun sebab abang Eq mintak alamat.. hihii.. Apa2 pun thanks yer Abang Eq

Kemenangan yang ke 6 & 7 Di Bulan Julai

Alhamdulillah.. ada lagi rezeki menang.. Firstly, thanks dekat PinkUmmi  sebab inform saya pasal kemenangan ni yer.. :-)

Yang ni saya menang Contest.. HZ Baby Village Contest..  Dapat saguhati.. voucher RM5 shopping dekat HZ Baby Village..

Keputusan penuh Klik SINI


Yang ni pulak dapat RM5 dari Cash Giveaway From Mama Shifa.. Thanks yer Mama Shifa.. Bolehla saya guna duit ni untuk topup beli barang dekat HZ Baby Village.. hihii

Keputusan Penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 37

Hadiah dari Queenpink

Alhamdulillah.. hadiah dari Queenpink saya baru je terima tadi.. Hadiah ni hasil kemenangan saya di blog Queenpink.. Saya terima 3 hadiah, pewangi, kerongsang & FM..



Inilah hadiah2 tu.. Saya dah terlupa hadiah pasal menang apa.. sebenarnya boleh je cari semula entry kemenangan dekat blog ni, cuma saya je malas nak godek2.. sebabnya internet LEMBAB yang amat..huhh!!

Ohya, sebenarnya ketika terima hadiah ni, posmen cakap saya kena denda sebabnya setem yang dilekatkan dekat envelope tu tak cukup.. kena denda 80 sen je pun.. hihii.. 1st time kene denda & baru tahu ada sistem denda mendenda ni... muhahahha.. Thats y la, my dear selalu bising kalau saya pos barang letak setem seciput punya "sen".. hihii

Apa2 pun, thanks tau Queenpink, hadiah semuanya ok.. Alhamdulillah FM pun ok je, cuma pecah sikit je.. tu pun tak berapa terjejas sangat pun.. :-) 

Kempen Terbaru & Iklan Grapevine ke 2 di blog IntaNBerliaN

Pagi ni tetiba teringin pulak nak tengok Nuffnang.. Sekali tengok, rupanya ada kempen baru la.. hihii.. Tapi kali ni yang best tu, sebab kempen dekat blog IntaNBerliaN, selama ni iklan asyik menyinggah dekat blog IntaNBerliaN GA & Contest je..


Thanks yer dekat nuffnang sebab masih sudi bagi kempen untuk menyinggah dekat blog IntaNBerliaN ni yer.. muahhaha



Lagi satu pulak pasal Iklan Grapevine ke 2 di blog saya.. hihii Memang sayanglah dekat Nuffnang ni.. suka letak iklan cun2 dekat blog saya.. muahhahah.. So, kawan2 saya ni, kalau teringin nak dapatkan link untuk berkongsi dekat fb or blog or emel u all.. sudi2 kanlah klik iklan grapevine kat sidebar kanan tu yer.. Sama2 kita menjana pendapatan... muahhahhahah ;-)

Hadiah yang dah diterima

Akhir2 ni.. saya dah makin banyak ketinggalan menjoinkan diri dengan GA ni... huhh!! tu pun bukannya pasal apa.. gara2 internet slow.. so, mood pun terbantut la sikit.. Hari ni baru rajin sikit nak update hadiah yang dah diterima hasil kemenangan sebelum2 ni.. ;-)



Hadiah keychain MU dari  Izzaty Hedry.. Suka dengan reka bentuk keychain ni.. :-) Ohya, saya ada cerita pasal kemenangan ni dekat entry INI



Ini pulak hadiah FM Cameron Highlands dari Mummy Aleesya.. Saya ada ceritakan pasal kemenangan ni dekat entry NI.. Masa terima FM ni, adalah jugak pecah sikit tang bunga tu, tapi nasib tak menjejaskan kecantikan.. hihii

 
Hadiah yang terakhir ni pulak FM dari kemenangan Jom teka bersama Diariummi.  Suka la dengan FM handbag ni.. Comel sungguh rasanya.. hehhe.. Dapat dari Kak Izan



FM dari Mummy Aleesya & Kak Izan dah pun saya lekatkan dekat peti ais rumah saya ni.. Sekarang ni dah ada 3 FM.. So, FM dari Kak Noriz, dah ada kawan la sekarang ni.. muahahha


Lastly, saya nak selitkan jugak gambar si Alisha ni.. Senyuman terbaru Alisha menggunakan kamera baru.. muahahha.. *Mentang2 kamera baru, tiba2 pulak alisha ada stail senyuman terbaru*.. Anak ibu ni lah... hihiii :-)

Dapat Small Gift

Firstly, Thanks to Zahidah Wahid sebab sudi bagi gift dekat saya.. hihii.. Saya terperasan dekat shout box yang Zahidah ni suruh saya bagi detail..


Small Gift saya dapat dari Zahidah ni sebab saya telah tolong vote untuk dia dekat contest My Sabah Vacation. Inilah gift yang bakal saya terima.. Sarawak Longhouse. Thanks yer Zahidah Wahid
 

Hati saya berbunga-bunga.. hihiii

Dari semalam lagi hati saya sangatlah seronok sampai termimpi2.. hihii.. Saya seronok sebab my dear dah belikan kamera.. hahhahha... Lepas ni, gambar yang di upload ke blog saya, takdala lagi guna handphone cap ayam saya tu.. hihii

Actually, my dear dah lama nak beli kamera cuma tunggu masa je nak beli.. Saya ni of course lah jadi pen'support' yang paling kuat kan... mahu nya tak, kamera tu of course lah ala2 jadi milik saya.. alaa u all pun sendiri tau la, lelaki mana suka sangat nak ber'posing' or mengambil gambar ni contohnya my dear la.. hihii

Lebih2 lagi, my dear bagi support yang kuat untuk saya berblog.. saya pulak dengan bersemangatnya cakap "Gambar dalam blog ina tak cantik.. abang pulak asyik komplen hp ina cap ayam.. nak suruh aktif berblog kena la ada kamera"..   cewahhhh hihii..

So, semalam my dear beli la KODAK Easyshare Camera M583.. suker3.. :-) Actually, my dear nak beli kamera jenis canon or olympus tapi, dalam kami duk membelek tu, tetiba boleh berkenan kat kamera KODAK.. tu pun disebabkan 8x wide angle zoom.. fuyooo lg dekat boleh zoom... hihi



Lagisatu, dah nama pun easy share, so dengan mudahnya kalau saya nak share gambar dekat fb ke twitter ke, you tube ke tapi takda pulak cakap easyshare kat blog.. Huhh! Kamera ni 14MP.. :-) 


Harga kamera ni, RM699 tapi mereka buat promosi, so, kami boleh dapat RM599.. kira oklah.. hihii.. Saya beli kamera ni yang warna merah darah ikan.. :-) Apa2 pun saya memang suka sangat2.. hihii.. Lepas ni, gambar ALisha dalam blog saya ni, cantiklah sikit takdalah blur-blur je.. muahhahha

Buat masa ni, saya masih lagi menggodek2 function kat kamera ni.. setakat yang digodek ni kira bestlah..!! Apa2 pun, thanks yer my dear hubby.. Love u so much much much la sayang... *cewah dapat kamera, bukan main banyak lagi MUCH..*... hihiii

Aik, iklan Grapevine ada dekat blog saya la.. hihii

Buka blog tadi.. tetiba terpandang iklan grapevine.. kereta vios duk menari2.. dahlah saya ni suka kereta vios.. saja je tayang kat saya tau.. hihii

Selalu saya duk tengok blog orang je ada iklan grapevine ni.. tapi hari ni, blog saya pun dapat merasa jugak.. muahahha


So, kalau u all pun teringin nak berkongsi link iklan grapevine ni dekat facebook ke twitter ke emel ke.. klik la iklan dekat sebelah tu yer... hihii

Kesan apabila saya guna GNC Women's Ultra Mega® Timed-Release

GNC Women's Ultra Mega® Timed-Release.. saya pernah cerita dekat u all yang saya ada beli GNC Women's Ultra Mega® Timed-Release dekat u all kan.. tak ingat, baca entry NI

So, hari ni, saya nak cerita sikit dekat u all apa perubahan yang berlaku dekat diri saya apabila saya telah makan multivitamin ni selama seminggu.. Yap, baru seminggu je pun saya makan multivitamin tersebut.. Bagi saya, GNC Women's Ultra Mega® Timed-Release ni memang bagus lah.. mungkin ianya serasi dengan diri saya..

 

Hari ke dua saya menggunakannya pun, saya dah dapat kesan yang menakjubkan.. Susu badan saya makin banyak..!! Saya sangat happy..!! hihi.. U all bayanglah, sebelum2 ni, ketika menyusu Alisha saya tak pernah nampak bibir alisha or dagu Alisha basah akibat terkena susu saya ketika menyusu.. tapi apabila saya menggunakan produk ni, ianya telah berlaku.. susu saya pun meleleh apabila alisha melepaskannya setelah selesai menyusu..

 

Selain tu, susu saya jugak kelihatan lebih likat.. dia nampak betul2 macam warna susu tu.. putih.. bukan macam sebelum ni, kadang2 susu saya nampak cair je.. ala2 nak jernih.. kalau letak dalam cawan, warna dia pun tak berapa menarik agaknya.. hihii

 

Untuk pengetahuan u all jugak, dalam tempoh seminggu saya makan multivitamin ni, ada hari yang saya berpuasa ganti tau.. Sungguh surprise.. badan saya terasa sangat2 segar, seolah2 saya tak berpuasa... Ini dapat dibuktikan pada hari pertama saya berpuasa, saya tak makan multivitamin ni, badan saya rasa letih.. lepas saya bagitahu my dear, my dear tanya saya, "ada makan tak multivitamin?" saya cakap tak.. so, my dear cakap, makanlah, tambah tenaga.. Yap, puasa untuk keesokannya saya makan.. Memang betul hokay... rasa segar yang amat, kerja rumah buat macam biasa jugak tapi tetap cergas..!!  bersahur hanya minum segelas air masak & sebiji kurma..

 

So, alhamdulillah, setakat ni, saya tak pernah merasa seperti yang kawan2 saya pernah cakap, apabila kita menyusu badan ketika berpuasa, kita akan rasa lebih penat.. Lebih2 lagi saya ni pulak bagi minum alisha secara direct.. sebelum2 ni, saya pernah jugak terfikir, macamana saya nak puasa ganti, apatah lagi di bulan ramadhan nanti.. yela, bila menyusu ni, kadang2 kita cepat haus & lapar.. lepas ni, saya tak perlu risau lagi.. InsyaAllah..

 

Lagi satu, selera makan saya semakin bertambah.. saya suker!!! hahaa.. saya memang nak tambah berat badan.. Ohya, dalam bab selera makan bertambah ni, tak semua orang sama rasanya.. sebab kawan2 saya tak pulak bertambah selera makan.. saya rasa ianya bergantung kepada apa yang kurang & apa yang lebih dekat badan kita ni kot.. yela, multivitamin kan membantu kita menambah apa2 zat yang kurang dekat badan kita ni.. saya ni pulak, memang saya rasa banyak je zat yang kurang. hihii

 

 Ini je lah serba sedikit kesan apabila saya makan multivitamin ni.. baru seminggu, tunggu sebulan nanti pulak yer.. hihii.. Saya rasa, bila kesan dia amat  menyeronokkan hati saya, saya tak kisah untuk membelanjakan RM 46.90 setiap bulan untuk beli GNC Women's Ultra Mega® Timed-Release :-)

Entry yang memalukan diri sendiri

Hahahahahhaha saya nak gelak dulu yer... hahhahahhaha... Saya ni memalukan diri sendiri betul la..!! Adussss nak cerita pun rasa malu... tapi dalam masa yang sama nak gelak jugak.. hahahhahah

Sebenarnya saya nak gelak dekat diri sendiri sebab rupa2nya selama 28 tahun saya hidup ni, saya telah salah faham dengan apa itu SEMBELIT..!! Saya ingatkan sembelit tu, bila kita nak berak, tahik nak keluar susah sebab keras... macam yang terjadi dekat Alisha yang saya ceritakan dekat entry NI..
Tapi, semalam saya pergi checkup bulanan Alisha, alang2 tu, terus la cerita pasal Alisha "sembelit".. Nurse cakap, Alisha ni bukan sembelit tapi TAHIK KERAS... sembelit tu, kalau kita tak berak melebihi 5 hari baru dikatakan sembelit.. so, macam Alisha sebelum ni, berak hari2 cuma tahik je keras, so susah nak keluar.. huhuu.. dengan kata lainnya sebelum ni, Alisha bukan sembelit tapi tahik keras.. hahahaa

Secara automatiknya, bila nurse cakap macam tu, saya pun apa lagi.. kaw kaw punya gelak... hahhaha bukan pasal apa, dah 28 tahun hidup, baru semalam tahu maksud sembelit... Adoiiiii... Sila gelakkan saya,..... muahahahhah

Menang Lucky Draw..

Kali ni, saya ada rezeki menang Lucky Draw by norliza989
pulak.. Menang dari blog Liza. Syukur dengan rezeki yang saya dapat.. :-)

Nama saya yang paling atas tu.. hihii.. Apa2 pun terima kasih yer Liza

Keputusan Penuh Klik SINI  
 
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 35

Menang Jom Teka Bersama Diariummi

Thanks to PinkUmmi sebab inform kemenangan saya di blog Kak Izan.. Alhamdulillah.. kali ni menang Jom Teka Bersama Diariummi.. Secara kebetulan jugak, ini adalah kemenangan saya yang ke empat di bulan Julai pada 4/7.. :-)


Saya suka sangat sebab dapat hadiah FM yang kiut miut ni.. hihii. Thanks tau Kak Izan

 Keputusan Penuh Klik SINI  
 
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 34

Komen Pic PU dan semua layak dapat hadiah..



Nak hadiah klik gambar PU kat atas tu yer.. nanti u all akan terus ke entry di blog PU :-)
Tarikh Tutup : 10/07/2011

Kalau u all nak hadiah.. cepat2 pergi komen Pic PU dekat blog PU tau.. dapat hadiah free oooo.. hihii.. Kalau tak pun, u all klik je SINI

P/s : Sharing is Caring ;-)

SAYA BLOGGER GADIS MELAYU


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 31/12/2011

Jom la u all kita join bloglist : saya blogger GADIS MELAYU... 

Saya nak tag semua follower2 saya yang bergelar gadis melayu.. opstt.. saya adalah IBU MELAYU..  muahhahha

Menang 1st Giveaway By PinkUmmi

Firstly, thanks to Nisa, Kak Fieda & Nureen sebab sudi inform saya pasal kemenangan 1st Giveaway By PinkUmmi.. Alhamdulillah.. ini rezeki kemenangan saya yang ke 3 di bulan Julai..


Saya dapat hadiah saguhati yang ke 7.. InsyaAllah saya akan dapat "Lip Gloss Simply Pretty".. Alhamdulillah.. macam tahu2 je lip gloss saya dah habis.. hahha... Dapat jimat duit.. hihii ;p

Apa2 pun, terima kasih ye PU

Keputusan Penuh Klik SINI  
 
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 33

SEGMEN JOM FOLLOW DAN KOMEN



Nak join klik banner
Last date : 03/07/2011

Follower saya setakat entry ni ditulis adalah 296 orang.. sikit je.. huhuu

Kisah Sedih Pasangan Norma dan Talib..


Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas... 
 
-Norma-
 
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 
 
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq.. 
 
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je.. 
 
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

 hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....

-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-

P/s : Tak tau nak cakap apa... sebak & sedih.. !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...