Memuatkan ...

Nama saya bakal di BLACKLIST!!!

Baru2 ni saya dapat surat dari MARA bagitahu saya masih lagi berhutang sebanyak 7k++.. *Dulu masa saya study, saya buat loan dengan MARA*.. Dalam surat tu bagitahu saya kene jelaskan hutang dalam tempoh sebulan, kalau tak, nama saya & 2 orang penjamin akan di blacklist..

Penjamin saya tu adalah my dad & kawan my dad.. U all tau tak, kalau kene blacklist bukan setakat penjamin je yang bermasalah tapi satu family jadi bermasalah.. contohla, kalau anak kepada penjamin nak belajar bawah MARA samada kolej or MRSM or pe2 je la.. so, tak dapatlah sebab dah bersangkut dengan masalah saya ni... Iskk!!

Bukan tu je, kalau nak buat apa2 pinjaman samada loan rumah ke kereta ke.. memang takkan lepas la... huhuu Oh no!! takkan lah kerana saya yang berhutang tapi semua orang jadi bermasalah.. tak suka!!

Tadi abah saya pergi pejabat MARA, mereka cakap 7k++ tu, dibahagi kepada 3 orang (saya, my dad & kawan my dad).. so, akan dapat 2k++ seorang la kan.. mean, setiap orang kene bayar 2k++ baru nama tak kene blacklist.. 

Of course la yang kene diselamatkan terlebih dahulu my dad & kawan my dad kan.. sebab mereka bekerja & confirm akan banyak buat apa2 urusan kan.. saya ni suri rumah.. takda nak buat apa2 pinjaman pun.. blacklist pun takpa la.. huhh!!

Tapi Alhamdulillah.. syukur sangat2 pasal my dad nak tolong saya bayar.. Thank you so much.. sayang abah.. ;-) Hari isnin ni, my dad akan pergi pejabat MARA lagi sekali untuk bayar 4k++.. so, nama my dad & kawan my dad akan terselamat la dari di blacklist. InsyaAllah.. Alhamdulillah.. Tapi nama saya tetap kene blacklist la jugak.. *sigh*

Sebenarnya, saya tiap2 bulan bayar,.. bukannya tak bayar langsung cuma tak bayar ikut yang MARA telah tetapkan.. itu je.. Tapi, takpa, bila dah balance lagi 2k++ tu, lagi cepatlah saya habiskan loan tu.. Akan diusahakan tahun ni jugak.. InsyaAllah.. kayuh pelan2.. saya ni suri rumah je.. harap duit "gaji" bulan2 dari my dear je.. huhuu

Tapi nasib baik la, bulan 7 ni, bulan terakhir saya kene bayar loan kereta saya kat kampung tu.. so, nanti duit bayar kereta tu, saya boleh transfer pergi loan MARA pulak..

P/s : Thanks a lot to my dad.. Love you so much..!!!

"Game" terkini si Alisha

Sekarang ni Alisha tersangatlah aktif kat rumah.. habis satu rumah dia pergi buat "spotcheck".. yela tu... hihii

Alisha sekarang ni dah tak berapa berminat dengan mainan2 dia.. Pinggan mangkuk periuk belanga ibu dia ni jugak yang dia suka... Rak pinggan mangkuk dah jadi tempat wajib dia melawat setiap hari.. Nasib lah saya letak yang kaca2 bahagian atas & yang bawah bahagian plastik2.. Kalau tak, alamatnya, banyaklah pinggan mangkuk yang pecah..

Haa lagi satu, entah apa yang bestnya pun tak tahu lah saya.. si alisha ni, kalau nak ke dapur, dia bukan nak lalu ikut laluan sepatutnya tapi dia boleh pergi merangkak dekat bawah meja makan tu ha... bila dah sampai dekat hujung meja, saya angkat dia bawak pergi dekat ruang tamu.. dia merangkak balik bawah meja.. hahhaha Jalan senang ada tapi nak jugak masuk bawah meja.. adoiiihhh...

Yang saya ni pulak risau takut kepala dia terhantuk.. macam baru2 ni.. tengah2 dia merangkak bawah meja tu, boleh dia berhenti pastu nak duduk.. apalagi terhantuk la.. pastu nangis.. tapi tak serik.. buat lagi.. hahah

Yang syok tu, bila kita tengok dia merangkak bawah meja, boleh pulak dia senyum2 dekat kita konon nak bagitahu dia terror la tu.. muhahahhah bila dah nak sampai hujung meja, boleh pulak dia menyembur mulut dia tu... hahhahhah.. kamu ni comel sungguh lah alisha..!! hehheh

Tak kisahla alisha, mainlah apa yang kamu nak main.. selagi kamu tak merasa selagi kamu tak belajar kamu tak akan tahu.. terokailah apa yang kamu mahu yer sayang... ;-)


Menang April GA...

Buka2 je blog pagi ni terus dapat tahu menang GA anjuran blog Karipapsayur... Suker3... ;-)
Alhamdulillah...



"Bugslock" is a mosquito controlling product to repel the mosquitoes with a 100% natural aroma. It is a creative and band shaped product, which prevents mosquitoes from approaching by wearing it on the wrist or ankle, where the item emits an aroma that the insect can't stand.

Inilah hadiah yang saya dapat.. comel kan... hihii Nanti boleh bagi Alisha guna.. ;-)
Saya sebenarnya tak pernah tahu pun kewujudan bugslock ni... haha

Fungsi bugslock ni sangat best.. macam tahu2 je yang saya & Alisha ni alergic dengan serangga... muahahha
Apa2 pun saya sangat2 suka... pagi ni dimulakan dengan perasaan riang.. muahahaaa

Keputusan penuh DISINI

Yahoo to Google

Saya dah nekad akan tukar emel blog saya ni dari yahoo kepada google... baik tukar awai2, nanti saya pun takyah pening2 kepala lagi pikir nak tukar or tak.. Dah tukar senang.. lama2 nanti mana tau google ketatkan lagi memang wajib pakai emel google.. huhuu

Rasanya lepas saya tukar emel ni, siapa2 yang letak blog saya sebagai bloglist tu tak dapat update terkini dari saya kot & saya pun tak dapat update terkini dari bloglist saya jugak ke ek.. huhuu... kira macam nak kene follow balik ke ni..

Emm tak kisah la pe2 pun.. malas nak pikir banyak2.. sementara follower pun tak ramai sangat lagi ni.. saya akan tukar sekarang la.. Kalau kita sama2 tak dapat update terkini blog masing2.. kita sama2 follow balik la yer... huhuu

TQVM..

Part 3 : Kenapa dengan saya ni..?!

Petang tadi saya dah pergi klinik.. Alhamdulillah takda apa2... Doc cuma cakap saya elergic.. maybe alergic apa2 makanan la.. so, saya kene la pikir2 apa yang saya makan sebelum tu.. huhuu


Alhamdulillah sekarang dah makin ok.. ;-)

Ohya, pasal saya nak pitam tu, doc cakap efect daripada kegatalan melampau saya tu la.. kegatalan tu dah buat tekanan darah saya drop.. huhu

Apa2 pun, syukur kepada Tuhan sebab dah makin okay.. ;-)

Part 2 : Kenapa dengan saya ni..?!

MasyaAllah.. saya tak tahu macamana nak bagitahu dekat u all.. Serius okay, kegatalan di badan saya makin teruk!!!

Semalam muka saya penuh dengan bengkak2 merah & gatal.. sampai mata pun jadi sepet sebelah.. masa saya tidur tu, saya dapat rasa "benda" bergerak dekat muka saya.. pergi tengok cermin, Yap, muka saya dah penuh dengan bengkak2 merah ni... kat muka tak gatal tapi badan je gatal...

Saya bangun tidur pagi ni pulak.. MasyaAllah.. jadi lagi teruk.. kedua-dua belah mata jadi bengkak @ sepet, tapak kaki & tapak tangan pun bengkak.. Nak berjalan.. Tuhan je tahu.. Macamana ek nak cerita dekat u all.. rasa dia tu macam, kulit tapak kaki kita tu, tetibe jadi tegang, so, bila kita nak jalan tak ke rasa macam..., macam apa ek. alaa u all imagine sendiri la, tak reti nak bagitahu.. hihii

Saya nak mandi pagi tadi pun, punyalah susah.. yela, tapak tangan pun membengkak jugak.. nak pegang cebok susah la.. so, sarapan tadi, my dear bagi makan ubat gatal... pastu saya tidur, bila bangun tu, tapak kaki & tapak tangan ok sikit la.. tapi mata masih lagi sepet..

Apa2 pun, petang ni, saya akan pergi jupa doktor jugak la... tak tahan jadi macam ni... ni 1st time kene teruk yang amat..

P/s : Sorry la yer u all kalau saya tak pergi melawat blog u all.. kesihatan tak mengizinkan... :-(

Kenapa dengan saya ni..?!

Saya tak tahu apa yang berlaku dekat saya sekarang ni... Tengahari semalam, tiba2 je badan saya jadi gatal2.. bengkak2 & merah2.. gatal giler okay.. ingat ke arini akan elok la, rupanya makin teruk.. gatal tak hingat!!

U all bayangla, dekat tangan, kaki, leher, jari. belakang badan.. pendek kata satu badan la.. dia jadi bengkak2 macam kena tahi ulat tu... gatalll!!!!!!! merah2 & bengkak2.. kalau u all tengok pun takut.. huhuu.. rasa macam nak pergi rendam badan ni dalam air panas menggelegak je.. *sigh*

Dah la gatal2 kan.. pagi tadi pulak masa bangun nak susukan alisha, tiba2 pulak rasa loya.. tapi takda apa2 yang berlaku pun.. lepas menyusu terus tidur semula la...

Nak dijadikan cerita, masa bangun nak siapkan minuman my dear, dengan tiba2 pandangan saya jadi kabur macam nak pitam.. telinga jadi berdengung.. & minuman terus terjatuh ke lantai.. automatik saya jadi terhuyung hayang... saya baring sekejap lepas tu bangun balik baru okay...

Saya tak tahu punca semua ni kenapa.. tiba2 je.. yang pasal nak pitam tu, adakah saya nak kene darah tinggi or darah rendah.. huhuuu

Ya Allah.. kuatkanlah semangat saya nak hadapi kegatalan ni... Tolong tolong gatai yang amat ni....!!! adoiiiiiii iskkkk

Layar Buruk : Pelbagai Jenis Cinta

Seriusla u all.. saya tergelak giler baca entry Pelbagai Jenis Cinta... 

Otak tengah serabut, sekali terbaca entry ni.. kaw kaw punya gelak... hahahaaa.. Walaupun macam takda apa2 tapi ayat yang dia guna tu yang kelakar... heheheheee

Kalau u all pun nak tumpang gelak sekaki.. Meh la baca entry dekat blog Layarburuk ni.. ;-)

Kepenatan seorang suri rumah..

Yap, suri rumah pun tahu penat okay.. Seriusla, kadang2 memang penat jadi suri rumah ni.. Yela, time rest adalah time tidur.. selain dari tu, ada je kerja yang kita nak buat.. 

Bangun tidur pagi2, siapkan sarapan untuk suami.. bila suami dah pergi kerja bermula la kerja2 rumah kita yang lain.. Basuh baju la, kemas rumah la, masak la, jaga anak la.. Haa kalau ada anak kecik tu, lagi la banyak dugaan nya.. Nak buat semua kerja bukan boleh cepat2, ada je gangguan.. Kejap2.. "Alisha, jangan tarik alas meja".. "Alisha jangan main dekat dapur".. "Alisha, jangan panjat".. "Alisha, jangan masuk benda dalam mulut sesuka hati".. macam2 lagi lah...

Bila anak dah tidur.. lega la sikit.. tapi tengah2 buat kerja, anak menangis pulak.. anak buang air besar pulak.. terberhenti lagi.. melayan anak sekejap.. Time nak bagi anak makan, pun bukan senang.. dah pandai bergerak ni, jawabnya bukan setempat kita bagi makan.. kita ni haa yang nak kene follow dia... hihii

Tengahari masak, husband balik makan.. petang pun masak... malam, kalau dapat request dari suami, pun masak jugak.. Konon la nak tengok TV nak rehat.. takda maknanya.. time tengok tv tu la, kita nak lipat baju pulak.. konon pulak kata time guna komputer nak rehat.. pun takda maknanya.. time tu nak guna komputer, time tu nak kene tengok2 anak jugak.. that y saya cakap, waktu tidur baru suri rumah dapat berehat... itu pun tak dapat berehat sepenuhnya.. tengah2 mimpi best, anak pulak menangis nak susu.. bangun bagi susu pulak.. time tidur pun ada gangguan daa... hihii
Sebenar jadi suri rumah ni, banyak guna tenaga fizikal kita ni haa.. that y la suri rumah ni mampu untuk kurus tanpa perlu guna apa2 produk..

Apa2 pun, saya sangat bersyukur kerana dapat merasai pengalaman ni... bukan senang tau, nak buat kerja rumah & nak jaga anak yang sedang membesar.. hanya mereka yang bergelar suri rumah je akan faham.. ;-) 

Thanks jugak to my dear sebab faham keadaan saya & sebab tolong saya luangkan sedikit masa untuk bermain dengan Alisha.. ;-)

Alahai anak ibu...

Sehari dua ni, waktu masak saya dah tak senang macam sebelum ni.. Yela, sejak2 si Alisha ni boleh bergerak, bukan main lagi dia... Time saya masak tu la, dia sibuk2 datang dekat kita..

Bayangla, saya pergi dekat sinki, dia pergi dekat sinki, saya pergi buka peti ais, dia pun sibuk nak buka jugak.. diketuk2nya pintu peti ais.. saya pergi dekat dapur gas, dia pun pergi dekat dapur gas..huhu

Saya tarik dia pergi ke ruang tamu, dia terkedek2 dengan walker dia tu, datang semula ke dapur... fuhh!! mencabar betul la masak sekarang ni... saya ni bukan apa, risau la, yela, kat dapur tu la, ada minyak panas, air panas, pisau.. macam2 la.... tapi si budak kecik ni, buat don't know je... alahaiiii anak ibu...

Si Alisha sekarang ni, dah nak jadi pemerhati saya dekat dapur agaknya.. Itu baru boleh bergerak, nanti dah pandai bercakap.. macam2 komplen nanti ni.. hihii.. 

Time tu, mesti saya masak, dia pun sibuk nak masak.. mula la akan bertanya, cara potong bawang macamana, potong sayur macamana.. Itu kalau dia bertanya, tapi jika dibuatnya dia yang mengajar, tak ke haru.. hahhaha

Ibu tahu la kamu tu girl sayang.. dah tak sabar nak belajar masak ek.. nanti ibu beli mainan masak2 k.. hihii

Ibu boleh jadi macam "papan" la jawabnya sayang...

Saya jadi macam "papan".. huhuuu... Apa kes saya ni.. tajuk kasi gempak.. hahha.. Yela, alisha sekarang walaupun baru 7 bulan tapi dah pandai berdiri kan.. sekarang ni tengah belajar bertatih pulak...
Siapa2 yang jadi ibu tu, fahamlah macamana keaktifan anak masa ni kan.... huhh! tak larat nak mengejar weyy... belum lagi boleh berjalan or berlari tu... jawabnya lepas ni saya perlu bersedia untuk jadi sekeping macam 'papan' la... *sigh*... alaaa saya ni dah la tengah berusaha nak tambahkan berat badan... alahaii cayang... ;-)

Bayang lah.. saya buat kerja rumah sikit.. tiba2 alisha menangis sebab terjatuh *normal la kan, tengah belajar berdiri*, tengah buat kerja sikit, tiba2 alisha merayap masuk bilik, tengah buat kerja sikit, tiba2 alisha datang mengacau kita masak, tengah buat kerja sikit, tiba2 alisha panggil.. macam2 lagi la.. huhuuu..

Satu kelebihan seorang ibu ni.. walau banyak mana pun kita buat kerja rumah, walau banyak mana pun kita melayan karenah anak kita.. kita tak pernah rasa penat.. Kepenatan kita tu.. hilang sekelip mata je, bila kita tengok suami kita makan masakan kita dengan berseleranya & bila kita tengok gelak tawa anak kita... Oh Tuhan.. saat ni sungguh2 lah indah... tak mungkin saya akan lupa sepanjang hayat saya...

Macam malam tadi kan.. si alisha ni main la kejar2 dengan abah dia.. time tu, alisha duduk dalam walker, my dear pulak apa lagi.. kononnya buat2 la kejar si alisha ni... si alisha ni pulak boleh berlari dalam walker tu sampai tak cukup "tanah" la dibuatnya..hahahha kelakar giler... si alisha ni gelak sampai mengekek2... hahahah.. saya macam biasa la.. rakam la aksi tu...hihii.. 

Ada jugak terfikir nak upload video tu dekat sini tapi tak dapat green light dari my dear la pulak.. yela, aksi dia tak berapa cun kat situ.. muahahhah jangan marah ek my dear... Saya sayang sama kamulah..!! muaahhhh ;-)

Ohya, untuk pengetahuan u all, saya ni rajin merakam aktiviti alisha.. bukan apa.. yela, nanti alisha akan besar kan.. so nanti, saya dah tak dapat tengok lagi aksi2 manja or gelak tawa alisha masa kecik.. saya taknak hilang semua kenangan tu.. so, bila saya rakam, dah tua nanti saya tetap dapat tengok... 

Saya tak dapat bayangkan, macamana la bila dah tua nanti... anak2 semua dah berkeluarga.. tinggal saya & my dear je dekat rumah.. hhhuuuuaaaaaaaaaaa sedihnya.. harap anak2 nanti dapat la bagi saya ramai cucu.. *tiba2*.. hahhah

P/s : Rajin2lah kita jenguk ibubapa kita bila kita dah tinggal berasingan dari mereka.. tak dapat balik, telefon pun dah cukup berharga buat mereka.. dah dapat mengubat rindu mereka..!!!

Finally tak perlu "berebut" komputer dengan Si Alisha..

Hoorraaayyyy *boleh nak melompat jap*.. muahahah.. Saya suka sangat sebab laptop yang rosak dah pun siap dibaiki... hihiii suker suker suker... ;-)

Mestilah saya suka.. yela.. U all nak tahu tak.. sebelum2 ni, komputer ni saya "berkongsi" dengan Alisha... Si alisha nak tengok video kegemaran dia la.. lagu kegemaran dia la.. flash card slide show dia la.. si ibu dia ni pulak, duk nak tengok blog.. komputer pulak sebijik je.. tak ke kene berkongsi tu namanya?.. tapi tidak lagi sekarang.. hihii

Jawabnya lepas ni.. Alisha sebijik saya sebijik la.. Alisha layan  video dia.. saya layan blog saya... Opssttt jangan salah faham.. alisha layan video alif ba ta yer.. muahahhaa

Tapi apa2 pun saya tetap tidak akan abaikan pembelajaran alisha.. Pembelajaran alisha tetap diteruskan.. ;-) Cuma bila dah ada komputer & laptop ni, kerja saya jadi mudah sikit la kan... Yela, sambil2 saya berblogging.. sambil2 saya mengajar alisha..
Mengajar alisha sambil berblogging??.. hihii.. yela, saya layan blog saya, alisha layan slideshow flashcard dia tu.. sambil2 tu, saya boleh la bagi penerangan dekat alisha pasal slideshow flashcard dia tu... *Amboi, takkan la saya tak sanggup berhenti layan blog sekejap untuk ajar alisha.. pembelajaran anak lagi penting.. tak gitu*... ;-)

Kalau camni jawabnya.. saya dapat buat 2 kerja dalam satu masa... wahhh boleh jadi ibu yang hebat ni.. muahhahah *perasan jap* ;p

Ohya.. lupa pulak nak cerita sikit lagi... biasanya komputer ni saya yang guna kan.. tapi alisha pun guna jugak.. dia akan guna time saya buat kerja rumah.. Haa time tu la.. "Komputer ini alisha yang punya.. hahaha"

Bloglist Kategori Ibu-ibu


Saya pun ibu juga.. Ibu kepada si Alisha yang comel lote tu.. hahahha.. saya memang suka la sesuatu yang berkaitan dengan ibu2 ni.. hihii

Antara syarat2 untuk join bloglist ni :-

1- mesti menjadi follower untuk blog aku yang tak seberapa ni..uhuksss
Ibu Alisha dah follow yer Mrs. Sabri

2- mesti ada anak..suami..hehe
Dah semestinya saya dah bersuami & dah ada anak.. Nak tau nama mereka tak?.. Bagitau je la ek.. hihii

Nama Suami : Mohamad Sukri Bin Harmin
Nama Anak : Nur Alisha Binti Mohamad Sukri
*siap nama penuh lagi tu... muahahha*

3- rajin masak..ahaksss
Kalau hari2 masak dikira rajin masak la kan?.. ;-) Saya perasan2 kan diri je la ek.. hihii.. Saya memang rajin masak sebab saya suri rumah sepenuh masa.. Opssttt tersilap.. bukan suri rumah tapi "HOME MINISTER"... boleh gitu... hihii *My ex-manager yang bagi gelaran tu dekat saya.. ;)*

4- tegas dalam mendidik anak-anak..hihihi
Tegas ke tak tu tak pasti la.. sebab alisha ni baru je 7 bulan.. tapi sebagai seorang ibu, okla cara saya didik tu... seimbang la kot lebih kurang.. ;-).. 

5- haa..ini syarat yang paling penting ye..bloglist untuk ibu-ibu ni hanya di buka untuk 10 ORANG SAHAJA..kalau tak dapat 10 pun,lapan pun takpolah..asalkan ada yang sudi join..
10 je ke?.. Alamak... Kasi adjust la sikit.. selit2 je la kat celah mana yang muat tu janji dapat terselit... hehhe kasi up la sikit orang Terengganu... *tiba2*.. hahhah 

Psssttt.. saya pun orang terengganu jugak tau.. ajil tu, tempat mainan saya je tu... muahahhah "ayat bodek" ;-)

6- Lepas siap buat entri,teruskan saja meletakkan link entri anda kat komen entri ni ye..
Dah semestinya.. penat nak mengarang.. tak kan tak hantar pulak kan... hihiii

Ohya, kalau ada para2 ibu yang nak join jugak.. Cepat2 klik http://www.rafinamimi.com

Senaman mulut Si Alisha

Meh sini cepat2, kita buat senaman mulut sikit.. Si Alisha ni yang akan ajar kita semua.. hehee.. 2 3 hari ni.. punyalah dia suka buat macam ni.. Bila ibu & abah dia tiru dia buat macam ni.. dia akan berhenti buat pastu duk tengok je la kami ni buat.. lepas tu apa lagi, tersenyum la... hahahaaa *ibu & abah pun teror buat macam tu tau ;p*...


 Senaman mengetip bibir.. "Ibu, senaman ni untuk tegang2kan sikit kulit ibu yang akan semakin berkedut tu.. ibu tengokla dagu alisha ni, tegangkan".. 

Ye sayang.. memang kulit kamu tu tegang, kulit ibu ni jugak yang akan makin berkedut.. lagi 2 tahun dah nak masuk 30... Haa?? 30 tahun?? alamakkk dah makin tua daa.... Ok2 alisha, ibu akan buat senaman ni.. hihii
P/s : Nampak tak dekat area tepi dagu alisha sebelah kiri tu ada parut kan.. yang tu la yang saya cerita dekat entry sebelum ni


 Senaman muncungkan mulut @ menyembur.. "Ibu, senaman ni untuk memberi ketahanan yang lebih lagi dekat mulut ibu yang suka menyembang sampai tak jumpa noktah tu"

Amboi, mentang2 la ibu ni suka menyembang.. hahha.. biasala, ibu kan peramah, alisha pun nanti jadilah peramah macam ibu ni jugak tau... heheh.. 

Kantoi!! saya memang suka bersembang sampai takda noktah + laju.. muahahha



Pada u all yang tak nampak dengan jelas tu, saya kasi fokus sikit pada senaman muncungkan mulut @ menyembur... hahahha... 

"Alisha, adakah mulut ibu pun akan jadi macam ni bila buat senaman ni".. Muncung tak hingat!! Boleh sangkut hanger tu sayang... muahhahahha jawabnya ibu buat senaman ni, tak boleh tunjuk dekat orang luar la... malu wehhh... muahhahahha 

Apa2 pun, terima kasih yer alisha sebab sudi ajar ibu senaman ni yer.. Dapat jugak hiburkan hati ibu kesayangan kamu ini.. hehehee

Alisha menang Contest Anakku Menangis Comel

Wah.. tak sangka si alisha ni boleh menang.. Comel rupanya si alisha ni menangis yer... hihiii ;p.. Ini adalah contest pertama yang saya join.. tak sangka pulak boleh menang.. hihii

Contest ni dianjurkan oleh mamaemacyg.. Rupa2nya dari 103 penyertaan Alisha terpilih sebagai 15 terbaik.. kira short list la kan... Lepas di tambah tolak bahagi darab.. alisha dapat la tempat ke 3... muahahaa

Saya suka la jugak.. sebab nak dapat hadiah.. hihii tapi tak tau la hadiah apa... Tak kisah la apa2 pun rembat je... orang bagi, kita ambik.. hehee..

Ohya, nak tengok mana satu gambar alisha tu.. klik sini

Alhamdulillah.. Akhirnya Alisha dah kembali OK...;-)

Actually selama 2 minggu saya memendam perasaan risau dekat Alisha.. Kerisauan ini membuatkan saya tidur malam tak lena.. Setiap hari saya melakukan kerja seperti biasa tapi otak asyik berfikir pasal alisha je... huhh!

Semuanya pasal 2 minggu yang lepas pada 03/04/2011.. Najis alisha bertukar kepada warna hijau.. Kalau ikutkan apa yang saya baca & tanya kawan2.. sebenarnya takda apa yang risau sangat pun.. tapi nak buat macamana.. saya adalah ibu yang tak hilang dari perasaan sentiasa risaukan anaknya... Lebih2 lagi, Alisha ni masih lagi kecil, tak pandai nak bagitahu kalau dia tu sakit...

Ohya, punca najis baby berwarna hijau adalah mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, baby kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan atau ia adalah tanda bahawa bayi kita mempunyai kuman dalam perut.. Kalau u all nak tahu lebih lanjut pasal ni.. klik je sini yer..

Yang buat saya jadi sangat risau tu.. 2 minggu najis alisha jadi warna hijau.. anak kawan saya pun, seminggu je jadi macam ni.. ni alisha dah 2 minggu okay..!! serius, saya jadi tak senang duduk dibuatnya... Saya paksa alisha minum susu banyak2.. dalam otak saya cuma terfikir punca mesti pasal alisha tak dapat susu yang lemak, just cair je *alisha kurang menyusu*.. My dear pulak, cakap takda apa la.. selagi alisha aktif, tak menangis kira okay la tu.. *it's normal.. lelaki lebih cool, perempuan je gelabah terlebih ;p*

Tiba2 pulak pada 08/04/2011 dekat area mulut alisha jadi merah2 macam terluka, timbul pulak tu.. saya tak pasti pulak kene apa.. huhh! Entah macamana pulak, petang tu, tiba2 mulut alisha ternganga je.. air liur meleleh keluar je.. alisha ni pulak jadi macam tak reti nak tutup mulut pulak dah... saya tolak2 menganga jugak.. Ya Allah...risau pasai najis tak hilang lagi... 

Dengan takdir Tuhan, pada 09/04/2011.. saya nak bagi alisha makan, tiba2 alisha jadi tak reti makan... yela, mulut dia menganga kan.. saya suap makanan tapi makanan tu mengalir keluar la sebab alisha jadi macam tak pandai telan... uwaaaaaaaaaaa rasa nak menangis je dibuatnya... saya tolak2 sikit mulut alisha, barulah dia dapat makan... tu pun sikit je.. dia pulak macam nak termuntah je... Serius, risau giler..!!

Malam tu bila my dear & alisha dah tidur, saya masih lagi belum tidur... sedih je rasa... saya tengok muka alisha yang tengah tidur tu.. saya cium dahi dia.. saya usap ubun2 @ rambut dia.. tiba2 airmata saya mengalir... time tu, saya berdoa kat Tuhan supaya dikurniakan kesihatan yang baik untuk alisha.. saya peluk alisha sampaila saya terlena..

 Alhamdulillah.. syukur yang teramat sangat kepada Tuhan.. akhirnya semalam (10/04/2011) alisha berak, najis dia dah bertukar warna coklat biasa... yang surprise tu jugak.. mulut alisha pun dah boleh tutup.. merah2 kat area mulut alisha pun dah makin ok, makin kering... alisha dah pandai makan.. lagi banyak dari sebelum ni... Alhamdulillah...!!! ;-)

Sekarang saya dah tak risau lagi pasal hal ni.. hihii... Saya percaya pada keberkatan doa seorang ibu.. InsyaAllah, doa ibu pasti dimakbulkan.. Sekali lagi saya nak ingatkan, hargailah ibu kita..!!! Ibu2 takkan berhenti berdoa untuk kesejahteraan anaknya.. so, kita sebagai anak ni, sentiasa la jugak berdoa untuk ibu bapa kita.. kita perlu ingat, salah satu yang akan parent kita "bawa" nanti adalah doa dari kita semua.. doa anak2 yang soleh & solehah... InsyaAllah... :-)

Blog my younger sister..



Buat iklan jap dekat blog ni..hihii U all tengok gambar kat atas tu kan.. tu gambar adik saya.. Panggil je nozi.. umur 18 tahun tapi nampak macam budak sekolah rendah... muahahahha *jangan marah ;p*

Si nozi ni suruh buat entry mintak sesiapa yang sudi follow blog GA & contest dia.. bukan apa, senang dia nak menge'tag;' nanti.. hihii.. baru 2 hari kot dia buat blog ni.. ;-)

So, kalau ada sesiapa yang sudi nak follow nozi ni.. klik link cik pingu

Keletah Si Alisha

Keletah si Alisha ni sentiasa la comel pada pandangan mata saya ni.. Biasala kan, budak2 tengah nak membesar.. geram kan tengok mereka.. hehhe 

Saya terpikir satu benda la, masa kita kecik2 bukan main lagi orang duk kata kita ni comel.. geram bukan main dekat kita ni.. tapi kenapa bila dah besar takda pulak orang cakap kita comel ek.. geram2 kat kita ke.. cubit2 pipi kita ke.. *tiba2 keluar pertanyaan yang suka2 ati jerkk ;p * hahaha

Whatever la.. meh layan video si alisha ni jap... :-) Untuk kenangan si alisha bila dia dah besar nanti... Mesti time tu alisha akan gelak sakan melihat keletah dia masa kecik kan.. muahahhah.. sayang sama kamu la alisha..!!!

video

Ni masa dalam kereta.. kami keluar di malam hari mencuci mata.. kwang kwang.. ;p tengok la gaya si alisha ni.. mentang2 la dah pandai berdiri... dalam kereta bukan nak duduk diam2.. tapi nak jugak tunjuk ke'teror'an dia berdiri tu... hehhe tapi si alisha ni memang suka suasana malam.. sebabya banyak lampu menyala.. colourful pulak tu... ;-)

video

Muahahah video ni alisha telah "membuli" abah dia.. hihii.. Si Alisha ni memang aktif dekat rumah tapi kalau dekat rumah orang.. dia lah yang paling sopan... hehehh.. Ohya, thanks jugak dekat my dear yer.. sebab di malam hari rajin meluangkan masa bermain dengan alisha... ;-) *tips merapat kan diri dengan anak..hihii*

video

Yang ni si alisha macam dah start nak *berleter*... hahahaaa mana taknya.. abah dia tu.. asyik duk panggil nama dia je... bila si alisha ni pusing & senyum dekat abah dia tapi abah dia panggil jugak lagi... last2 alisha malas nak layan... pastu dia pun berleter la... muahahaaa.. suara si alisha ni dah la nyaring yang amat... ;-)

Ibu2 takkan berhenti dari merasa "RISAU"..!!

Yap, memang ibu2 takkan berhenti dari merasa risau terhadap anak mereka.. Percayalah ibu2 start risaukan anak mereka ketika dalam kandungan lagi.. Ianya mungkin akan berakhir bila kita tak ada lagi di dunia ini.. Saya mengaku la, saya pun memang merasai perasaan ni..

Ketika saya awal2 mengandung, saya risau takut jadi apa2 dekat kandungan saya.. takut saya keguguran ke... itu pun sebab my mum sebelum ni pernah 2 kali gugur.. so, saya sangat2 takut jika ianya jugak berlaku dekat saya..huhuu Bila kandungan saya dah cukup sifat pun.. saya risau jugak, samada anak saya tu nanti macam anak orang lain ke tak... cukup sifat ke dia..

Bila kandungan dah start 7 bulan, saya risau jugak takut2 kelahiran pramatang.. nanti paru2 anak tak cukup kuat lagi.. kene pulak tahan kat wad.. kandungan 8 bulan, risau jugak.. sebab ada orang kata, kelahiran masa 8 bulan risiko dia lebih lagi.. samada anak hidup or tak..

Bila dah sampai tarikh nak bersalin, saya tetap risau.. yela, samada saya selamat ke lahirkan anak ini.. panjang ke umur saya, panjang ke umur anak saya.. *time nak bersalin semua saya mintak maaf.. terutama sekali my dear*..

Bila dah selamat bersalin.. anak pulak kene kuning.. risau lagi... Ya allah.. besar betul pengorbanan ibu2 kita.. tak terbalas kita...

Ibu2 macam saya ni, takkan berhenti dengan perasaan risau.. anak demam sikit pun kita dah risau.. anak menangis pun kita risau.. anak taknak makan pun kita risau.. anak tak berak pun kita risau.. kulit anak merah2 pun kita risau... Macam2 lagi la...

Ketika anak masih baby, kita akan risau cara baby.. bila anak kita dah besar dah bersekolah.. cara budak sekolah pulak kita akan risau... time ni kita akan risau.. dengan siapa anak kita berkawan.. kenapa dia balik sekolah lambat.. bila anak exam dapat keputusan kurang memuaskan, kita pun risau jugak.. anak taknak belajar nanti nak jadi apa pulak... huhh!!

Bila anak dah dewasa, dah layak nak kahwin.. time ni kita risau2 jugak takut anak kita tersalah buat pilihan..*Kahwin biarlah dapat restu parent*.. Kalau anak tu duduk berasingan dengan parent... mula la kita akan risau.. apa anak kita tengah buat.. cukup ke duit untuk makan minum dia..

Bila anak dah kahwin pun kita akan risau jugak.. elok ke suami dia jaga dia.. elok ke isteri dia jaga dia.. bila dah lama kahwin, tak dapat rezeki anak lagi, kita ibu2 ni pun tumpang sekaki risau... takut orang kata anak kita tu tak boleh bagi anak..

Bila kita dah makin tua.. dah berpangkat nenek.. kita risau pulak dekat cucu kita ni.. sakit demam cucu.. sakit demam kita jugak jadinya.. ;-)

Selain tu.. misalnya kita ni ada anak2 "istimewa", kita akan risau jika kita meninggal dulu.. siapa akan jaga dia.. adakah orang yang akan jaga anak kita tu dapat menjaga anak kita seelok kita menjaga dia??.. Ya Allah... sebab tu lah kadang2 ada ibu2 yang mendoakan moga anak mereka pergi dulu sebelum mereka.. tapi itu semua bukanlah kerana ibu2 tak sayang kat anak tapi sebab terlalu sayang!!!... nanti ibu2 pun akan "pergi" dalam keadaan tenang sebab dia tahu yang anak dia dah tenang di "sana"..

Pengorbanan ibu tak mampu kita balas... Siapa2 yang masih ada ibu tu, hargailah mereka... janganlah biarkan mereka sentiasa risaukan kita.. sementara mereka ada ni la kita harus bagi kegembiraan buat mereka.. nanti bila mereka dah tiada tak kan ada makna lagi... kalau lah masa itu mampu diputar... saya sendiri pun takkan izinkan walau setitis airmata kesedihan mengalir di pipi ibu saya...

Coretan ni jugak.. saya harap alisha akan baca nanti & semoga dia faham naluri seorang ibu... Bila dari kecil dia sudah faham.. InsyaAllah Alisha akan lebih menghargai kehidupan & ibu dia ni kerana Alisha pun bakal menjadi ibu suatu hari nanti... Amin

Top 11 Artikel Terbaik Pilihan Junko

Baru2 ni saya ada join Pertandingan Artikel Terbaik Pilihan Junko.. Artikel tu dari entry blog kita la kan.. mana satu yang kita rasa entry paling terbaik.. kita hantarla untuk pertandingan ni kan... Keputusan untuk pertandingan tu diumumkan petang semalam.... U all nak tahu saya menang or tak?.. sebenarnya saya kalah la... hahahah

Tapi takpa.. itu semua tak penting kerana yang buat saya lagi happy tu adalah... artikel saya terpilih sebagai 11 artikel yang terbaik pilihan Junko... dalam ramai2 peserta tu, saya dipilih sebagai 11 terbaik... kiranya shortlist la kan.. Ini bagi saya dah cukup bagus.... :-)

Yela, saya ni baru lagi dalam dunia blogging ni.. tak sampai 3 bulan pun lagi... so, bila tersenarai kat 11 terbaik tu pun... saya dah rasa syok la jugak.. kira macam pengubat hati sebab kalah la... hihiii.. Walaupun pertandingan ni sekadar pilihan blogger je.. bukannya juri2 profesional.. ada saya kisah? janji shortlist pilihan Junko.. hahaaa.. ni yang buat saya lagi seronok nak berblogging ni... ecececce ;p

Haa tengok gambar kat bawah tu *tapi tak berapa nak clear la pulak*.. kan ada nama blog saya.. siap saya bulatkan lagi tau... hihiii buat kenangan... muahahaaa


Ohya, lupa nak bagitahu artikel mana yang saya pertaruhkan.. ;-) jeng jeng jeng ----------------> Artikel Gelagat Alisha & Pesanan  ni lah yang saya pertaruhkan... hihiii... Nak tau kenapa saya pilih artikel tu?? sebabnya ketika saya menaip entry tu, perasaan saya mula2 happy lepas tu bertukar kepada sayu... nak tahu kenapa, sila la baca yer.. hehhe..

Dari kecil dah kena ajar!!

U all ajar tak anak2 u all baca doa ek?? Saya sebelum ni tak pun.. biasa bagi dia dengar Lagu Alif Ba Ta je.. Mula2 dulu memang la dia tak faham tapi lama2 dia dah mula faham.. thats y kita perlu ajar anak kita dari kecil kan.. ;-)

Sampailah baru ni saya melihat satu video budak yang baca doa sebelum tidur.. umur budak tu 2 tahun rasanya.. so, dari situ la.. saya dah start nak ajar alisha baca doa jugak.. tapi saya mulakan dengan doa makan la.. hihii

Memang betul la u all, kalau kita nak didik anak kita pandai sesuatu.. mesti kena bermula dari sekarang... kita jangan lah cari alasan tak nak ajar sebab anak kita masih kecil.. tak boleh bercakap pun lagi... Please please please!!! dont think like that okay!!! Anak kita ada otak untuk berfikir... seperti yang pernah saya bagitahu sebelum ni.. dalam tempoh 3 tahun pertama ni.. sebanyak 80% anak kita akan penuhkan maklumat dalam otak dia tu... kalau selepas umur tu.. hanya 20% je u all.. so, time ni la, kita kene berkorban sikit.. bukan lama pun, 3 tahun jer...

Saya andaikan macam ni je la.. u all dah dapat sesuatu yang u all memang nak tapi bila "benda" tu dah berada dalam genggaman.. u all buat bodoh je.. tapi bila u all betul2 memerlukannya "benda" tu tak mungkin kembali dekat genggaman u all... time tu apa yang u all akan rasa....? menyesal??.. kecewa??.. sedih??.. yang pasti semua negatif kan.. semua yang merosakkan mood kita kan..?? So, ibu2 kesayangan anak2 kita ni semua... jom la kita sama2 mendidik anak2 kita sebelum kita merasai lagi sekali mood2 yang tak elok tu tadi.. :-) sebelum tots kat otak anak kita tu hilang... ;-)

Okaylah.. macam saya sekarang ni.. time bagi alisha makan, saya akan baca doa dulu dengan dia... letak dia atas riba saya & tadahkan tangan dia tu.. so, baca la doa pastu aminkan dia... senang kan?.. ;-) setiap kali makan, buat je macam tu... saya pasti, satu hari, andaikata dia dah mampu berkata2 & u all terlupa nak bacakan doa.. pasti dia pulak yang tanya u all "ibu, kenapa tak baca doa makan".. malu kan... hahhah ;p

Ohya, selain tu jugak.. selain baca doa makan.. setiap kali saya suap makanan ke dalam mulut si alisha tu.. setiap kali tu jugak saya baca bismillah... Yap, kalau 10 kali suap, 10 kali la saya baca bismillah... hihii.. Bukan baca cepat2 seperti kita nak sumbat makanan dalam mulut kita tu tau.. tapi baca laa dengan lemah lembut.. bernada sikit... bagi baby kita tu suka... serius!! saya dah  try tau... setiap kali saya habis baca bismillah setiap kali tu jugak alisha tersenyum sambil nganga mulut nak suruh suap.. hahah so sweet la sayang ibu ni..!!!

Sebenarnya saya sengaja je baca bismillah tu banyak2 kali.. yela.. nak ajar anak kita.. tak salah kan..lagipun takkan nak ajar ABC dengan 123 je kan.. time2 anak kita nampak happy time tu la kita ajar sesuatu.. barulah anak kita bagi respon.... ni time anak kita menguap nak tido.. kita pulak sibuk nak ajar macam2... nak ke mereka...?.. kalau u all nak ke macam tu...??? ;-)

Kami bergurau je la sayang....

Tajuk kasi gempak... hahaaa.. Macam biasa la.. of course la cerita saya ni tentang si alisha tu... ;-) Kalau sebelum ni alisha ni takut sangat la kalau saya tinggalkan dia kan.. tapi semalam, dah ada lagi satu perkembangan pulak...

Semalam, macam biasala, saya & my dear ni suka bergurau.. gurauan manja suami isteri.. hihii.. Kali ni my dear usik saya dengan satu benda ni.. yang memang saya tak suka.. *geli hokay my dear.. uwekk ;p*.. so, saya ni pulak macam biasa la... menyorok la.. tutup muka dengan bantal la.. macam2 gaya la jadinya.. hahhahhahha..

Si Alisha ni pulak jadi pemerhati je gelagat ibu & abah kesayangan dia ni... tapi tiba2 je si alisha ni menangis.. sampai tak keluar suara hokay!!... rupanya2nya si alisha ni takut melihat ibu dia macam tu *ingat ibu dia kene dera kot.. ;p*... hahhahhah "alaa sayang... ibu & abah bergurau je.. bukan gaduh pun.." hihii

So, dari sini saya dah dapat fikir yang si alisha ni dah mula faham dengan apa yang dia lihat.. kalau sebelum ni, dia takda reaksi apa2 pun.. tapi sekarang dah makin banyak reaksi ni... But it's ok.. at least saya tahu yang otak alisha sekarang dah makin cepat tangkap sesuatu benda.. start dari dia dah mula faham apa fungsi buku cerita dia tu & sekarang ni pulak dia dah mula nak faham situasi pulak.. bagus2.... cepat belajar nihh..!! ;-)

Blog Saya Akan Dipromote. Jom Join?


Alamakk tarikh tutup dia hari ni la.. Tak tau la sempat lagi or tak.. Hope diterima la yer.. ;-)

Kalau ada sesiapa jugak yang berminat untuk blog mereka di'promote'kan.. cepat2 klik dekat banner tu yer..

Brillkids.com

Ya Allah.. saya baru je dapat daftar dekat  http://www.brillkids.com.. Terkejut + happy giler.. yela, u all nak tahu.. dah hampir 2 bulan saya try nak daftar kat sini tapi tak dapat2 sampaila.. saya frust & tak nak try dah.... tapi dengan takdir Tuhan, masa saya tulis entry Pembelajaran Alisha, saya try la lagi sekali kan.. Alhamdulillah... saya berjaya... horrayyyyyyy... saya happy sangat2.. hihii

Mesti u all terfikir kan, apa la yang best sangat dengan laman web tu kan, sampai saya bukan main lagi happy... hahhah... Don't know how to say... tapi kalau ibu2 yang ingin sesuatu pembelajaran untuk anak mereka or sangat lah rajin untuk ajar anak mereka or nak anak mereka cepat belajar... Join la laman web tu.. serious ni tau..!!

Lepas dah join.. macam2 benda free yang kita boleh download... *benda free siapa yang tak nak*... hahah.. U all boleh join forum kat situ.. ibu2 satu dunia tau.. semua duk berkongsi maklumat untuk tambahkan ilmu kat baby2 mereka.. dah nama pun BRILLkids.. mestilah brilliant.. hihii.. 

Saya tak tahu nak cerita lebih2 ni.. sebab saya baru je kejap2 ni.. *tak sampai setengah jam pun lagi ni*... berjaya daftar kat situ.. tapi sekilas intai tu... memang banyak benda2 best & free.. yang kene beli pun ada.. macam software tu.. tapi mahai le pulak.. huhuu takpala, yang kita dapat download tu pun dah banyak.. :-)

Actually macam sebelum2 ni, sebelum saya daftar tu.. saya dah ada download flash card.. tapi biasala.. mana mereka nak bagi banyak2 kan.. so, after kita join.. barula kita dapat download banyak2.. hihii So, apa lagi.. bagi ibu2 yang addicted pembelajaran baby macam saya ni.. cepat2 la join.. hehhe

Pembelajaran Alisha

Actually dah lama saya buat entry ni.. tapi setiap kali nak buat, ada je entry lain yang terlintas.. last2 terlupa.. hahah.. Nasib baik la mama idlan tetiba tercerita pasal flash card semalam.. hihii

Saya memang suka la benda2 yang berbentuk pembelajaran untuk baby ni.. Macam si alisha ni.. flash card pun dia ada.. hard book pun ada.. puzzle mat pun ada.. haa puzzle mat tu, macam2 jenis & saiz dia ada.. Ada memang ada tapi time ibu dia malas, takda ajar pun alisha... bagi je dia tilik2 benda tu semua.. *haipp* tapi jangan tak tau, time rajin.. perghhhh malas nak cakap... muahahhah

Saya start beli flash card untuk alisha ni dah lama la jugak..  2 3 bulan yang lepas la kot... not sure la.. tapi gambar kat flash card tu ala2 kartun.. bukan original.. so, saya tak tahu yang si alisha ni dapat imagine or tak.. saya pun kadang2 tak kenai tu gambar apa.. hahah Tapi saya tak kisah.. janji ada... hehehh.. Yela, sekurang2nya time balik kampung boleh la angkut bawak balik sekali.... kui kui kui

Sampaila saya terjumpa laman web http://www.brillkids.com .. ada flash card.. boleh download free... saya suka benda2 free ni.. hihii... lagipun macam best... contohla, kalau gambar burung.. dia akan tulis perkataan BIRD lepas tu keluarkan bunyi burung tu... wahhhh best kan... Senang alisha nak faham... hihii

Selain tu, kalau macam buah ke sayur2an ke...mana ada keluarkan bunyikan.. so, bila kita pergi shopping bahagian sayuran tu.. kita tunjuk la dekat anak kita tu... contoh " alisha, inilah lobak merah yang alisha tengok dekat flashcard (komputer) tu ".. so, kita pandai2 la imagine yang anak kita tu ingat balik apa yang dia tengok.. hahahh *hey,kita memang rasa macam anak kita tak ingat.. tapi kita perlu tahu, walaupun anak kita buat don't know je sebenarnya dia ingat.. yela, otak anak kita kan dalam proses pembelajaran sekarang ni* 

Lagi satu, rajin2kanlah mulut kita tu mengeja sesuatu.. contohla, kita tunjuk dekat anak kita sudu.. so, kita cakap laa "Alisha, ini sudu.. S.U.D.U.. sudu..".. secara tak langsung, anak kita dapat kenal itu adalah sudu & macamana nak eja sudu tu... Senang kan.. ;-) Saya dari alisha dalam perut lagi selalu buat macam ni... kadang2 dengan my dear pun on je... macam2 kami eja... dari dulu sampai sekarang.. hahahha

Saya nak masukkan contoh flash card yang saya dah download kat http://www.brillkids.com
tapi tak dapat la pulak.. maybe sebab saya tak berapa nak pandai dalam bab2 ni kot... hihii.. So, kalau u all pun nak jugak flash card slide show ni... u all klik je la dekat link yang saya dah bagi tu yer.. :-)


Ohya, ini antara contoh flash card yang saya suka la.. tapi yang ni saya ambil dekat You Tube je.. Saya suka sebabnya.. Dia tunjuk sekali dengan aksi.. so, senang la si alisha or anak2 u all nak faham kan... :-)

Kalau u all nak banyak2 lagi... boleh je cari dekat You Tube tu.. taip je flash card.. :-)

Post suke suki.. ;p

Entry ni pulak saja je suka suki nak buat... nak bagi si budak kecik ni tengok gelagat dia bila dah besar nanti.. hihii


Finally Alisha berjaya memandu kereta.. hahhahah... Pakailah tali pinggang, Utamakan keselamatan!! ;-) Ohya, u all jangan terkejut yer.. bukannya saya nak membahayakan anak saya... Alisha sekejap je duk dekat abah dia ni.. tu pun dekat dalam kawasan parking Econsave.. Eksen je lebih ni...;-)


 Horrayyy alisha dah dapat duduk dalam kerusi khas untuk dia dalam KFC.. hehee... Ohya alisha, this is 1st time kamu duduk dalam ni yer.. dekat KFC R&R Bukit Merah.. ;-)


 "Ibu, lambat lagi ke nak habis ayam tu... alisha dah bosan la... " hihii Tengokla betapa bosannya anak saya ni.. sampai angkat kaki tak hingat dia tu perempuan... sopan sayang sopan...!! muahahaaa.. tapi muka tetap maintain comel..heheheheee




Tak senonoh betoi la gaya.. nasib la kamu tu baru 7 bulan.. hihii


 Pandai tak pandainya alisha ni makan... sampai ke pipi muka dagu hidung semua dapat merasa makanan dia tu.. hahaaa.. kita nak suap dia nak suap.. Ni lah hasilnya bila dia sendiri suap.. hihii


Haa kang dah terjolok ke dalam sudu tu.... nak sangat suap sendiri.. huhuu
 

 Hahahaaa apa la agaknya yang akan kamu kata bila tengok gambar ni nanti yer alisha... hahahaaaa Dah pandai berblogging nanti jangan delete gambar ni tau sayang... hahahaaa Actually gambar ni masa alisha tengah makan pastu tetiba dia menyembur & saya pulak ter'snap'.. finally jadi la macam ni... dengan mulut yang muncung itu,.. adakah kamu masih comel?... hahahhahha
 

Ni pulak alisha ketika dalam walker dia.. hadiah dari opah dia... :-) Alisha ni dalam walker dia banyak berdiri dari duduk.. tengokla gambar tu.. kerja dia sekarang ni.. pergi mengetuk apa sahaja yang boleh di ketuk tak kira la dinding ke, pintu bilik ke, meja ke, kerusi je... apa2 je la... kira walker tu memudahkan lagi kerja dia tu.. hahahha *ketuk mengetuk ni ok jugak sebab baby kita sedang belajar untuk membezakan bunyi & merasa samada benda tu, kasar ke, lembut ke, haluis ke, licin ke dll*

video

Layan la video alisha ni dalam walker.. sekejap je pun.. tapi cukup la untuk alisha melihat2 aksi dia bila dah besar nanti.. ;-)

P/s : Tak lama lagi saya kene simpan semua alas meja sebab alisha dah pandai tarik..!!!! *sanggup berkorban demi anak tersayang*.. hehee

Perkembangan Alisha Part 6

Dah lamer giler rasanya tak update tentang perkembangan alisha ni.. sampai dah terlupa kot.. hahha.. Saya duk sibuk sangat join GA & contest...hihii Dulu tak suka join pun tapi sekarang dah melebih2 la pulak.. siap buka blog baru wa cakap lu... hehhee

Last update 13/03/2011.. Alisha sayang.. sorry yer.. hari ni ibu update k.. ;-) pasai saya nak alisha tahu bila sesuatu perkembangan yang berlaku dekat diri dia tu la yang buat saya sanggup buat blog ni.. biar nanti dia baca & rasa bangga sebab ibu dia ni sangatlah rajin "menilik" dia.. muahahah

So alisha, ibu putar balik cerita ni pada tarikh 14/03/2011 yer... heheh.. 

14/03/2011 : Alisha dah pandai melompat2 bila kita pegang dia

15/03/2011 : Alisha dah pandai angkat tangan kanan ketika dia dalam keadaan merangkak.. sebelum2 ni, si alisha ni hanya pandai angkat tangan sebelah kiri je.. ;-)

18/03/2011 : Alisha dah pandai lagakan dahi dia dengan dahi kita.. hehhe Tapi macam biasa la.. alisha ni depan orang malu2.. takdanya nak buat semua ni.. hanya dengan ibu dia je.. dengan abah dia pun jarang.. tapi kalau la u all dapat tengok alisha buat aksi ni.. mesti gelak la.. sebab comel sangat.. lepas dia laga tu, dia senyum2 hahahha.. geram betul la kat dia ni..!

27/03/2011 : Alisha dah mula bergerak ketika merangkak takdala takut2 macam sebelum ni... Walaupun dah pandai tapi dia bukan merangkak sangat pun.. ;p

29/03/2011 : Alisha dah belajar nak berdiri pulak... U see, merangkak pun belum teror tapi dah nak berdiri pulak... tak sabar2 betul la anak ibu ni nak berjalan yer.. hihii.. alisha ni jenis "kutip" sikit2 je.. janji semua part sebelum boleh berjalan dia buat semua.. Boleh gitu?.. muahahah 

31/03/2011 : Alisha dah makin advance dalam aktiviti "menyembur" air liur.. hahha.. sekarang ni, sambil ketip bibir pun, sembur tetap sembur... heheh.. Dengan bibir kamu yang kiut miut tu, buatkan kamu nampak sangatlah comel sayang oiii... ;-)

05/04/2011 : Alisha dah pandai menyanyi @ menyembang.. hahah.. serius hokayy! memang sebijik macam menyembang or menyanyi sebab siap ada intonasi lagi.. sambil dia baring sambil dia menyanyi... hahah.. Ikutkan memang nak rakam la aksi tu tapi cari2 handphone pulak tak jumpa, bila dah jumpa.. lagu pun dah habis... hahahha

Selain tu, yang buat saya lagi terkejut tu, saya bagi la dekat alisha ni buku cerita dia... ingat ke nak bagi dia main2 sambil gigit2 buku tu ke kan.. hehheh tapi yang buat surprise tu.. dia tak gigit hokayy!! tapi dia baring sambil pegang buku tu & mengeluarkan suara.. maybe membaca la kot... elok je intonasi dia.. sekali lagi saya geram sebab tak dapat rakam.. handphone tengah cas la pulak..!!!

Ni pun sambil saya duk menaip, si alisha duk baring sebelah saya ni ha sambil menggentel baju saya pastu menyembang apa ntah.. mungkin dia cakap " Ibu taip apa tu, main la dengan alisha..".. hihiii ;-)

K la.. jom kita layan pic alisha yang sempat saya ambil.. hehee



 Port yang alisha suka berdiri untuk mencari khazanah2 "berharga" hahaa.. mana taknya.. dalam bakul tu la semua barang dia tersimpan, tak kira la barang mainan ke bukan mainan ke semua situ... haha.. Sebelum2 ni alisha selalu jatuh, tapi sekarang dah sedikit pakar dalam bab berdiri ni... hihii Tapi apa2 pun, saya still kena berjaga2 la kan... ;-)



Inilah diantara aksi2 alisha membaca pagi tadi.. hehee Saya nak bagi dia mandi tapi sempat lagi dia capai buku sebelum mandi.. bagus3.. rajin baca buku.. hihii.. Ohya, kalau sebelum2 ni, jangan harap la nak tengok dia pegang buku elok2... biasa kalau dapat kat dia, lunyai la jawabnya... Tapi tu la.. bila kita selalu bagi selalu ajar, lama2 anak kita pun akan faham.. yang penting kita ni je kena bersabar dalam mendidik... hihii ;p

KIM & SCFM

Hari ni saya banyak join GA & Contest je.. Bukan pe, masih lagi penat lepas balik dari kampung.. hihii.. Penat nak dapatkan idea untuk tulis kat blog ni.. muahahah

Sekadar coretan ringkas je la yer... Emmm baru2 ni semasa di kampung saya buka facebook pa&ma, adala seorang membe tu dia sembang pasal Kumpulan Ibu2 Menyusu (KIM) & Secret Club For Mommies! (SCFM).. Saya pun apa lagi, cepat2 la tanya dia macamana nak join... Dia suruh saya add dia & then dia akan add saya join..

Yang saya nak cerita kan dekat u all ni.. memang KIM & SCFM adalah the best..!! Kita boleh tanya siapa2 sahaja dekat situ.. ada masalah terus je post kat situ.. sekejap je ibu2 kat sana terus hantar komen...

KIM untuk ibu2.. & SCFM pulak untuk mereka yang sedang mengandung.. saya join 2 2 sebab saya memang suka sangat benda2 yang berbentuk keibubapaan ni.. hehhe.. Ohya, hanya perempuan je boleh join.. lelaki tak boleh..hihii Lagi satu, siapa2 yang rasa nak buat dajal dalam group tu pun tak boleh, kiranya macam mereka nak yang betul2 serasi & nak tambah ilmu je la.. bukan yang nak buat pasal.. baru boleh join... ;-)

Bagi saya, memang tak rugi la join.. sebab memang terlalu banyak info boleh kita dapat...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA



Jom u all cepat2 join sebelum tarikh tutup esok.. 05/04/2011 @ 5 petang.. Ohya, klik sini

Alisha menang tempat ke 2..

Alhamdulillah..!! Finally alisha menang Gelak Tawa Si Manja.. dapat tempat ke 2 diantara 5 pemenang.. hehhe

So, sekarang ni saya hanya perlu tunggu hadiah tajaan Tommee Tippee & Baby Bjorn tu je la sampai kat rumah.. saya sukerrrr.. hahhahh

Pada siapa2 yang klik "LIKE" dekat video alisha tu, terima kasih banyak2 yer.. sayang u all lah... muah.. ;-) Ohya, kalau siapa2 nak tengok senarai pemenang, klik www.majalahpama.com.my

Makin kurus??!!!!!

Ada orang suka kurus, ada suka berisi sikit & ada jugak yg suka montel (sedap peluk tau..hihii).. Kadang2 manusia ni tak bersyukur kan... macam saya la salah sorangnya.. *tapi dalam bab berat badan yer*..huhuu

Tadi lepas isyak saya pergi majlis tahlil kat rumah pak ngah saya.. so, dapatla jumpa saudara mara kan.. Yang tak best tu dorang duk menegur kenapa saya ni makin kurus.. lebih kurus dari dulu..!!

Apa saya nak jawab pun tak tau la.. senyum je la.. bukan senyum sebab saya gumbira tapi sebaliknya.. Yap, sekarang saya memang kurus, terlalu kurus dengan ketinggian saya yang 165cm ni..

Dulu sebelum kawen berat saya 51kg.. kira berat badan ideal la kan.. & memang itu pun berat idaman saya.. hahha.. Jangan tak tau.. lebih dari dua tahun saya berusaha untuk dapat berat badan tu.. sampai ke tiap2 malam makan 2 biji burger special tapi tu pun tak dapat jugak berat ideal... last2 saya try makan pil spirulina.. alhamdulillah.. finally berjaya.. :-) happy giler la..!! Hihihiii

Bila saya mengandungkan alisha, berat paling last sebelum masuk labour room adalah 64kg.. Sekarang ni pulak selepas hampir 7 bulan berlalu, berat saya hanya 45kg..huhh!!!!!!!!!!

Saya dah mula rasa macam bini popeye.. teringat zaman dolu2, orang gelar saya macam bini popeye..ada ke patut?.. muahahhah.. Secara peribadinya, saya rasa berat saya memang sangat2 tak sesuai dengan saya.. saya perlu tambahkan berat lagi, paling kurang pun 50kg... sekarang ni kalau angin tiup pun rasanya boleh terbang ni.. hehee

Ikutkan hati, saya teringin untuk makan kembali pil spirulina tu, untuk tambahkan balik berat saya ni... tapi tu la, saya ni menyusu badan.. takut ada efect apa2 pulak.. Kalaula sapa2 ada petua untuk tambahkan berat badan tolongla bagitahu saya yer.. ;-)                                                                         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...