Memuatkan ...

GNC Women's Ultra Mega® Timed-Release

Semalam, seperti yang saya ceritakan dekat u all dalam entry NI, saya dah pergi tebus hadiah GNC LiveWell Malaysia kan.. sebenarnya bukan setakat menebus tapi saya pun ada beli produknya...
 
GNC Women's Ultra Mega® Timed-Release



Produk ni sebenarnya direka khas untuk keperluan pemakanan wanita. Kira macam multivitamin la.. Macam2 vitamin la ada dekat produk ni termasuk antioksidan, dan mineral untuk menambah nutrien utama yang hilang dalam diet harian kita...

Paling best ada nutrien antioksida seperti Selenium, Vitamin C dan E... ianya penting untuk mengekalkan pertahanan optimum badan kita. Antioksida tu, jangan tak tahu pulak.. ianya membantu kita melambatkan proses penuaaan.. sangat penting untuk saya ni.. dahlah umur makin menghampiri no "3".. takkan tak reti2 lagi nak jaga diri kan.. hihii 

Vitamin C & E tu.. of course lah untuk kulit.. ia membantu kita hilangkan parut apa2 je lah dengan cepat.. selain tu, ia juga mencantikkan kulit..

 Ianya juga mengandungi vitamin B Complex. Yang ni pun penting untuk
metabolisme karbohidrat dan pengeluaran tenaga... vitamin ni kiranya macam bagi tenaga tambahan dekat kita la.. yela, mana tau u all kerja banyak ke.. lepas tu rasa penat2 badan ke.. kira vitamin b-complex ni, mengurangkan semua tu lah..  

Asid folik pun ada juga, ia dapat membantu menyokong tahap hemoglobin yang sihat. Penting ni, dahlah menyusukan alisha, tahun depan nak mengandung lagi pulak tu... memang harus telan vitamin ni! muahhahah... Kalau u all nak tahu, apabila asid folik digabungkan dengan vitamin B6 dan B12, asid folik boleh memainkan peranan dalam mengekalkan tahap homosistein untuk kesihatan kardiovaskular

Ianya juga mengandungi kalsium seperti 250 mg kalsium, magnesium dan vitamin D yang penting dalam perkembangan tulang dan gigi yang sihat.. Kalsium ni double penting untuk saya yang sedang menyusukan Alisha ni... kadang2 risau jugak saya.. yela, tengok iklan Anlene tu.. umur 30 tahun tulang dah makin reput.. kang saya tak dapat menari cam iklan tu pulak dengan my dear.. muahahha... 

Actually, saya tak nak bongkok sebelum usia!!! Thats why kalsium tambahan penting untuk saya.. *Penting ooo jaga badan untuk suami ;p* Senang cakap, kalsium yang cukup boleh mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari, terutama untuk remaja dan wanita muda or dewasa seperti saya ni.. hihii

Produk ni jugak ada 9 mg besi, nutrien penting yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sel darah merah yang sihat, mengangkut oksigen dan terlibat dalam penggunaan tenaga dan fungsi otot. Wanita cenderung mempunyai besi yang rendah berikutan kerugian besi melalui darah haid dan tidak mencukupi makanan yang kaya dengan zat besi. Untuk orang2 yang baru lepas bersalin ok sangatlah ni.. :-)

Haa kang dah panjang lebar saya bagi penerangan.. dah macam pekerja GNC LiveWell Malaysia pulak saya ni.. Kalau GNC tak bagi komisen tak tau cakap lah... muahhaha ;p.. 



Haa inilah vitamin tu yer... panjang hokay!! sepanjang satu ruas jari saya ni haaa... sampai sekarang saya rasa macam vitamin ni tercekik kat tekak.. muahahaaa... Makan sebiji sehari.. Harga Rm46.90 tapi offer 50% dapat Rm23.45

P/s : After sebulan, saya bagitahu u all apa perubahan dekat diri saya yer... :-)

Hadiah GNC LiveWell Malaysia dah pun ditebus

Actually dah ramai pun blogger yang tebus hadiah GNC ni kan.. Saya baru je tebus semalam dekat Village Mall Sungai Petani.. Kebetulan my dear PH so, dapatlah kami pergi tebus.. hihii


 Inilah hasil tebusan tu.. 2 sling bag & taut bag... Yang taut bag tu, saya memaksa adik saya LIKE GNC jugak.. tapi hadiah saya amik hahhahha... teruk kan saya.. ;p

Kalau ada sapa2 lagi yang tak tahu macamana saya boleh dapat bag ni.. u all boleh baca dekat entry NI.. Apa2 pun, thanks yer GNC LiveWell Malaysia.. Lainkali tergerak hati nak bagi hadiah lagi.. bagitahulah... muahhahah

P/s : Saya ada beli produk GNC, next entry saya bagitahu produk apa yer.. :-)

Jom Share iklan Grapevine.. Digi Youths..!!

Kali ni saya nak share iklan Grapevine lagi.. Digi Youths.. saya terjumpa ketika jenguk blog salah seorang penganjur Giveaway.. So, kalau u all pun nak link iklan ni.. cepat2 klik SINI


Sharing is Caring.. thats mean, I luv u all.. hihii ;-)

Maybelline nak bagi hadiah.. cepat2!!!

Macam biasala, barang free mesti berkongsi.. hihii

Kalau u all nak hadiah dari maybelline cepat2 jawab survey dia tau.. Maybelline nak bagi hadiah kepada 500 orang yang pertama jawab survey..

Saya dah jawab survey tu.. harap2 tersenarailah di antara 500 orang yang pertama tu.. so, kalau u all pun nak, cepat2 klik http://www.facebook.com/maybellinenysimplyfab

Sembelit

Memandangkan Alisha terkena sembelit seperti yang saya cerita dekat entry NI, so, saya pun nak kongsi dengan u all la info pasal sembelit ni.. supaya nanti kita sama2 tahu tentang sembelit ni..

Dari apa yang saya baca, sembelit di kalangan bayi2 tidak ada punca2 penyakit yang jelas. Normally bayi2 yang diberi susu tepung lebih kerap mendapat sembelit kerana bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein casein yang terdapat dalamnya. So, kita ibu2 ni tidak digalakkan untuk menukar susu badan kepada susu tepung dengan cepat kerana ini boleh menyebabkan baby kita mendapat sembelit. Ohya, bahan2 pepejal seperti nasi, barli, sayur - sayuran yang berkanji seperti bayam, boleh mengeraskan najis. 

That why la tahi alisha keras.. saya pernah bagi sayur bayam *sigh*... tapi kalau bab nasi tu macamana pulak yer.. nasi & bubur nasi tu sama tak ek... toing!

Kanak-kanak yang sembelit mungkin juga akan kurang berselera, meragam dan menangis kerana rasa tak selesa atau sakit perut dan perutnya juga kelihatan buncit.  Kadangkala timbang beratnya juga kurang meningkat.  Ada kalanya juga kanak-kanak itu akan merasa susah untuk mengeluarkan kencingnya kerana ketulan najis yang besar2 dalam tali perutnya menekan ke atas bahagian pundi kencingnya.  Ini pula mungkin boleh membawa kepada infeksi kencing.

RAWATAN : Diantara cara merawatnya adalah bagi mereka makan prun ke aprikot ke anggur ke tapi yang dilenyek2 la yer.. bagi halus sikit.. selain tu, kita jugak boleh bagi sayur yang berfibre seperti salad dan bagi baby kita minum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

So, inilah diantara info2 tentang sembelit.. lepas ni kena bagi alisha banyak makan makanan yang berserat la ni.. Nak kena search lagi ni... :-) Inilah diantara hobi saya.. mencari info tentang apa je yang berlaku kat alisha.. bukan apa, senang, lepas ni dah tahu apa yang patut kita buat.. takdalah gelabah..  tak gitu.. hihii

Alisha sembelit sampai luka..!! :-(

Actually ketika di kampung baru2 ni, Alisha terkena sembelit.. Saya kesian betul dekat Alisha.. dia teran najis dia dengan bersungguh2 tapi tetap tak keluar... Kalau terkeluar pun, sikit je.. keras macam tahi kambing!! aduhh..

Hari sabtu baru ni.. u all bayanglah, dari pagi alisha teran, tengah malam baru berjaya.. tu pun saya bantu dia... MasyaAllah, saya memang tak sanggup melihat Alisha meraung sekampung boleh dengar... saya pun apa lagi.. saya tonggengkan punggung dia, saya bantu keluarkan  najis dia tu dengan tekan2 bahagian tepi lubang punggung dia... saya tak kisah, sanggup buat apa je, janji alisha dapat keluarkan najis dia tu...

Dahlah alisha menangis nak keluarkan najis, bila nak basuh pun menangis jugak... Ya Allah.. kesiannya Alisha... Lepas dah cuci, saya & my dear check la punggung Alisha, rupanya, area lubang punggung Alisha terluka.. Ya Allah, kesiannya anak ibu...

Patutlah, 2 3 hari ni, alisha akan menangis setiap kali masuk bilik mandi nak mandikan dia... rupanya pedih kena air... alisha siap peluk saya dengan erat lagi sebab takut nak mandi... Maaf sayang... ibu tak tahu terluka... sedih dibuatnya..

Pagi Ahad tu, saya terus bagi alisha makan buah prune.. alisha tak suka tapi saya suap jugak sikit2.. alhamdulillah makin ok... time nak berak tu, alisha tetap jugak berkerut2 dahi cuma tak menangis je..

Apa punca anak sembelit yer? Orang cakap kalau baby menyusu badan, susah nak dapat sembelit.. tapi alisha ni kene je sembelit walaupun menyusu badan... saya yang salah makan ke.. ataupun saya yang tersilap bagi alisha makan.. adoiiii.... tak sanggup lagi tengok alisha sembelit!!!

Menang Lovely Thread Garden 1st Giveaway

Firstly, thanks to Fadzillah & Tiefazatie sebab sudi inform kemenangan saya dekat shout box yer :-) Alhamdulillah.. ada lagi rezeki saya untuk menang GA.. Ini adalah kemenangan saya yang ke 20 di dalam bulan Jun... Kali ni menang Lovely Thread Garden 1st Giveaway  


Inilah hadiah yang akan saya dapat..  Thanks yer Lovely Thread Garden

Keputusan Penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 30

Saya dah kembali ke dunia blog ;p

Hampir pukul 1 pagi tadi.. kami bertiga dah selamat sampai ke sungai petani.. Alhamdulillah.. Kenduri dekat rumah my parent pun berjalan dengan lancar..

Cuma saya merasa letih.. tapi apa2 pun saya masih ingat dekat blog.. pagi2 terus buka blog.. hahaaa.. Selama 3 hari di kg, saya tak berkesempatan buka blog & menjelajah blog membe2... waaaa

U all tau tak, masa dekat kampung, saya buat kerja tapi otak duk ingat kat blog.. tak sabar2 nak siapkan kerja kononnya nak buka blog tapi hampehhh sebab lepas buat kerja rasa penat.. memang tak larat nak buka bloglah...

Maklumlah, saya ni bukannya ramai adik beradik pun.. yang buat semua kerja hanya my dad, my mum, my dear & saya.. adik saya yang perempuan saya suruh jaga alisha... u all bayanglah, hanya kami berempat yang buat semua kerja... dengan nak masak nasi minyaklah, nasi putihlah, kurma kambinglah, kari daginglah, ayam berempahlah, bihun goreng tomyamlah, acar masaklah, tu belum campur kuih2 lagi.. nak susun meja lagi, dah habis majlis nak membasuh periuk belanga, pinggan mangkuk pulak... wahhh sangat penat hokay!!

Tapi apa2 pun, saya rasa berbaloi la sebab ramai tetamu yang datang.. :-) Lepas ni saya akan cari mood untuk join GA lagi.. hahahaaa... ke situ pulak saya ni.. isk.. :-)

Balik kampung.. Yippieeeeeeeeeeeeee !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thanks to Mr. Google

Seronoknya dalam hati... Tak sabar nak tunggu my dear habis kerja petang ni.. nak balik kampung.. Horaaayyyyyyyyyyyyyyy yabeda beduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...... Wah seronok tak terkata dah ni.. Maklumlah, balik kampung sendiri bukan balik kampung my dear.. hahhahahah ;p

My Mum & My Dad, sabarlah menunggu kepulangan anakanda mu ini yer.. hihii.. Tiba2 pulak feel tu macam nak balik beraya kat kampung.. hahhaha..

Kali ni balik kampung lebih seronok sebab my parent ada buat kenduri sikit.. panggil kawan2, saudara mara & anak2 yatim.. Every year my parent akan buat majlis ni.. My mum cakap "Tuhan murahkan rezeki kita untuk kita berkongsi dengan orang lain"

So, balik kampung kali ni saya akan busy sikitlah tapi apa2 pun, saya harap2 adalah peluang untuk saya jenguk blog... saya dah tak boleh tinggalkan dunia blog, jadi tak senang duduk woooooo... perghh dasyat nih!!.. hahhahha

Jom Share iklan Grapevine.. iPad 2..!!

Rezeki saya betullah minggu ni.. asyik jumpa iklan Grapevine je.. Kali ni iPad 2 pulak..






Kalau u all pun nak.. pergi dekat blog http://andrik-mcvean.blogspot.com.. bolehlah share.. hihii saya memang suka berkongsi "keuntungan" dengan u all.. muahahh.. Itu tandanya.. saya sayang u all..  tak gitu?.. ;-)

5k fans pertama LIKE GNC LiveWell Malaysia dapat hadiah!!!

Yap u all.. 5000 pertama fans GNC LiveWell Malaysia akan dapat gift.. best hokay!!!...




Bukan susah pun.. isi je nama, i/c, emel , alamat & nombor telefon lepas tu mereka akan hantar e-voucher dekat emel u all.. & then u all print out lah e-voucher tu lepas tu pergilah tebus dekat mana2 tempat pilihan u all..  Cepatlah u all.. saya pun nak berkongsi dengan u all ni.. biar kita sama2 merasa barang free.. muahahah..

Saya request GNC Sling Pouch Red.. Saya punyalah excited siap suruh my dear pergi daftar sekali tapi my dear tak nak pulak, tak berminat katanya.. wah mana boleh jadi!! saya minta pasword dia.. apa lagi.. saya lah yang tolong register.. puas hati..!! muahhah.. My dear punya, saya request GNC Sling Pouch Blue

Tak mau lebih2 cakap... cepat2 klik http://www.facebook.com/home.php#!/GNCMalaysia untuk register..

Thanks to Greenn Inspiration for the award..!!

Seronoknya + terharu sangat... Lihatlah Dunia... muahahhah Tak sangka dapat award dari  Greenn Inspiration a.ka.Nisa.. Award ni kerana jadi kawan Nisa.. hihii Bestlah dapat kawan macam ni..

Actually, saya jadi rapat dengan Nisa ni pasal CGL la.. Inform pasal kemenangan Nisa.. Nisa ni peramah tau.. Best dapat member blogger yang peramah macam ni.. Kitaorang pernah la chit chat dekat facebook..

Memang bestlah dunia blog ni.. walaupun tak pernah berjumpa tapi terasa macam rapat.. maybe sebab ramai blogger buat entry berkenaan kehidupan harian masing2 kot, tu yang jadi lebih rapat.. yela, kita boleh tahu apa je cerita tentang membe blog kita tu.. :-)

Inilah award yang saya dapat tu... Wahh saya sangat2 menghargainya & rajin sungguh Nisa buat semua ni yer.. Saya ni pulak tak reti pun nak buat sebab tak berapa nak teror sangat bab2 ni.. muahhahaa


Ohya Nisa, saya pun berkenan dengan yang ni.. so, saya nak ambil jugak yang ni yer... sungguhlah comel.. I like it..!! :-)

Saya akan letak ke dua-duanya dekat blog saya ni & link terus ke dua2 blog Nisa.. :-) kalau u all nak baca entry tentang ni.. u all klik je SINI

P/s : Orang berbudi kita berbahasa

Jom Share iklan Grapevine.. Proton Inspira..!!

Baru je saya pos entry iklan Grapevine dekat link NI.. tiba2 terbaca pulak dekat blog Cute Mum pasal iklan Grapevine Proton Inspira pulak.. So, saya apa lagi.. click la blog INI untuk dapatkan link iklan tersebut..


So, kalau u all pun nak link iklan grapevine Proton Inspira ni... Cepat2 ke blog Eyriqazz.com

P/s : Sharing is Caring

Jom Share iklan Grapevine.. Samsung Galaxy S II..!!

Saya jumpa lagi iklan Grapevine.. Kali ni Samsung Galaxy pulak.. Semalam jumpa 2 iklan, hari ni jumpa lagi satu.. Banyak pulak terjumpa kali ni.. hihii



So, kalau u all pun nak share, klik SINI yer.. :-)

Menang QUEENPINK LUCKY FOLLOWER

Nampaknya ada lagi rezeki saya untuk menang GA.. Kali ni menang QueenPink Lucky Follower pulak.. :-)



Actually ada 30 orang pemenang.. 20 orang untuk hadiah perfume & 10 orang untuk hadiah mini mug.. saya tersenarai di antara 10 orang yang terima hadiah mini mug... hihii

Thanks yer QueenPink

Senarai Penuh Klik SINI


Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 29

Jom Share iklan Grapevine.. Marie France Bodyline..!!

Wah.. apa kes hari ni, banyak pulak saya terjumpa iklan grapevine... tadi baru je post entry NI pasal grapevine Nestle Drumstick..  Jangan malu2 klik SINI untuk dapatkan link iklan Nestle Drumstick... :-)

Tadi pulak saya blogwalking dekat blog Redmummy.. selali lagi saya terjumpa iklan Grapevine, kali ni bukan Nestle tapi Marie France Bodyline..



Kalau u all pun nak share iklan ni dekat blog, emel or fb or twitter.. cepat2 klik SINI yer.. :-)

Jom Share iklan Grapevine.. Nestle Drumstick..!!

Ketika saya nak join GA tadi.. terjumpa iklan Grapevine ni dekat blog http://sayasukamalek.blogspot.com.. So, saya pun apa lagi.. sepantas kilat la terus klik terus share kat fb..

Sekarang ni, saya nak share dengan u all la pulak.. biar kita sama2 untung maaa.... hihii  


So, kalau u all pun nak.. klik la dekat SINI sementara, iklan tu nak tumpang berteduh dekat blog dia.. hihii 

Menang aLeesya's mummy 1st Giveaway!!

Syukur, ada rezeki menang GA lagi.. ;-) Kali ni menang ALeesya's mummy 1st Giveaway!!


Hadiahnya samada FM or keychain.. :-)

Thanks yer Mummy Aleesya.. Nama anak kita sama tapi eja je lain.. heheh

Keputusan penuh klik SINI 


Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 28

SESI PERKENALAN ANTARA SEMUA AHLI KSRS

Saya nak join KELAB SURI RUMAH SEDUNIA.. Wah.. jangan main2.. suri rumah pun ada kelab tau... hahhahaa.. 

Saya berminat nak join sebab saya ni suri rumah sepenuh masa.. sekurang2nya kalau saya join, takdalah nampak sangat yang saya ni tak up to date langsung kan.. Hey, i suri rumah tapi ada blog hokay..!! ;p

Nama : Noorzarina Binti Ahmad Tazari ( INA)
Umur : 28 tahun ( 25/02/1983 )

Tempat tinggal : Sungai Petani, Kedah.. Sebelum kahwin duduk dengan parent dekat Chemor, Perak.. tapi saya dengan bangganya nak bagitahu saya adalah anak kelahiran negeri Terengganu.. saya suke makang kepok lekor..!! hahhah *tiba2*

Email : zarina_naniey@yahoo.com.my
Status : Berkahwin dengan Mohamad sukri Bin Harmin
Anak : Nur Alisha Binti Mohamad Sukri ( 9 bulan )
Pekerjaan : Suri Rumah sepenuh masa
Facebook : zarina tazari

Alamakk sorrylah Puan Bee banner takda la.. boleh buatkan untuk saya tak... tolong ek.. ;-).. terima kasih in advance lah.. hihii 

Iklan churp2 : http://www.churpchurp.com/zarinatazari/share/churpchurp-invite

Kalau u all pun nak join jugak kelab ni... klik dekat Sini or Sini   

IntaNBerliaN @ Zarina 

Menang Warisan Bonda Giveaway

Alhamdulillah... syukur sangat2.. kali ni menang Warisan Bonda Giveaway... Wahhh saya suker sangat sebab saya dapat kuih tart... Yahooo.. saya & my dear memang penggemar kuih tart...!!!



Saya dah mula telan air liur.. *sigh* Tak sabar nak makan kuih tart Bonda warisan sebab ia nampak sangat2 sedap.. hihii
 
 
Thanks kepada penganjur & Kak Fieda sebab inform saya pasal kemenangan ni.. ;-) 


Apa2 pun thanks Bardboo.. :-)
 
keputusan Penuh klik SINI  

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 27

Menang mini GA Izzaty Hedry

Alhamdulillah ada rezeki untuk menang lagi.. :-) Kali ni menang Mini GA Izzaty Hedry


Dapat hadiah saguhati


Haa inilah hadiah yang bakal saya dapat.. keychain.. my dear mesti suka.. sebab dia peminat bola.. hihii

Thanks yer Izzaty Hedry

Keputusan Penuh klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 26

Lelaki pun nak dihargai..!!

Semalam adalah sambutan hari bapa kan.. Firstly nak wish "Selamat Hari Bapa" dekat semua yang bergelar bapa termasuklah my dear.. hihii

Saya nak bercerita sikit pasal my dear ni.. Petang semalam balik kerja, my dear cakap dekat saya "Hari ni hari abang, ina tak wish pun dekat abang"... hahahhah  macam sweet je bila seorang lelaki cakap macam tu... cewahhh husband i ni nak dimanjakan jugak rupanya.. muahahhahha

Memang betul pun saya tak wish dekat my dear.. sebabnya saya rasa macam my dear ni tak kisah kalau tak wish dekat dia pun.. lain la macam saya, tak kira hari apa, mesti kena wish, hari lahir ke hari ibu ke.. WAJIB wish, WAJIB ingat.. muahahhah.. Rupa2nya dalam diam my dear pun macam saya jugak.. muahhahah..


Secara tak langsung, my dear telah buktikan dekat saya bahawa sebenarnya lelaki pun ada perasaan untuk dihargai.. bukan sahaja perempuan..!!!

Sorry yer sayang... selalunya saya sangat2 alert & sentiasa wish apa2 je dekat my dear tapi cuma hari bapa ni je tak wish... Oh tidak, kenapa saya memperlekehkan hari bapa untuk my dear.. sedangkan ia adalah hari bapa yang pertama untuk my dear.. !! kalau hari ibu, saya bukan main lagi wish dekat ibu2 lain.. tapi kenapa tidak pada hari bapa??.. Waaaa sorry sayang...

"SELAMAT HARI BAPA MOHAMAD SUKRI BIN HARMIN"

Terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang terbaik untuk Alisha & menjadi seorang suami yang terbaik untuk ina.. Ketahuilah sayang yang sesungguhnya kami berdua menyayangi abang.. Semoga abang akan sentiasa menjadi abah & suami yang terbaik.. tak lupa juga semoga kehidupan kita sekeluarga akan kekal hingga ke akhirat.. InsyaAllah..


Connection tot..cara Alisha pegang HP

Alisha sekarang ni dah macam orang besar.. dah makin pandai..!! kalau sebelum ni, setiap kali dapat hp mesti masuk mulut.. lepas tu habis lenjun hp tu dengan air liur dia.. tapi sekarang ni, Alisha dah makin advance.. dapat hp habis ditekannya... cara pegang hp pun dah macam orang besar.. hahha


Tengoklah tu.. betapa tekunnya dia mengadap hp.. konon teror sangatlah tu.. hahha... Buat apa tu sayang... hantar mesej ke?.. muahahha


Kadang2 Alisha ni pergi tekan button call.. tapi nasiblah setakat ni dia hanya tekan call opah dia.. *free* kalau orang lain.. jenuhlah nak membayar bil.. hiihii


Hp lama ni saya bagi dia main tapi kadang2 dia nak jugak hp saya yang lagi satu tu.. yang ada kamera.. ada gambar ada warna.. tu yang dia berkenan sangat.. kadang2 dia pergi ambil gambar.. hahhah jumpa pulak dia cari function kamera tu.. muahahha

Kadang2 saya sengaja bagi hp dekat alisha dalam keadaan terbalik, mean, saya pegang dekat bahagian button bagi dekat dia.. si alisha ni pulak akan terima hp tu dalam keadaan skrin hp dekat bawah la kan... tapi dia pandai... pusingkan hp tu.. yela, takkan dia nak tekan skrinkan.. mestilah nak tekan button & mata tengok skrin kan.... hahhah connection tot berlaku lagi..!! muahahah... pandailah kamu ni sayang... hihii

Alisha yang comel..

Sebenarnya entry ni saya nak tunjuk kecomelan muka Alisha bila menangis je.. hahah.. Sekarang ni, Alisha suka buat mimik muka comel bila menangis.. Tu yang kadang2 saya sengaja mengusik dia.. hihiii


Haaa tengoklah ni, comel tak muka Alisha... hahhaha.. Actually time ni saya dah nak balik sungai petani dari kampung my dear... si Alisha ni pulak menangis sebab takut saya tinggal dia.. muahahha

Alahai anak ibu... kamu takut ibu tinggalkan kamu yer... tapi kamu jugak perlu ingat yang ibu pun tak mungkin tinggalkan kamu sebab ibu pun takut kehilangan kamu.. hihi.. So, Alisha sayang.. inilah muka kamu bila menangis yer... comel tak?.. muahahha


Yang ni pulak saja nak selitkan gambar Alisha ketika baru bangun tidur... Tengok tu, baru bangun tidur tapi dah tersengih2 kegembiraan.. ececee


Inilah yang dinamakan "Mulakan hari Anda dengan senyuman".. muahahha

Hadiah Adyshariz Lucky Draw

Petang tadi saya dah pun terima hadiah pasal kemenangan yang saya cerita dekat entry Ni



Tengah2 saya bagi Alisha makan, tiba2 posmen duk bunyikan hon suruh ambil hadiah.. hihii


Rupa2nya dapat hadiah dari Adyshariz.. hihii


Inilah hadiahnya.. Frame.. nanti boleh letak gambar Alisha... hahha Thanks tau Adyshariz

Special dedicate for My DAD..!!

Assalamualaikum..

Mula2 sekali kakyong nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" dekat abah.. Abah, kakyong tak tahu apa yang kakyong nak ucapkan sempena hari bapa ni dekat abah.. tapi kakyong nak abah tahu yang kakyong sayang sangat2 dekat abah..!!

Abah adalah seorang abah yang terbaik bagi kakyong!! Terima kasih kerana membesarkan kakyong selama ini dengan penuh kasih sayang.. Pengorbanan abah takkan dapat kakyong nilaikan walau dengan apa sekalipun.. terima kasih lagi sekali..

Kakyong masih ingat, ketika kakyong sekolah tadika, mak kerja shift malam, pagi2 abahlah yang sediakan makan kakyong, abah ikat rambut kakyong.. ingat lagi, siap letak riben..hihii.. abah hantar ke sekolah.. kadang2 balik sekolah abah ambil..

Bila kakyong makin dewasa.. abahlah tempat kakyong mengadu.. yap, abahlah tempat kakyong luahkan segala masalah kakyong, kakyong pernah menangis teresak2 depan abah menceritakan masalah.. abah akan bagi kakyong macam2 nasihat yang semuanya berbekas di hati.. kakyong ingat semua nasihat abah sampai sekarang..

Kakyong tahu selama ni, selagi mampu selagi tu abah akan tunaikan permintaan anak2.. sesungguhnya jasa abah tak terbalas oleh kakyong.. Kakyong tahu, abah ambil berat pasal anak2 abah.. Kakyong nak abah tahu yang kakyong bahagia dengan kehidupan kakyong sekarang.. Alhamdulillah, Sukri jaga kakyong & Alisha dengan baik..

Abah, kakyong berterima kasih dekat abah kerana abah sendiri yang nikahkan kakyong & Sukri sebelum ni.. Itu adalah permintaan kakyong sebab kakyong tahu apabila Tok Kadi sahkan lafaz Sukri secara automatik kakyong telah menjadi tanggungjawab Sukri untuk menjaga... & sesungguhnya InsyaAllah perkahwinan ini hanya sekali & yang sekali itulah yang kakyong nak abah nikahkan.. Ia adalah kenangan kakyong hingga ke akhir hayat..

Alhamdulillah juga Tuhan memurahkan rezeki kakyong untuk mengandung cepat.. akhirnya lahirlah Alisha.. di mana kakyong tahu, selama ni, abah memang menantikan saat kehadiran seorang cucu memandangkan abah selalu je main dengan cucu orang lain..

Banyak pengorbanan abah sebenarnya.. Abah adalah abah yang terbaik!! Sesungguhnya kakyong tak tahu macamana kehidupan kakyong tanpa abah.. & kakyong taknak memikirkannya.. Kakyong sayang abah sangat2..!!!

Kakyong harap abah jaga kesihatan abah.. & kakyong juga doakan semoga Tuhan sentiasa melindungi abah.. Tak dapat kakyong nak luahkan semuanya tapi abah hayatilah lagu dekat bawah ni.. kakyong hadiahkan untuk abah

Lirik Ayah

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
 
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan


Mentang2 dah ada gigi 2 batang..

Baru2 ni dekat entry INI saya ada bagitahu u all yang si Alisha ni dah tumbuh gigi 2 batangkan.. Baru 2 batang je pun.. tapi dah pandai gigit orang.. ibu & abah dia ni lah yang jadi mangsa gigitan manja dia tu.. muahahha.. Tengah main2 boleh pulak dia gigit lengan kita ke lutut kita ke peha kita ke.. paling dasyat nak gigit tapak kaki kita.. hishh!!

Tadi pulak ketika saya tengah main dengan Alisha dekat atas katil.. boleh pulak si Alisha ni pergi "asah" gigi dia dekat besi katil... yap, siap ada bunyi ok.. saya pulak yang jadi pelik tengok dia.. Alisha seolah2 gesel2kan gusi dia tu dekat besi.. huhuu

Alisha gatal gusi sebab tumbuh gigi agaknya ek.. Emm betoi ke tumbuh gigi ni gatai gusi yer?.. heheh.. Tapi apa2 pun, saya tetap bersyukur sebab setakat ni Alisha tak pernah lagi menggigit ketika saya menyusukan dia.. mungkin dia tahu kot yang itu adalah sumber rezeki dia yang paling utama untuk menghilangkan kehausannya.. muahahhah

Hadiah Cash Rebate Voucher

Ini entry tertangguh sebenarnya.. malas nak update.. boleh gitu... haip ;p.. Hari Ahad baru ni, saya dah terima cash rebate voucher.. Alaa saya ada bagitahu u all dekat entry NI



Apa2 pun thanks yer kepada Muslimah Hijab, Fashion & Style

Custom blog design giveaway

Custom Blog Design Giveaway by Heartlicious Design

Click banner to join
Due Date : 26/06/2011 @ 10am

{THE PRIZES}
Two lucky winners, yes you're right, TWO WINNERS will receive:

{1}
A CUSTOM BLOG DESIGN {Luscious Standard}

{2}
Their choice of two Individual Items {Singlicious}.

{3}
SPECIAL GIFTS from my lovely sponsor Fizza Closet! See details below!

The Total Value of the prizes is RM260+ (RM130+ each).
See, it's worth it!

{FROM THE SPONSOR}
Now here it is. These are what you'll get from my generous sponsor, Fizza Closet!

Each winner will get a shawl, a lycra neck-cover inner, a clip and a special flower accessory! Aren't they pretty? Please check out her blogshop for more fabulous shawls and accessories. Thank you Fizza Closet!

{STEPS TO ENTER}
{1}
This giveaway is open for followers only, so you have to be follower of both Heartlicious Design and Fizza Closet.

{2}

Post about this giveaway on your blog (you have to copy the code at the bottom of the post). Post only to the blog where you want me to design. (For example, not at you GA blog). If you've done this, let me know by leaving the link of your blog post in Heartlicious Design's comment section.

Bengkak Susu

Sebenarnya dah lama saya tak merasa bengkak susu.. tapi hari ni saya merasainya kembali.. Nasib Alisha la kena paksa minum susu.. hihii tapi masalahnya, Si Alisha ni pulak, macam2 gaya time minum susu.. aduss!! tu yang buat jadi lagi sakit tu bila dia pergi tunjal2 breast... *sigh*

Kalau sebelum ni saya risau takut susu makin kering, yela, masih ada 15 bulan untuk menyusukan Alisha.. So, saya minum la milo.. *yap, milo membantu saya banyakkan susu badan*

Alhamdulilah jugak la, sekurang2nya bila breast saya bengkak saya tahu yang susu badan saya masih banyak.. tapi masalahnya.. sakit!!... huhuu

Alisha sayang.......... cepat tolong ibu!!!

Rezeki Cabutan Bertuah PinkUmmi "Like & Menang"

Alhamdulillah... Ada rezeki lagi untuk menang Cabutan Bertuah PinkUmmi "Like & Menang".. Alhamdulillah jugak sebab ini adalah kemenangan yang ke 15 dalam bulan Jun.. :-)



Terima kasih ye PU
Keputusan Penuh Klik SINI

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 25

Saguhati Contest Saya Sayang Anak Perempuan Saya

Kali ni saya dapat saguhati dari penyertaan saya dekat Contest Saya Sayang Anak Perempuan Saya anjuran blog Mas  



Apa2 pun, thanks yer Mas
 
Keputusan Penuh Klik SINI 
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 24

Dapat kempen baru lagi.. hihii

Alhamdulillah.. seronoknya rasa.. tak sangka pulak dapat lagi 2 kempen berlegar2 dekat blog saya ni.. hihii Tapi bukan blog utama, blog intanberliangacontest... :-)



Kempen terbaru dalam blog saya adalah Grapevine Launch LR & Maxis Project Jedi CPC LR.. sebenarnya, saya sendiri pun tak berapa faham ni.. kenapa pulak kempen Grapevine Launch LR tu, ada 2 yer.. huhuu

 Tapi takpala.. orang bagi, kita hambikk!!  muahahaa.. Apa2 pun thanks yer Nuffnang :-)

Thanks my dear & my dad..!!

Mood saya sangat2lah happy walaupun sebenarnya tak berapa sihat akibat diserang oleh selsema.. Tapi seronok punya pasal, selsema pun tak terasa.. muahahha

Actually semalam saya keluar pergi kenduri kahwin kawan my dear, balik dari kenduri, kami bertiga pergilah cuci2 mata di shopping complex.. Tapi niat dalam hati saya memang nak beli baju readymade untuk dipakai hari raya.. kira macam baju raya la kan... *cehh puasa belum habis ganti, baju raya dah beli*

Kami pergi ke Giant, takda baju yang berkenan so, kami pergi la ke Tesco pulak.. Sekali saya masuk la ke sebuah butik dekat Tesco ni... tu diaaaa semua cantik2 hokay!! Pilih punya pilih, berkenan la dekat satu baju ni.. yang si penjual tu pulak, mulut manis je.. cakap "kalau adik pakai mesti cantik la ni adik sebab adik tinggi memang sesuai sangat la yang ni.. stok baru sampai ni.. ambil dari KL.. adik try la dulu pakai"...
Saya memang dah berkenan, akak tu pulak suruh test.. sekali test... wah!! memang terus berkenan la.. jatuh cinta pandang pertama la dibuatnya.. terletak elok je baju tu dekat badan saya, seolah2 baju tu dibuat khas untuk saya... muahhahah *perasan*.. kira saya tak payah nak alter la baju tu.. labuh pun ok.. semua ngam2.. dahlah ni 1st time saya nak beli baju readymade, normally tempah jer..

Cantik memang cantik.. harga pun cantik jugak... Rm250..! Saya nak bagitahu my dear nak beli baju tu pun, rasa takut2.. dalam hati terfikir gerenti my dear tak bagi punyalah.. saya bajet sebelum ni pun baju harga Rm 130 ke bawah je.. kalau dapat kurang dari Rm 100 lagi okay..hehhe tapi ni Rm 250.. huhh!! akak tu tanya saya, "jadi ke nak baju tu adik".. saya cakap.. "nanti saya balik bincang dengan husband dulu la kak".. yela, saya terfikir takut my dear serba salah nak jawab tak boleh depan penjual tu...

But so surprise, bila keluar dari kedai, my dear tanya, "jadi tak beli baju tu?".. saya tanyala, "bagi ke beli".. my dear tanya balik, "betul2 berkenan ke".. Wahhh mestilah berkenan giler babas kan.. lepas tu my dear cakap, "kalau nak, belilah"... Fuyooooooo my dear cakap belilah..!!.. senyum sampai telinga la saya jawabnya... hehhehhe

Sanggup saya patah balik ke kedai tu untuk beli baju tu.. wah! suker2.... thanks my dear... sayang sama kamulah!! muah... ;-)

Tapi yang buat lagi best tu, bila saya borak2 pasal kereta saya dekat kampung dengan my dad, my dad boleh cakap, roadtax & insurans saya bulan depan, saya tak perlu bayar sebab abah akan bayarkan... wahhh!! u see, betapa happynya saya... hahha.. semua insan2 tersayang dalam hidup saya buat saya betul2 happy hari ni... hihii

Menang First gaji...giveaway utk korg sahabat..

Syukur.. ada rezeki lagi untuk menang.. Kali ni menang First gaji...giveaway utk korg sahabat.. GA ni dianjurkan oleh Segalanya dari perspektifku.. 

Rezeki untuk dapat top-up Rm5.. Apa2 pun terima kasih yer Izz
 
Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan : 23

Kucing berwarna jingga menjelma dalam mimpi saya!!!

MasyaAllah.. rasanya tak pernah2 saya mimpikan kucing selama ni.. Pelik, rupanya mimpi saya tu beri petunjuk.. 

"Semalam saya mimpi seekor anak kucing berwarna jingga masuk ke dalam rumah saya & berbaring di tepi dinding seolah2 sedang tidur.. saya pulak terfikir la time tu, macam mana kucing tu boleh masuk ke dalam bilik tempat saya jemur baju... sekali tengok cermin dalam bilik terbuka, so, saya terfikir, maybe ibu kucing bawak masuk.. dalam hati saya, tergerak nak panggil my dear suruh ambil bawa keluar kucing tu.." saya terus terjaga dari tidur

Ohya, untuk pengetahuan u all jugak, saya memang takut dengan kucing ni.. takdala nak pegang2 kucing.. tengok bolehlah.. kucing lalu dekat sebelah saya buat tak nampak je.. TAPI saya tak mendera kucing hokay.. hihii.. bagi makan lagi adalah.. tu pun campak perut ikan jauh2 je.. hahha

Back to the story, bangun pagi tu, saya cerita la dekat my dear pasal mimpi tu.. my dear diam je la.. yela, nak cakap apa kan.. mimpi.. biasala, mainan tidur..

Tapi nak dijadikan cerita, malam tu selepas maghrib, saya bau sesuatu yang busuk sangat macam bangkai.. saya cari2 la.. kot2 ada tikus mampus ke apa ke kan.. tengok2 dalam rumah takda apa pun.. sekali saya buka tingkap yang jarang saya buka.. MasyaAllah.. busuknya bau.. rupanya ada bangkai kucing mampus dekat belakang rumah saya.. siap berulat hokay!!! saya geli geleman... dah lah saya memang geli ulat2 ni... 

Sekarang barulah saya tahu kenapa saya boleh mimpi pasal kucing.. maybe kucing tu menjelma sebab nak bagitahu yang dia dah mati sampai berulat tu..!! wah, sangat hebat saya membuat andaian.. hahhah adoiiii

Apa2 pun, pagi ni, saya akan suruh my dear pergi bersihkan belakang.. tak tahan hokay!! busuk!!

P/s : Taknak lagi mimpi kucing yang bagi petanda dia dah mati.. bayangkan kalau itu adalah manusia..

Alisha & Kabel Handphone

Rasa macam nak tersengih + tergelak je ni.. hihii.. Bukan pasal apa pun, cuma teringatkan gelagat Alisha.. Normally, saya akan upload gambar dari handphone ke komputer semasa menyusukan Alisha or Alisha tengah main2 dekat sebelah saya.. Saya upload macam biasala, takda pulak terfikir Alisha memahami or akan meniru gelagat saya..

Kalau u all nak tahu, rupanya ramalan saya tu salah.. rupanya dalam diam Alisha memerhati & belajar memahami apa yang saya buat.. hihii.. Malam tadi ketika saya tengah guna komputer, boleh si Alisha ni pergi ambil kabel & nak cucuk kabel tu dekat cpu.. wah! connection tot telah berlaku.. heheh TAPI janganlah u all fikir si Alisha ni, nak cucuk betoi2 dekat lubang nak sumbat kabel tu.. si alisha ni just cucuk dekat2 area lubang tu je.. part2 dekat cpu tu je.. tapi saya tetap bangga dengan Alisha.. muahahha

Kebetulan ketika Alisha nak cucuk2 dekat cpu tu, my dear ada dekat sebelah saya, so, saya pun cuit2lah my dear tu, suruh dia tengok Alisha.. kami berdua pun apa lagi.. tersengih2 la.. hahah.. Tapi yang paling syok tu, bila Alisha ambil kabel handphone tu, pergi cucuk2 dekat badan abah dia... hahahhahhah ingat abah tu cpu ke sayang oiii.. muahahhah

Rasa terkejut pun ada jugak sebenarnya.. yela, biasa Alisha ni tahu semua benda masuk mulut je.. kabel tu pun dah berapa kali jadi 'mangsa' Alisha.. tapi entah macam mana, malam tadi, boleh pulak dia pergi cucuk2 kabel dekat cpu.. hihii.. Apa2 pun, ibu bangga sama kamu sayang.. muahhhh.. Well done my baby!

Menang Mummy Merah 3rd Anniversary Giveaway

Syukur rezeki saya menang giveaway lagi.. Kali ni menang Mummy Merah 3rd Anniversary Giveaway yang dianjurkan oleh Mummy Maira.. Alhamdulillah jugak kerana ini adalah kemenangan saya yang ke 11 di bulan Jun.. Murah rezeki.. :-)

Emm kebetulan pula hari ni 11/06/2011.. so, secara purata satu hari satu kali menang la.. hihii Alhamdulillah...

Saya dapat tempat ke 4, so, Inilah hadiah yang bakal saya dapat tu.. dah sah2 lah untuk si Alisha.. Adakah Alisha akan mewarna or akan mengoyak or akan masukkan ke dalam mulut?.. kita tunggu je nanti.. hihii

Tapi mesti alisha suka kalau dapat buku upin & ipin tu, sebab Alisha suka tengok kartun upin & ipin.. hahha.. Apa2 pun thanks to Mummy Maira

Keputusan penuh klik SINI 

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan :22

Menang kuiz PinkUmmi

Alhamdulillah..Tak sangka pulak boleh menang Kuiz 2 : Siapa nak Outspoken By Fergie.. tadi saja je suka2 join kuiz dari PinkUmmi.. time tu dah siap masak & Alisha pun dah tidur.. tu yang rajin menggodek2 blog PU cari jawapan.. muahahhaa

 
Inilah yang saya bakal dapat.. kih kih kih

Start join CGL : 22/03/2011
Jumlah Kemenangan :21

Produk Slimming Patch

Dekat entry NI saya ada ceritakan dekat u all yang saya dapat slimming patch dari Nurshahfamily kan.. So, entry ni saya nak cerita sikit dekat u all pasal produk ni..

Ohya, detail pasal produk ni, saya just copy paste dari blog D'NUR HEALTY & BEAUTY ONLINE.. Blog ni pun sebenarnya milik Nurshahfamily jugak.. hihii

   
Kilang pembuat Korea OEM Original foot patch dan gold original foot patch telah mengeluarkan sejenis Patch khas utk slimming diberi nama KS-M Paris.
 
Slimming patch KS-M Paris ialah produk baru yang menggunakan ramuan herba semulajadi untuk mempercepatkan pemprosesan lemak berlebihan.

Slimming patch direka khas utk tujuan slimming. Kesannya adalah maksimum berbanding foot patch detox. Toksin biasanya berkumpul di tapak kaki kerana gravity dan system limfa. Tetapi lemak biasanya berkumpul di perut/paha/bahu.
 
Oleh itu, hanya lekat slimming patch di tempat yang sesuai dapat menyingkirkan lemak lebihan.

Cara menggunakan slimming patch
1. Keluarkan slimming patch daripada bungkusannya,
2. Tanggalkan lapisan plastik dibahagian berwarna merah jambu,
3. Bersihkan bahagian badan yang perlu buang lemak,
4. Lekatkan KS-M bahagian merah jambu berhala ke permukaan kulit,
5. Massage/urut mengikut arah jam 50 hingga 100 kali di atas pelekat slimming patch,
6. Selepas itu tinggalkannya apabila anda nak pergi jalan2 atau tidur,
7. Jangan buangkan slimming patch tersebut.
8. Gunakan kertas plastik tadi utk lekatkan balik di bhg merah jambu slimming patch,
9. Simpankan slimming patch tersebut dalam plastik bag yg ketat.
10. Apabila hendak menggunakannya, ulangkan langkah2 seperti di atas.
11. Slimming patch tersebut boleh dilekat dan ditanggalkan bila2 masa.
12. Guna sehingga semua herba merah jambu di serap habis barulah tukar yg baru.
 
Selepas gunakan KS-M Paris, tempat yang lekat slimming patch tersebut akan rasa panas dan sedikit kesakitan, ini ialah kesan KS-M Paris mempercepatkan pembakaran lemak berlebihan.

Untuk mendapatkan kesan yang maksima, pihak kilang menasihatkan lekat slimming patch ditengah2 pusat, tetapi bagi sesiapa yang rasa kesakitan sehingga tidak dapat menahannya, maka anda boleh tanggalkannya. Dan apabila kesakitan sudah hilang, maka anda boleh teruskan lekat di pusat. Sebab kesan yang maksima bukan semua orang boleh tahan.

FAQ:
1. Kalau nak letak kempiskan bahagian perut tu, kena letak sampai 4 bahagian sekali ke?
Tak perlu,boleh letak kat bahagian pusat je.

2.Jenis pakai buang macam foot patch detox ke?
Tak. boleh tanggalkan sekejap & guna lagi. Tapi dicadangkan jangan terlalu banyak ulang.Lagi satu,kalau dah letak kat perut,perut aje,jangan tukar tempat lain seperti bahu,paha,etc..

3.Pakai sekeping terus boleh kurus ker?
Sekali pakai tak nampak kesan..tapi bergantung pada badan manusia.ada orang 5 keping..ade orang 20 keping.

4.Nak kena pantang makan tak?
Tak perlu. Cuma digalakkan minum air kosong. 

So, inilah diantara fungsi2 & cara2 menggunakan slimming patch ni.. Tak mahal pun.. kalau berminat nak beli, u all boleh pergi usha blog D'NUR HEALTY & BEAUTY ONLINE.. Banyak lagi produk yang ada.. :-)  

Hadiah menang Anakku Cute With Romper &Tight Contest dah dapat

U make my day la  Nurshahfamily.!!! Serius, memang suker giler hokay!! Hadiah yang Alisha dapat memang yang saya teringin sangat2 selama ni.. Ohya, sebelum tu, layan gambar dekat bawah, kalau nak tahu apa hadiah yang saya dapat... hihii



 Macam biasalah, hadiah Alisha punya, mestilah kena Alisha yang pegang dulu.. sampul courier pos laju hihii



Tadaaa inilah hadiah yang saya dapat pasal menang Anakku Cute With Romper &Tight Contest.. Alaa yang saya tulis dekat entry NI.. Dapat Romper Baby Gap Pink Cat, Baby tight (dah nama pun contest Anakku Cute With Romper &Tight).. hihii.. Tak lupa jugak, hadiah untuk kegunaan ibu Alisha.. hahaa.. slimming patch


  Kalau u all nak tahu, saya memang dah lama la teringin nak beli tight yang jenis kaki terus sarung ni *stokin*.. setiap kali pergi shopping complex, mesti dia tunjuk tight yang biasa tu... huhh.. Kadang2 rasa tak puas hati sebab ibu2 lain tu, beli dekat mana tight siap kaki bersarung tu.. Tapi hari ni saya happy giler.. tak sangka Nurshahfamily bagi tight yang menjadi dambaan saya.. muahahaa

Pasal romper tu pulak, actually dari Alisha baru lahir lagi saya nak beli tapi tak dapat perkenan ayahanda Alisha.. so, terpaksalah bonda Alisha ni memandang dari jauh je romper tu... Tapi hari ni tidak lagi... wahhhh saya happy giler... macam dapat duit sejuta ni.. muahahaaa.. ;p


 Lihatlah ni, betapa tak sabarnya saya nak tengok Alisha pakai.. sanggup buka baju dia & bagi dia testing baju ni.. hahahaaa *1st time dapat tangkap gambar Alisha berdiri, tu pun dah nak duduk*

 
Sebenarnya Alisha sampai menangis2 la sebab saya ganggu dia tengok TV.. yela, dia nak tengok TV tapi ibu dia ni.. duk sibuk suruh dia test baju.. muahahaaa *sigh*

Apa2 pun.. tight & romper sangat2 comel & saya sangat2 suke!!!... satu hari ni saya nak senyum je.. hahahahaaa



Inilah dia slimming patch tu.. Produk ni digunakan untuk menyingkirkan lemak kita yang berlebihan..dekat perut ke peha ke.. Emmm nantilah, saya update pasal produk ni dekat entry lain yer.. hihii  

Nanti bila saya memerlukannya, saya akan guna produk ni.. buat masa ni.. alhamdulillah semua part ok lagi la.. mana tak ok nya, dengan ketinggian 165cm tapi berat hanya 45kg..!! tang ni tak suka!! Nurshahfamily kalau ada produk besarkan badan, bagitahu yer.. :-)

Apa2 pun thanks sangat Nurshahfamily.. saya suker!.. hihii 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...